A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 31, 2009

Terima Kasih

Garden baru 50% siap @ 5.00 pm

Jasamu Prof tetap kami kenang

Sekalung Budi Sejambak Kasih adalah majlis untuk menyampaikan rasa terhutang budi kami untuk Prof Dr Muhd Kamil, Pengarah yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya esok.

Cepatnya masa berlalu. Teringat saat mula-mula bekerja dengannya 2 tahun lepas. Aku bukanlah orang yang rapat dengannya tapi kehadirannya sebagai 'bapa' di UiTM Johor dapat dirasai. Beberapa tindakan beliau telah merubah persepsi aku terhadap 'orang2 besar'. Perubahan dari negatif kepada yang positif.
Secara peribadi, banyak budi prof pada aku baik dari segi perjalanan kerjaya dan juga peribadi. Sokongan dan nasihat beliau di saat -saat aku melalui kepayahan hidup sangat terkesan. Keprihatinan beliau sebagai ketua tidak mengira status.

Terima kasih Prof atas segala budi dan kebaikan yang telah dicurahkan. Semoga ianya diterima sebagai ibadat. Budi Prof akan tetap saya kenang.

Thursday, December 24, 2009

24 Disember

Hari ini adalah hari lahir Ijam. Hari lahirnya yang ke-31. Hari lahirnya tetap aku sambut walaupun dia jauh di alam lain. Tahlil dan bacaan Yaasin aku hadiahkan untuknya di awal pagi ini. Tanda kasih dan sayang aku padanya walaupun dunia kami berbeza. Ketika itu, aku terasa benar ketiadaannya dan hati aku semakin sarat dengan rindu yang menggunung. Aku sampaikan 'hadiah' aku padanya dalam sendu yang panjang.

24 Disember setahun yang lalu....
Kali terakhir aku dapat meraikan hari lahir suamiku. Tika itu, dia sedang menanggung kesakitan yang semakin serius. Menanggung sakit tulang belakang sepanjang masa dan kesukaran untuk tidur menjadi Ijam agak sensitif dan mudah marah. Kesakitan dan tekanan emosi yang dialami menjadikan dia terlupa hari lahirnya sendiri. Mungkin juga ianya dah tak penting lagi pada dia.

Tepat jam 12.00 malam menjelang 24 Disember, aku hulurkan hadiah hari lahirnya berserta ucapan kasih dan sayang aku padanya. Dia memang terkejut sangat masa tu. Yelah, dia pun tak ingat yang hari itu adalah hari lahir dia.
Aku buang jauh2 rasa sedih melihat keadaan dia. Aku nak dia gembira pada hari tersebut.
Dia buka hadiah yang aku berikan..hadiah yang memang dia inginkan sebelum ini tetapi dia simpan keinginan tu kerana ada keperluan2 lain yang perlu didahulukan. "terima kasih yang...tapi mahal ni. Kita kan nak pakai banyak duit sekarang..." Itulah kata2 dia yang aku ingat sampai sekarang. Dia masih mementingkan keperluan aku dan Danish walaupun ketika itu, kegembiraan dirinya yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Sebenarnya hadiah tu bukanlah mewah sangat. Tak setanding pun dengan kasih sayang yang dia curahkan untuk aku dan Danish. Ianya cuma tanda terima kasih aku padanya kerana dia sudi menjadikan aku seorang isteri dan ibu. Menerima aku dengan segala macam kekurangan.

Kenangan ini akan tetap tersimpan dalam memori aku sampai bila-bila. Tak mungkin ianya akan dapat diulang kembali.

Selamat Hari Lahir Be....

Friday, December 4, 2009

Kasih Sayang ALLAH

Allahuakbar!

Hari ini aku dikhabarkan dengan satu berita gembira yang tidak diduga. Berita itu membuka mata hati aku tentang kasih sayang ALLAH. Ianya membuktikan bahawa kasih sayang Allah itu sangat dekat dengan diri kita.

Aku pernah melalui satu fasa kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan ketabahan diri. Pemergian Ijam telah membawa sekali separuh jiwa aku dan hidup aku memang tidak terurus. Pada ketika itu, aku memang betul-betul tidak bersedia untuk menjadi mama dan papa untuk Danish. Aku selalu tenggelam dalam kenangan dan kehibaan yang bukan sedikit.

Aku menerima surat ucapan takziah atas pemergian Ijam setelah aku kembali bertugas dan di surat itu, ada catatan daripada seseorang " Jaja, Ingat ALLAH selalu. Kasih sayang ALLAH sangat dekat dengan diri kita". Kata-kata itu, aku baca tanpa ada sebarang perasaan dan surat itu, aku simpan begitu saja.

Ternyata laluan kehidupan aku selepas ketiadaan Ijam amat berliku dan sukar. Ada ketikanya aku hampir menyerah kalah dengan permainan takdir. Dugaan demi dugaan membuatkan kesabaran diri semakin menipis.

Pada satu hari, aku terjumpa kembali dengan surat yang aku tak hiraukan sebelum ini. Tatkala membaca catatan tersebut, hati aku tersentuh. Aku mulai sedar kelalaian aku selama ini. Aku merintih dan mengadu tentang segala kepayahan dan kesusahan yang kutanggung hanya padaNYA. Setiap hari aku pohon ditunjukkan lorong-lorong dan jalan-jalan mudah untuk aku lalui hidup ini dan padaNYA aku merayu pertolongan atas segala kesusahan yang datang. Permohonan ini aku panjatkan setiap hari, sekurang-kurangnya lima kali sehari.

Hari ini, tatkala aku menghadapi kesulitan yang bukan sedikit, ALLAH telah mneghulurkan pertolongan dengan cara yang tidak diduga. Ianya memang tidak pernah aku bayangkan dan sememangnya di luar dugaan. ALLAH Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sesungguhnya kasih sayang ALLAH memang sangat dekat dengan diri kita.

Thursday, December 3, 2009

Guano ni???

Sambutan Hari Kualiti UiTM Johor sedang berjalan sekarang. Antara acara yang disediakan ialah pertandingan bowling dan mini eco-challenge. Aku daftar join bowling dan eco-challenge. Aku bukan pandai sangat berbowling ni tapi sebab ianya dibuka untuk mereka yang kurang pandai so aku join la. Harap2 boleh menang sebab pihak lawan pun orang yang tak berapa pandai main. Tapi mungkin dasar tu dah diubah, bila tengok list peserta, ada gak yang memang dah handal pun join gak. So harapan nak menang???...tawakal jelah...terlajak perahu boleh diundur..tapi undur diri...tidak sekali-kali..hehehe.

Semalam jogging dengan Kak Jai, Kak Zah n Didie. Saja2 la konon2 prepare untuk eco-challenge. Pusing satu kampus , selebihnya strolling je..:) Pancit jugak la sebab dah lama sangat tak exercise. Sayang kat lemak2 yang aku dah kumpul selama ni..hehehe.

Malam tadi bawak Danish join budak2 HEA main bowling. Last main bowling 3 tahun lepas..so rasa macam baru belajar pegang bola plak..Game pertama je performance ok, pastu 2 game lagi... bungkus! Bila tengok performance, aku dah mula ragu2 plak nak join pertandingan bowling nanti. Kalau kalah memang sebab aku la..hehehe.

Guano ni??? Hmmmm....

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha



Esok umat Islam akan menyambut Hari raya Aidiladha atau sinonimnya Hari Raya Korban. Ramai staf UiTM Johor yang dah mula bercuti mulai hari ini. Mengambil peluang cuti Hari Raya bersekali dengan cuti sekolah agaknya. Aku masih lagi bekerja dan akan balik kampung malam nanti.
Biar apa pun yang pernah/akan kita korbankan dalam hidup ini, biarlah ianya dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana ALLAH. Ianya akan menjanjikan pulangan yang cukup manis kelak. InsyaAllah..
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Wednesday, November 25, 2009

Enam Bulan

Sudah 6 bulan Ijam meninggalkan aku dan Danish untuk selamanya. Tempoh 6 bulan pertama hidup tanpa dia nyata amat payah. Semuanya terasa canggung dan serba tak kena. Sehingga satu ketika, aku rasa tak nak keluar rumah sebab rasa serba tak kena keluar tanpa suami. Dalam masa yang sama, aku tak nak orang tanya di mana suami. Pertanyaan lazim yang akan ditanya bila melihat aku berdua aje dengan Danish. Jadi rasanya lebih baik mengelak daripada menjawab soalan2 yang macam tu. 6 bulan jugalah aku harungi segalanya dengan seribu satu kepayahan. Dari urusan peribadi sampailah segala macam urusan yang aku tak pernah buat sebelum ini aku terpaksa lalui juga. Payah dan peritnya hanya ALLAH yang tahu.

6 bulan juga belum cukup untuk buat Danish mengerti. Dia masih lagi beranggapan yang papanya akan balik. Banyak kali dia cakap "bila papa adik balik nanti..."
Semalam aku bawa dia gunting rambut. Aku saja je puji2 dia hensem bila gunting rambut nanti. Dia seronok sangat bila dipuji2 hensem dan dengan bersahaja dan senyum manis dia kata "nanti bila papa adik dah balik, papa adik kata hensemnya adik dah gunting rambut..."

Sebelum tu, dalam minggu lepas, dia teman aku masak dan dia puji2 bau masakan tu sedap. Tak taulah fakta ke auta...hehehe...[nota: Danish memang manis mulut macam papa dia..:)] padahal aku masak nasi goreng je..hehehe...
Lepas tu dia kata, "bila papa adik balik nanti, papa eat mama masak, papa kata sedapnya bau...."
Dah terlalu kerap sebenarnya dia cakap phrase tu.... yang pastinya, dia belum faham yang papanya tak akan balik lagi sampai bila2 pun. Satu-satunya peluang untuk kami bertemu semula hanyalah di dalam syurga. Itupun hanya dengan izin Allah.

Mengenangkan peluang bertemu yang entahkan ada entahkan tidak, membuatkan aku selalu berdoa: "Ya Allah! masukkanlah kami ke dalam syurgamu tanpa dihisab Ya Allah... Ketemukanlah kami semula di dalam syurgaMu sebagai satu keluarga. "
Harapan aku cuma satu - ALLAH perkenankan doa aku dan kami dapat bersatu semula.

Friday, November 20, 2009

UPSR

Keputusan UPSR dah pun keluar semalam dan khabar gembira - Kak Chik dan Luqman (anak2 saudara) berjaya dapat 5A. Memang tak sangka Luqman boleh skor 5A. Bukan tak pandai, tapi budak lelaki...kurang serius mentelaah dan banyak sangat main. Tapi bila dah rezeki, macam mana pun akan jadi hak juga.

Teringat zaman aku UPSR dulu. Belum betul2 ada kesedaran tentang betapa pentingnya lulus cemerlang walaupun masih di peringkat UPSR. Budak kampung, sekolah luar bandar pulak tuh...:) aku lebih teruja main polis sentri dan baling tin dari selak buku sekolah. Alahai...betul2 perangai budak2. Aku mula serius belajar masa SPM je. Syukur juga belum terlambat masa sedar tu, kalau tidak...???? Kalaulah dapat diundur masa..hehehe...

Tahniah untuk Luqman dan Kak Chik...Mak Itam doakan kalian terus berjaya dunia & akhirat. InsyaAllah....

Wednesday, November 11, 2009

Pertama Kali

Sudah 2 hari aku terlibat secara langsung dengan pengendalian final exam. Bob terpaksa balik kampung sebab bapanya kurang sihat. Urusan peperiksaan akhir berada di bawah tanggungjawab aku untuk pertama kalinya. Syukur ada staf2 yang sangat berpengalaman dan sangat2 membantu.

Untuk pertama kalinya aku melihat sendiri senario dan keadaan di Bahagian HEA setiap kali musim peperiksaan. Semalam, first time dengar perkataan "pecah bundle" dan melalui sendiri pengalaman melakukan "pecah bundle". Best sangat cuba sesuatu yang baru...Macam budak baru masuk sekolah..semuanya rasa menyeronokkan. Aku dapat juga belajar tentang kemasukan markah peperiksaan yang selama ini sangat2 asing bagi aku. Kadang2 blur jugak juga tapi aku tetap kontrol cun..hehehe.. dalam hati tetap berdoa semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, setakat ni tiada masalah yang besar. Exam berjalan lancar.

Dalam hidup kita perlu melalui banyak pengalaman 'pertama kali'. Yang penting, kita cuba lakukan yang 'pertama kali' itu dengan betul (Do It Right First Time).

Sunday, November 8, 2009

Mimpi dan Rindu

Kita seringkali bermimpi. Sama ada mimpi yang indah atau sebaliknya. Ada yang berkata mimpi itu mainan tidur. Namun seringkali juga mimpi memberikan alamat tertentu kepada yang empunya diri.

Malam semalam aku bermimpikan Ijam. Dah lama jugak aku tak 'berjumpa' dia sebenarnya. Mimpi yang indah tu walaupun hanya sekejap dapat menghilangkan rindu aku padanya. Renungan mata dan sentuhannya di wajah aku buat aku benar-benar kenal yang itu adalah Ijam. Pandangan yang penuh dengan kasih sayang masih lagi sama seperti dulu. Tiada kata, tiada pesan, cuma renungan dan sentuhan yang sangat sebentar. Walau cuma sebentar, tapi sangat terkesan dalam hati.

Biarlah walaupun mungkin ianya hanya mainan tidur. Sekurang-kurangnya ia mainan yang menenangkan jiwa. Mainan yang mampu mengurangkan sedikit beban kerinduan yang aku tanggung. Aku mengharapkan agar mimpi itu datang lagi malam ini.

Rindunya saya kat awak Be!

Wednesday, November 4, 2009

A story worth sharing

4 years ago, an accident took my beloved away and very often I wonder, how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid. 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.

There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child.

With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bedsheet and blanket!

Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation:"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."

At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed.
When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up.
However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy.....

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around. 'cos he makes me proud too!

Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in every passer-by...Christmas carols and frantic shoppers....but alas, my son got into another trouble.
When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the post master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control.

Once again, as before, he apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year. His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy.
My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: " But why did u post so many letters, at one time?" My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and I sent it all at once..."

After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say....I told my son, " Son, mummy is in the heavenly kingdom, so in future, if you have anything to tell her, just burn the letter and it will reach mummy. My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will burn the letters on his behalf, I brought the letters outside, but couldn’t help opening the letter before they turn to ash. And one of the letters broke my heart....

"Dear Mummy,I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldn’t help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason. Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear?"

After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife....

Monday, November 2, 2009

Hari Pertama

Hari pertama bertugas di HEA dan PJI. Setengah hari pertama adalah briefing dan sesi berkenalan dengan staf HEA dan juga PJI. Malu juga walaupun semuanya dah kenal...:). Menerima taklimat tentang peranan dan fungsi PJI membuka minda dan mata kau tentang bahagian ini. Sebelah petang pula, setelkan hal-hal komputer dan juga Lotus Note dengan staf Unit IT. Kiranya aku masih belum melaksanakan apa-apa tugas lagi di sini.
Aku mengambil peluang bertukar di musim peperiksaan untuk memahami selok belok pengurusan peperiksaan akhir pelajar. Rugi rasanya kalau tak tahu pasal HEA sebab aku sendiri secara hakikinya adalah Penolong Pendaftar HEA. Respon dari Bos HEA amat positif bila aku suarakan permintaan untuk berada di HEA semasa musim exam. Hasilnya, separuh hari aku di PJI dan separuh hari lagi di HEA. It is fair enough for me.

So, hari ini adalah satu permulaan yang positif dan aku akan sentiasa mempositifkan diri aku sampai bila-bila....InsyaALLAH!

nota: seronoknya kalau aku dapat bercerita tentang pengalaman ini pada Ijam. Rindu awak sangat Be!

Sunday, November 1, 2009

Bertukar

Hari ini aku selesaikan kerja-kerja mengemas ofis. Mulai esok (2/11) aku akan berkhidmat di Bahagian Akademik (HEA) dan dalam masa yang sama juga di Bahagian Penyelidikan (PJI). Pertukaran adalah perkara biasa dalam perkhidmatan di UiTM. Kalau tak berpindah kampus, berpindah bahagian pasti berlaku.
Aku positif dengan pertukaran. Aku harapkan pertukaran ini membawa sinar baru dalam perjalanan kerjaya aku. Menggarap pergi warna-warna kelam yang terlukis dalam kerjaya aku kebelakangan ini. Harap-harap pertukaran ini dapat mengembalikan kepercayaan orang kepada kebolehan diri walau tak banyak untuk dibanggakan.
Apa-apa pun boleh berlaku dengan kehidupan kita. Aku lebih positif dan redha dengan apa juga ketentuan hidup. Bukan mudah untuk aku sentiasa redha dengan apa yang berlaku tapi ianya berjaya aku pupuk selepas aku kehilangan Ijam. Ketiadaan Ijam memberikan impak yang sangat besar dalam hidup aku dan salah satunya adalah aku menjadi sentiasa redha dengan apa jua yang berlaku dalam hidup aku. Kematian Ijam juga membuka pintu kesedaran bahawa siapalah kita untuk menentukan apa yang kita mahu sedangkan ALLAH telah merencanakan hidup kita dengan lebih baik. Dengan redha, hati aku lebih tenang dan kurang rasa ingin memberontak.

02 November 2009 tarikh keramat aku di tempat baru dan dalam hati tersemat satu azam untuk memperbaiki kualiti diri dan kerjaya. Semoga perjalanan aku dipermudahkan olehNYA.

Tuesday, September 29, 2009

Rezeki

Hari ini telah diadakan sesi mock teaching & temuduga peringkat pertama proses pengambilan pensyarah di UiTM Johor. Proses awalnya (iklan, sorting, dll) telah bermula sejak bulan Ramadhan lagi. Pastinya mereka yang menerima surat/panggilan dan emel memaklumkan tentang jemputan kami untuk ke sesi hari ini mengharapkan akan beroleh rezeki bekerja di sini. Aku melihat mereka datang dengan wajah penuh semangat dan harapan. Baju pun lawa-lawa semuanya. Tambahan lagi semangat Hari Raya masih lagi membara...:)
Mungkin mereka semua akan berjaya ke peringkat seterusnya dan mungkin ada juga di antara mereka yang akan terhenti setakat hari ini. Situasi ini berlaku dan berulang-ulang setiap tahun selama hampir 5 tahun aku mengendalikan urusan pengambilan kakitangan samada pentadbiran ataupun pensyarah. Sepanjang tempoh itu juga, aku menjadi amat mudah bersimpati dengan mereka yang memohon untuk bekerja di sini terutamanya bagi jawatan-jawatan bergred rendah. Kalau boleh aku nak bagi mereka semua kerja di sini tapi itu bukan kerja aku. Allah lebih mengetahui rezeki siapa yang tertulis di sini.
Inilah yang dinamakan rezeki. Kalau dah memang rezeki kita, ianya akan tetap menjadi milik kita walau macam manapun keadaannya. Begitu juga kalau bukan rezeki kita. Apa yang penting, kita bersyukur dengan semua rezeki yang diberikan walaupun ada ketikanya ianya tidak mengikut selera kita. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Kepada calon-calon pensyarah hari ini, aku doakan mereka berjaya dan harap-harap ada rezeki untuk kita bekerjasama di sini. Good luck!

Thursday, September 24, 2009

Syawal Tahun Ini

Hari ini aku kembali bekerja. Tahun ini aku cuti pendek memandangkan annual leave pun dah tak banyak. Tambahan pulak banyak kerja nak kena setel selepas raya ni sebelum bertukar department..:) Terasa lengang sangat UiTM Johor pada masa ini. Ramai yang mengambil peluang menyambung cuti hingga hujung minggu.
Sepanjang Syawal aku tak sempat pun nak update blog. Niat tu ada tapi kelapangan tu terhad. Oleh kerana aku tak beraya tahun ni, secara rasminya aku in charge layan tetamu sementara yang lain-lain pergi beraya. Jadinya sibuk dari pagi sampai malam.
Aku mula terasa sangat ketiadaan Ijam bila takbir raya bergema selepas Isya' 29 Ramadhan. Malam tu ingatan aku pada dia sangat kuat sehinggakan aku tidur lewat pagi tu. Rindunya aku pada dia, especially bila saat bermaafan-maafan sesama adik beradik. Mana taknya, aku seorang je yang tak dapat bersalaman dengan suami. Aku tetapkan hati dan kuatkan semangat agar jangan tumpah airmata aku. Pada Danish aku tumpukan sepenuh perhatian untuk mengelakkan terus menerus terkenangkan Ijam.
Walau macam manapun, aku tak dapat menahan perasaan bila mengunjungi pusara Ijam pagi 1 Syawal. Dada aku terasa sebak dan perasaan aku betul2 sayu sebaik kaki aku sampai ke tanah perkuburan. Perasaan aku tak boleh dikawal dan air mata terus mengalir laju sepanjang aku di situ. Terfikirkan bagaimana keadaan dia keseorangan di sana sedangkan kita sedang bergembira menyambut Syawal. Doa aku semoga ALLAH menjauhkan azab kubur untuknya, dimasukkan ke syurga tanpa dihisab. Aku juga bermohon agar kami dapat bertemu semula sebagai satu keluarga di dalam syurga ALLAH nanti. Amin...

Thursday, September 17, 2009

Syawal

Syawal 1430H akan menjelang 2-3 hari saja lagi. Ramai staf yang dah mula bercuti panjang mulai hari Jumaat ni membawa ke minggu hadapan. Semuanya bersedia dan pastinya sangat gembira untuk menyambut lebaran yang akan tiba. Aku akan bekerja sehinggalah Jumaat dan akan kembali bertugas seawal Syawal keempat.
Syawal tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun sudah. Pertama kali beraya tanpa suami. Pertama kali juga membayar zakat fitrah sendiri. Sayu rasa hati tatkala membayar zakat fitrah sebab teringatkan Ijam. Syawal tahun ini tiada persediaan yang aku buat. Hanya sepasang dua baju raya Danish. Selebihnya, hanyalah seperti hari-hari biasa. Rasa untuk menyambut Syawal langsung tak wujud kerana semakin dekat Syawal, semakin tebal rindu aku pada Ijam.
Danish pulak, semenjak kebelakangan ini sering menyatakan perasaan rindunya pada Ijam. Setiap hari dia akan bertanya sama ada papanya dah sihat ke belum dan setiap hari juga ayat "Adik rindu papa" akan bermain di bibirnya. Aku jawab sejujur-jujurnya yang dia tidak akan bertemu papanya lagi walaupun ayat itulah yang akan menyebabkan aku menitiskan air mata. Esok, lusa dia tetap akan bertanyakan soalan yang sama..dia masih belum mengerti.
Bersedia ataupun tidak, Syawal tetap akan menjelang dan aku perlu melaluinya dengan hati yang terbuka biarpun payah untuk dilalui.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin untuk semua.

Saturday, September 5, 2009

Anak Yatim

Anak yatim adalah golongan yang sentiasa perlu diberi perlindungan dan perhatian. Seruan tentang itu banyak disebut di dalam Al-Quran. Bila disebut anak yatim, pasti terlintas perasaan kasihan kerana mereka kehilangan ibu/ayah dalam usia yang masih kecil. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang Danish akan termasuk dalam golongan ini dalam usia dia yang baru 3 tahun.
Program Kenangi Mereka Sayangi Mereka adalah satu program tahunan anjuran PEWANI UiTM Johor. Program yang mengkespresikan keprihatinan dan perhatian kepada anak-anak yang kurang bernasib baik. Tahun ini, Danish tersenarai sebagai anak-anak yatim yang menerima sumbangan.
Semalam diadakan program penyampaian sumbangan juga berbuka puasa bersama Pengarah UiTM Johor. Aku rasa sebak dan sayu yang bukan sedikit bila nama Danish dipanggil untuk menerima sepasang kasut raya juga duit raya. Aku tak boleh kawal perasaan bila mengenangkan Danish yang kini anak yatim dan status itu akan kekal sampai bila-bila. Dalam masa yang sama aku terkenangkan Ijam dan satu-satu air mata aku jatuh. Danish teruja sangat nak pakai kasut raya tu. "Kasut BOSS Mama bagi" katanya.
Terima kasih kepada PEWANI UiTM Johor yang prihatin. Bukan semua orang mampu mengenang dan menyayangi anak-anak yatim. Sumbangan yang diberikan bukan ukurannya. Apa yang lebih penting adalah hati dan perasaan yang tulus dan ikhlas menyayangi anak-anak ini. Semoga kalian diberikan balasan baik atas segala kebaikan yang telah kalian lakukan.

Wednesday, September 2, 2009

Tempat Baru & Kawan Baru

Khalid dah pun bertukar ke kampus Alamanda, PJ mulai semalam. Sedih gak bila dapat surat tukar dia. Perasaan yang sama masa aku dapat berita tentang pertukaran En Khairul dulu. Khalid kawan aku yang pertama kat UiTM Segamat ni. Sampai sekarang kami masih lagi berkawan baik. Persahabatan yang ditunjangi dengan keikhlasan. Ikatan persahabatan yang melangkaui saat suka dan duka. Khalid seorang sahabat yang baik dan boleh dipercayai. Memang terasa sangat dengan perpindahan dia. Walau macam manapun, aku gembira bila dia dapat bersama-sama dengan Laila dan baby Luqman. Dah lama dia nak bersama keluarganya, akhirnya doanya dimakbulkan.
Khalid punya kelebihan yang tersendiri dan aku yakin dia mampu menyesuaikan diri dengan situasi kerja yang baru. Good luck Khalid. Aku doakan kau berjaya kat tempat baru...

Hari ini aku dapat kawan AR yang baru. Faizul yang menggantikan Khalid dah lapor diri mulai semalam tapi baru hari ini dapat jumpa. Setakat perkenalan satu hari ni, aku rasa dia ok. Harap2 kami boleh bekerjasama dengan baik...Welcome aboard Faizul...U will love this campus for sure!

Wednesday, August 26, 2009

Tadarus @UiTM Johor

UiTM Johor menyemarakkan Ramadhan tahun ini dengan program tadarus di kalangan kakitangan. Program ini bermula pada hari Isnin yang lalu. Aku buat julung-julung kalinya join group staf admin wanita. Adalah dalam 10-12 orang yang join program ni dengan bimbingan Ustazah Siti Fatimah yang comel. Sedap sungguh bacaan ustazah tu, sesuai dengan cantik wajahnya.
Konsep tadarus ni, seorang demi seorang akan membaca Al-Quran dan yang lainnya akan menyemak bacaan tersebut. Sesiapun boleh memperbetulkan bacaan yang silap. Saling memperbetulkan antara satu sama lain bagi memperbaiki bacaan masing-masing. Tiada perasaan rendah diri atau berkecil hati. Ianya semata-mata untuk belajar.
Cantiknya kalau konsep ini diterapkan dalam kehidupan dan hubungan sesama staf di UiTM Johor ini. Semua staf saling bantu-membantu, sokong-menyokong dan memperbetulkan kesilapan rakan-rakan. Pastinya kurang konflik dalam bekerja dan tidak ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Takkan ada insan talam dua muka atau yang suka membuka aib orang di kampus ini.
Kalau ianya dipraktikkan, tak mustahil UiTM Johor akan menjadi tempat yang paling harmoni dan seronok untuk bekerja.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Esok InsyaALLAH kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan kerahmatan. Setahun yang lalu, aku menyambut Ramadhan dengan perkhabaran tentang kanser dalam tubuh Ijam. Satu ujian dan dugaan yang aku rasakan sangat hebat pada ketika itu.
Tahun ini, Ramadhan aku sambut dengan ujian yang lebih hebat. Ramadhan aku sambut dengan perasaan sayu yang bukan sedikit. Tak pernah terduga oleh akal yang aku akan menyambut Ramadhan kali ini tanpa Ijam. Semua kenangan menyambut Ramadhan bersama terbayang-bayang depan mata. Terasa macam baru sangat kami sama-sama ke bazar Ramadhan, berbuka dan sahur bersama. Macam mana akan aku lalui Ramadhan kali ini, aku pun tak pasti. Aku akan cuba bertahan walaupun kadang-kadang kesabaran dan kekuatan diri goyah juga dengan kenangan dan kerinduan yang mencengkam. Apa yang pasti, aku redha dengan segala ketentuan hidup aku. Segala apa yang akan berlaku akan aku terima dengan berlapang dada.
Doa aku, semoga Ijam aman dan tenang disana, ditempatkan dalam syurga Allah tanpa dihisab.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Saya memohon kemaafan atas kekhilafan dan kealpaan saya sepanjang saya menulis di blog ini yang mungkin telah melukakan hati dan perasaan mana-mana pihak. Semoga Ramadhan ini kita lalui dengan penuh kerahmatan dan keredhaan dari ALLAH.

Puisi indah untuk semua..

Ramadhan Terakhir...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu
melagukan syair rindumendayu, merayu, kepada- NYA Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan
walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan
denganbertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..
meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan
mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan. kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu
Ya Ilahisemoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN ..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..

Friday, August 14, 2009

Kenangan Terindah

Lagu ni sebenarnya lama dulu dah popular, lebih kurang 2 tahun lepas. Lama jugak aku tak dengar lagu ni. Bila tadi aku dengar lagu ni kat radio, rasa betul2 menyentuh hati. Terasa macam lagu tu menceritakan tentang aku dan Ijam. Jiwang la pulak..)

Kenangan Terindah
by Samsons


Aku yang lemah tanpamu

Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Wednesday, August 12, 2009

Kalaulah Ijam Masih Ada

Bermula dari pertengahan minggu lepas hingga ke hari ini, macam2 peristiwa berlaku yang menyebabkan hati aku selalu berdetik " Kalaulah Ijam masih ada'...Terasa kepayahan menjadi ibu dan ayah dalam masa yang sama.

Situasi I
Hari Selasa (4/8), Mak Yah (babysitter Danish) bagitau dia terpaksa buat satu operation kecemasan kerana ada ketumbuhan dalam rahimnya. Dia pada awalnya pergi ke hospital untuk rawatan tapi tak sangka pulak kena operation. Bila macam tu, maknanya dia tak boleh jaga Danish untuk tempoh yang agak lama juga. Aku kena cari alternatif lain. Nak bercuti pun cuti tinggal 5,6 hari je nak sampai ke hujung tahun. Aku terpaksa hantar Danish ke nurseri UiTM, tapi itupun cikgu tu kata sehari je sebab dah ramai murid. Setel masalah untuk sehari. Macam mana untuk hari2 akan datang? Aku bingung sebab Danish tak nak ke sekolah. Sehari menangis di nurseri UiTM. Dia tak makan, tak minum sampai la aku jemput dia petang. Hari Khamis & Jumaat aku terpaksa tumpangkan dia kat satu nurseri area rumah aku. Masalahnya, aku kena tunggu dia kat sekolah tu. Sudahnya 2 hari aku masuk kerja lambat sebab teman dia kat sekolah. Terasa payahnya aku nak urus perkara yang datang tiba-tiba macam ni seorang diri. Kalaulah Ijam masih ada....

Situasi II
Hujung minggu lepas ada jemputan kenduri meraikan rumah baru dari Pn Maznah, Jurutera UiTMJ. Jemputan lepas Zohor, tapi pagi tu nak pergi dulu rumah dia hantar barang. Pusing-pusing aku tak jumpa pun rumah dia. Sampai Danish pun dah kata balik jelah Mama. Aku pernah ke kawasan perumahan tu sekali dulu masa pusing2 nak beli rumah. Ijam yang tau jalan dan aku pun takde rasa nak ambil tau. Akhirnya jumpa jugak rumah dia lepas dah berbelas kali pusing. Kalaulah Ijam masih ada takdelah aku susah macam ni sekali....

Situasi III
Hari Isnin (10/8) aku ke Unit Pusaka,JKPTG untuk menguruskan beberapa hal. Urusan di sana takdelah sampai 15 minit pun, tapi bila nak balik kereta pulak tak boleh start. Banyak kali cuba, kereta tak boleh start jugak. Masa tu aku tak tau apa masalahnya. Nak call sape pun aku tak tau. Nak call kawan2 lelaki, aku rasa tak manis dan macam segan pulak. (nota: aku selalu rasa offended dengan status sekarang). Dalam pada memikirkan penyelesaian tu, aku tiba2 rasa sebak.. Kalaulah Ijam masih ada, dialah orang pertama yang aku cari dan aku takkan rasa susah sangat macam ni...

Situasi IV
Pagi semalam badan Danish panas dengan suhu sampai 38'. Pagi2 ke klinik panel UiTM yang 24 jam tapi dimaklumkan doktor akan ada pukul 8.30 pagi. Aku takde piliham, terpaksa bawak dia ke ofis dulu sebab nak setelkan urusan exam pengesahan staf pagi tu. Lepas setel serahkan soalan baru aku bawa dia ke klinik. Sampai klinik ramai pulak patient. Hampir 2 jam kat klinik baru jumpa doktor. Lepas tu hantar pulak dia kat rumah babysitter sementara, baru balik ofis. Dalam pada terkejar-kejar uruskan itu, ini, aku terasa sangat ketiadaan Ijam. Kalaulah Ijam masih ada...

Thursday, July 23, 2009

Ofis Baru

Bermula dari hari Isnin sampai la hari ini, semua staf pentadbiran sibuk mengangkut barang-barang berpindah ke ofis lama yang dah upgrade. Letih jugak ulang-alik dari tingkat bawah ke atas. Barang-barang aku yang paling banyak rasanya..:).
Banyak dah berubah kat ofis ni. Cuma bilik aku je yang tak berubah, masih macam dulu cuma tukar kaler je. Tapi ada 1 lagi perkara yang tak berubah, LALAT masih banyak macam dulu. Pelik betul tengok lalat ni. Masuk2 je ofis baru, dia pun sama masuk jugak.
Inilah bilik aku yang perlu di 5S kan. Time2 macam ni rasa macam nak import boss library, Pn Maznah Hamid untuk 5Skan bilik aku. Dia kan sifu 5S UiTMJ. Letih aku nak kemas, tapi lebih kepada malas nak kemas sebenarnya. Last2, aku longgok je tepi semua benda. Yang penting ada ruang untuk aku buat keje. Malu gak kalau ada guest masuk, tapi aku control cun je keje dalam bilik yang sepah2 ni. Harap2 diorang faham situasi orang baru pindah..:)



Thursday, July 16, 2009

Orang Baru Lagi


Muhammad Zharif
Tahniah buat Shahnadz (office mate) dan suami, Nik (Staf UiTM Johor jugak) sebab dah dapat baby pada 11/07 yang lalu. Baru dapat gambar baby tu pagi ni. Baby boy jugak, boleh gang dengan Khalid..:)

Monday, July 13, 2009

Harapan

Malam tadi jari manis Danish luka tersepit masa dia sibuk main dengan koleksi kereta dia. Darah mengalir laju, selaju airmata dia. Dalam juga luka kat jari dia tu. Dia pulak tak henti-henti panggil papa dia datang tolong. Aku kelam-kabut dengan darah dia yang menitik-nitik dalam masa yang sama nak pujuk dia jangan panggil-panggil papa. Mulut dia tak henti-henti bertanya kenapa papa tak datang tolong. Selesai aku balut luka dia, dia bertanya lagi kenapa papa tak datang tolong jari dia yang sakit. Tengok muka dia dengan mata yang masih basah buat aku sedih pulak. Bilalah dia nak faham keadaan papa dia sekarang.

Sebelum tidur, dia belek lagi jari dia yang berbalut dan tiba-tiba dia menangis lagi sambil panggil papanya. Aku tahan-tahan air mata supaya jangan jatuh. Aku pujuk dia supaya tidur dan dia masih sempat bertanya "Nanti Papa datang tak kalau adik sleep?". Aku angguk kepala je untuk sedapkan hati dia. Akhirnya dia lena dengan seribu harapan.

Friday, July 10, 2009

50

Hari ini hari ke 50 pemergian Ijam. Pejam celik pejam celik dah 50 hari dia tinggalkan aku dan Danish. Walaupun dah 50 hari, tapi kenangan bersama dia masih segar dalam ingatan. Masih terbayang saat-saat terakhir aku dengannya. Danish pulak, dua tiga hari kebelakangan ini dia selalu cakap dia rindukan papanya.
Sekejap tadi Ustaz Lokman datang ke ofis. Bila Ustaz Lokman bercerita tentang pengalaman kehilangan anak bongsunya baru-baru ini, aku seakan dapat merasakan apa yang dilaluinya. Bagaimana perasaannya ketika menghadapi insan tersayang yang sedang nazak. Serta-merta aku jadi sebak dan sayu terkenangkan Ijam. Aku masih belum boleh bercerita tentang Ijam dengan tenang. Aku perlukan sedikit masa untuk jadi lebih kuat dan tabah.

Kepada Ustaz Lokman, takziah atas kehilangan anak tersayang. Al-Fatihah.

Wednesday, July 8, 2009

Orang Baru


Hero khalid
Awal pagi aku dapat berita dari Khalid yang isterinya dah selamat bersalin. Dapat baby boy. Aku dapat bayangkan kegembiraan Khalid seperti mana kegembiran Ijam menyambut Danish 3 tahun lepas. Anak adalah satu anugerah yang amat bernilai dan satu amanah yang perlu dipelihara sebaik mungkin.
Kepada Khalid & Laila, tahniah dengan kehadiran orang baru. Semoga kebahagiaan ini berkekalan selamanya.

Wednesday, July 1, 2009

Bumi Kelantan

Hari Jumaat sampai Ahad lepas, saya berada di Kelantan, tanah kelahiran suami. Berada di Kelantan seolah-olah membuka semula semua kenangan saya bersama suami. Terlalu banyak kenangan saya bersama dia di sana. Masih terbayang semua kenangan balik kampung bersama. Sepanjang usia perkahwinan kami (4 tahun), rasanya adalah 6 kali kami balik ke Kelantan. Faktor masa dan jarak juga karier sedikit sebanyak menghalang kami untuk balik dengan kerap. Setiap kali balik kampung, Ijam akan menikmati perjalanan dengan sebaik mungkin. Mesti ada saja cerita dia tentang setiap tempat yang kami lewati. Jalan tepi pantai adalah laluan kesukaannya kerana pemandangan laut yang cukup cantik. Kami akan berhenti menikmati keropok lekor dan air kelapa muda di tepi pantai. Satu aktiviti yang mesti kami lakukan setiap kali dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Dia akan gunakan peluang ini untuk menikmati semua makanan kesukaannya. Kadang-kadang dia dah ada menu untuk sepanjang tempoh kat kampung. Memang jadi macam budak-budak dia bila balik kampungnya..:)
Kenangan itu memang susah untuk saya lupakan. Sepanjang perjalanan ke Kelantan, kenangan itu bermain-main di mata saya. Macam filem yang diulang tayang. Terngiang-ngiang cerita dia tentang tempat2 tersebut yang selalu dia ceritakan pada saya. Setiap kali sampai di tempat-tempat yang kami biasa berhenti ataupun ternampak makanan-makanan yang dia suka, hati saya terusik. Saya masih lagi gagal mengajar hati untuk tabah. Air mata saya masih lagi mudah jatuh bila bercakap atau teringat tentang suami. Dia orang pertama 'memperkenalkan' saya dengan Kelantan. Dari dia saya belajar adat, budaya dan cara hidup orang Kelantan.
Memang parah bila hidup dalam kenangan. Itu saja yang boleh dikenang. Setiap kali kenangan itu datang, rindu akan turut serta yang menyebabkan hati akan luluh. Rindu membuatkan jiwa saya menjadi rapuh dan air mata adalah luahan rasa tanpa suara.

Tuesday, June 23, 2009

PTK

Hari ini aku selesai menduduki PTK. Kebetulan semalam aku diserang selsema yang agak teruk. Dalam masa yang sama Danish selsema dan demam juga. Kepala agak berat, hidung pun rasa sarat sangat. Masa untuk study pun agak limited. Jadinya, semalam dan hari ini aku datang exam lebih kepada tawakal. Ikhtiarnya tak 100% sebab memang agak sibuk sangat sampai study pun ala-ala aje. Bila malam, buka buku je terus terlelap.
Aku dimaklumkan ini PTK terakhir mengikut format sedia ada. Kemungkinan tahun depan akan gunakan format baru. Format yang macam mana, aku pun tak tahu. Yang pasti, aku dah tanam azam tak nak repeat paper. Belum pernah dalam sejarah hidup aku repeat mana-mana paper dalam exam. Jangan kali ni aku pecah rekod sudah. Harap2 restu mak dan abah yang aku pohon sebelum exam membantu aku untuk lulus Aras IV. Amin...
TQ En Khairul sebab wish me luck masa nak exam. Ingat jugak boss yang saya nak exam ye..:)

Monday, June 22, 2009

Satu Bulan

Hari ini genap satu bulan Ijam pergi tinggalkan aku dan Danish untuk selamanya. (Mengikut bulan Islam, genap pada 27 Jamadilakhir). Kenangan kali terakhir berbicara dengan dia dan saat-saat terakhir dengannya masih lagi jelas terbayang. Rasa macam semalam je peristiwa tu berlaku. Memang susah untuk aku lupakan detik-detik dua minggu terakhir aku bersamanya. Kami masih bergurau dan dia terlalu manja dengan aku pada waktu itu. Bila dikenang-kenang terasa sesak nafas. Fikiran berserabut memikirkan masa depan yang entah macam mana, dugaan apa lagi yang akan datang. Kadang-kadang terasa lemah sekali untuk melangkah meniti hari esok.
Selama sebulan jugalah aku memendam perasaan seorang diri. Ada kalanya hati aku terguris, maruah tercalar dengan kata-kata orang sekeliling. Mungkin mereka tak berniat untuk menyakitkan hati, tapi perasaan aku yang agak sensitif sekarang membuatkan aku begitu mudah terasa. Semuanya aku lepaskan bila aku berada di makamnya setiap hujung minggu.
Kalau dulu, aku tak sabar nak menunggu hari Jumaat kerana aku akan ke Kota Tinggi bertemu dengannya. Hari Rabu, aku akan ke Johor Bahru, bertemu dengannya semasa sesi rawatan kimoterapi. Hampir tiga bulan rutin itu aku lalui dan tidak terasa langsung ianya satu beban kerana perasaan teruja untuk bertemu dengannya mengatasi segala-segalanya. Kini rutin aku berubah. Setiap hujung minggu aku akan balik ke Pontian untuk menziarahi pusaranya, tapi aku rasa tenang dan damai berada dekat dengannya walaupun yang ada hanya batu nisan yang bisu. Biarlah orang kata doa boleh diutus walau tidak menziarahi pusara, namun bagi aku menziarahinya setiap minggu bukti kasih dan sayang aku yang masih tidak berubah sehingga kini. Bukti nilai kasih dan sayang yang begitu menebal dalam hati. Ia juga cara terbaik untuk aku melepaskan kerinduan yang cukup sarat untuk ditanggung.

Friday, June 19, 2009

Kenangan

Setiap kali hari Jumaat aku akan teringat tarikh 22 Mei 2009. Pada hari Jumaatlah aku berada di sisi arwah suami dari pagi sampailah dia menghembus nafas terakhir. Allah telah menggerakkan hati saya untuk berada di sisi suami sepanjang hari tersebut. Saya tak tinggalkan dia sepanjang hari kecuali untuk bersolat. Tanpa henti saya membaca Yaasin dari pagi sampai malam. Rupa-rupanya itulah hari dan peluang terakhir untuk saya berbakti kepada suami.
Bila tiba hari Jumaat, kenangan itu datang sendiri dan ianya umpama pita video yang ditayang berulang-ulang. Setiap kali waktu maghrib menjelang, setiap kali itu jugalah saya terbayang saat-saat terakhir saya bersama dia. Ianya satu kenangan yang tidak akan boleh saya lupakan sampai bila-bila. Masih terasa debaran hati saya yang semakin kencang selari dengan nafas suami yang semakin lemah ketika itu.
Saya tidak berniat untuk melupakan kenangan itu. Ianya pengalaman hidup terakhir saya bersama suami yang saya sayang seikhlas hati, saya kasihi sepenuh jiwa. Mana mungkin saya melupakan insan yang benar-benar sabar dan menerima saya seadanya. Dia menerima saya dengan segala kekurangan yang ada pada saya. Dia seorang suami yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Memang saya benar-benar bersyukur dikurniakan seorang suami seperti dia, walaupun dipinjamkan hanya sekejap. Suami saya adalah kenangan yang terindah dalam hidup saya yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Tuesday, June 16, 2009

Birthday Danish

Kek birthday yang banyak flowers


Danish dengan sepupu-sepupunya sibuk 'booking' flowers

Inilah kek harijadi Danish yang dia kata ada banyak flowers. Dari pagi dia tanya bila nak potong kek dia. Tak ada majlis apa2 pun, cuma doa selamat satu keluarga sahaja. Ira, Irfan, Lokman dan Kak Long (Anak2 Kak Ila) semua ada hadiah untuk Danish. Mesti diorang simpan duit belanja sekolah untuk beli hadiah tu. Harga hadiah tak penting, yang penting keikhlasan diorang memberikan hadiah juga tanda ingatan mereka. Danish hepi sangat bila sepupu-sepupu dia bagi hadiah.

Kereta yang Papa nak hadiahkan pada Danish
Ini hadiah dari Ayah Li sekeluarga (Pakcik Ijam). Sebenarnya Ijam pernah berniat nak bagi hadiah ni untuk Danish masa birthday. Ijam pernah bagitau saya dia nak hadiahkan kereta ni sebab cantik, murah sikit harganya kat Kota Tinggi compare kat Segamat. Bila dia dah takde, pakcik dia pulak hadiahkan sebab nak sampaikan hajat arwah. Dia cakap kat Danish itu hadiah dari Papa. Masa tu rindu saya pada Ijam betul2 membuatkan hati saya sedih tapi saya tahan perasaan sendiri. Sehinggakan saya berangan-angan seolah-olah Ijam ada dalam majlis tersebut.
Hati saya tersentuh dengan keprihatinan dan keikhlasan diorang semua pada Danish. Semoga ALLAH memberikan balasan kebaikan yang berlipat ganda kepada mereka.

Monday, June 15, 2009

Happy 3rd Birthday Sayang

13 Jun 2009 birthday Danish yang ke-3. Pagi-pagi hari saya bawa Danish ke kubur Papanya. "Papa, hari ni birthday adik. Adik dah 3" (sambil menunjukkan 3 jarinya). Itulah kata-kata Danish bila kami sampai di kubur Ijam. Perasaan sedih dan sayu terus menyerbu masuk ke hati. Terasa hiba sangat-sangat. Rindu saya pada arwah begitu terasa. Tambahan lagi waktu pagi suasananya amat tenang dan sunyi. Inilah kali pertama Danish menyambut harijadi tanpa papanya dan ianya akan kekal begitu sampai bila-bila.
Saya teringat tentang azam Ijam awal bulan Mac. "Yang, orang nak cepat sihat. Nanti nak sambut birthday adik. Orang tak nak celebrate kat hospital la Yang". Itu impian dan harapan yang dia luahkan pada saya. Dia juga dah plan hadiah untuk anak dia. Tapi manusia hanya merancang, ALLAH juga yang berkuasa. Siapa menyangka yang Danish akan menyambut harijadi yang ke-3 tanpa Papanya.
Malam harinya ketika nak tidur, si kecil bertanya soalan yang meruntun jiwa. "Mama, kenapa Papa tak balik makan kek adik? Kek adik kan cantik ada flowers". Saya katakan padanya "Papa tidak boleh balik. Tak payah simpan kek untuk papa". Beliau mengangguk dan dalam suara yang sangat perlahan dia berkata "Adik rindu Papa..rindu sangat". Hati saya betul-betul tersentuh dengan kata-katanya. Air mata jatuh tanpa dapat ditahan-tahan. Kenangan bersama Papanya menyambut harijadinya yang kedua tahun lepas menjadi peneman tidur saya malam itu.

Wednesday, June 10, 2009

SUAMI, KEKASIH & TEMAN

22 Mei 2009 (Jumaat)-satu tarikh yang tak akan saya lupakan sampai bila2. Pada hari itu, tepat jam 8.28 malam suami saya pergi untuk selamanya setelah koma selama seminggu. Suami saya tewas dengans erangan kanser yang sememangnya ganas. Satu kenyataan yang amat payah untuk diterima. Saya kehilangan bukan sahaja seorang SUAMI, tapi juga seorang KEKASIH dan juga seorang TEMAN. Dugaan ini memberikan kesan emosi yang amat hebat pada saya. Selama hampir 3 minggu baru saya boleh menulis tentang kenyataan ini. Saya kehilangan tempat bergantung, tempat mengadu dan pelindung. Satu hakikat yang bukan senang untuk diterima.
Saya sedang belajar menjadi ibu dan ayah kepada Danish. Ada masanya saya takut untuk fikirkan masa depan dengan status saya sekarang. Status ini juga menjadikan saya agak rendah diri. Saya juga menjadi lebih sensitif sekarang. Sedaya upaya saya cuba untuk tidak terbawa-bawa dengan perasaan. Tapi bila rindu bertandang, air mata saya menjadi terlalu murah. Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya bila melihat peninggalannya di rumah. Ada ketikanya saya terasa seperti dia masih ada. Perasaan sayu dan rindu semakin parah bila melihat Danish. Danish banyak mewarisi rupa dan karakter papanya. Yang paling ketara, dia suka bergurau seperti papanya. Memang Allah Maha Besar. Dia tinggalkan Danish sebagai kenangan yang terindah antara saya dan suami. Ada masanya kesabaran dan kekuatan saya goyah dengan soalan-soalan Danish tentang papanya. Apalah sangat yang difahami oleh anak sekecil itu. Kesian Danish, dia menjadi anak yatim dalam usia belumpun 3 tahun.

YA ALLAH! ENGKAU AMPUNKAN DOSA-DOSA SUAMIKU. TEMPATKAN DIA DALAM SYURGA FIRDAUSMU YA ALLAH! BERIKAN AKU KEKUATAN MENGHADAPI DUGAAN MU INI. AMIN...

Saturday, May 2, 2009

HFMD

Hari Jumaat Danish mengadu sakit gigi. Bila aku tengok mulut dia ada ulser di lidah dan bibir dia. Aku check tapak tangan dia ada bintik-bintik merah. Aku suspek dia kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Terus bawak dia gi klinik Mesra malam tu jugak. Memang sah dia kena HFMD. Badan dia pun dah mula panas.
Dia mula merengek sebab mulut dia sakit. Ulser dalam mulut menyebabkan dia susah nak mengunyah makanan. Minum susu pun susah. Kesian dia bila asyik mengadu mulutnya sakit.
Doktor kata ianya akan sembuh dalam masa 3-5 hari.
Kesian Danish...:(

Thursday, April 30, 2009

Bertukar

Hari ini bermakna tinggal sebulan lagi En Khairul akan berkhidmat di sini. Lepas ni dia akan ke Shah Alam. Mula2 memang terkejut bila dapat tahu, tapi bagi sesiapa yang duduk dalam 'keluarga' Pendaftar, pertukaran adalah perkara biasa. Cuma yang buat aku agak terkilan, banyak lagi perancangan kami di Bhg Pentadbiran ni yang belum dilaksanakan tapi nak buat macam mana. Paling tak best sekali sebab nanti bos tak sempat masuk ofis baru. Dia yang beria-ia nak cat bilik ngan siling sekali warna hijau. Tapi betul la kata pepatah"manusia hanya merancang, tapi Allah juga yang maha berkuasa." Memang takde rezeki bos nak duduk bilik baru...Takpelah, pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk bos di sana.

Untuk En Khairul, I wish you all the best in your future endeavours.

Monday, April 27, 2009

Tinggal Kenangan


Bumbung pun dah takde dah...


cuma tinggal tembok batu yang akan diruntuhkan.

Hujung minggu lepas balik Ayer Baloi sekejap sebelum ke Kota Tinggi. Sayu rasa hati bila rumah lama dah dirobohkan. Ianya akan diganti dengan rumah baru yang lebih kukuh dan gagah. Di rumah itulah kami 9 beradik dibesarkan, merasai kepayahan adik beradik yang ramai dan bersusun macam anak tangga. Selama 33 tahun rumah itu menyimpan 1001 cerita kehidupan kami sekeluarga. Rumah itu menyaksikan bagaimana mak masak bubur nasi dicampur jagung untuk makan malam anak-anaknya. Kami bukan keluarga senang. Mak akan mengolah apa sahaja sumber makanan yang ada asalkan anak-anaknya kenyang. Kalau diingat-ingatkan balik memang perit.
Rumah itu juga menyaksikan kemeriahan hari perkahwinan Kak Ila (kakak sulung) sehinggalah yang terbaru, hari perkahwinanku. Di situ juga kami meraikan kehadiran cucu pertama mak dan abah 16 tahun dulu.
Terasa macam baru semalam abah buat piling rumah tersebut, sekarang ianya dah runtuh. Hanya tinggal sisa.
Kenangan bersama rumah itu akan tetap aku simpan sampai bila-bila. Ianya kan sentiasa berbekas dan tak akan pernah luput dalam ingatan.Isk...isk...isk....:(

Thursday, April 23, 2009

Kanser Payudara Ku

Kanser Payudara Ku: Perjuangan dan Kesedaran adalah buku terbaru yang aku baca. Sebenarnya buku tu ditulis oleh Dalilah Tamrin @ Raden Galoh, kenalan baru Prof. Beliau hadiahkan pada Prof dan Prof pinjamkan pada aku walaupun sebenarnya dia belum baca pun lagi buku tu. TQ boss....
Buku yang tak tebal dan tak nipis sangat ni menceritakan tentang pengalaman penulis berhadapan dengan breast cancer. Ada beberapa persamaan dengan realiti kehidupan aku antaranya beliau disahkan menghidap kanser dalam bulan Ramadhan, persis seperti Ijam.
Penceritaan beliau tentang kesakitan kimoterapi dapat aku bayangkan sebab aku melihat sendiri kesakitan Ijam selepas kimo.
Apa yang dihadapi oleh pesakit kanser memang berat. Bila aku fikirkan balik, memang apa yang ditakdirkan olehNya adalah yang terbaik. Tapi bagi konteks orang yang perlu menghadapi dugaan tersebut, bukan mudah meneutralkan fikiran untuk lebih positif. Walau bagaimanapun, usaha dan tawakal perlu seiring. Penyerahan diri secara total kepada yang Esa adalah yang terbaik dalam apa jua keadaan.
Doaku agar Ijam dan Raden Galoh menjadi insan yang paling sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Redha yang tulus pastinya akan membawa rahmat yang melimpah.

Thursday, April 9, 2009

Campus Warrior

Lepas berpantun, aku join pulak pertandingan net ball antara bahagian pada 6 & 7/4/09. Aku join sekali dengan Unit Q, Unit IT dan Unit Keselamatan. Dah lama sebenarnya tak main bola jaring ni. Last aku main masa sekolah rendah. sekolah menengah aku dah tak join sangat sukan, takut gelap...(kulit bukan cerah sangat pun...hehehe). Best jugak bila turun padang sekali-sekala. Sebelum ni aku memang malas nak melompat2 ni. Apatahlagi sejak badan dah 'berkembang pesat' tapi kali ni saja je nak lepas gian. Team kami nama "CAMPUS WARRIOR'. Siap beli baju sama satu group, pastu Pak Pin jadi Sugar Daddy sponsor air 100 Plus! Kami bertemu team HEA dan Pensyarah. Memang hebat2 team ni. Tapi kami tak kisah pun, peduli la kalah ke menang tapi lawan tetap lawan.

Hari pertama aku boleh join tapi hari kedua tak dapat sama2 berperang sebab kebetulan hari tu Ijam treatment la pulak. Doa2 kalau boleh biar la hari ujan, so game akan postpone jadi boleh la aku main..hehehe. Tapi doa tak termakbul. Segamat tak hujan pun. Kalau lawan HEA kami kalah 5-10, dengan team Pensyarah kami tewas 3-9. Memang bungkus! yang penting nama gagah...WARRIOR TUH...:)

Monday, April 6, 2009

Impian Si Kecil

"Nanti kalau Papa dah sihat, adik nak pegi Jusco. Beli barang Papa, barang Mama, barang adik. Nanti adik nak ajak Papa pegi fishing. Boleh dapat fish besar."
Itulah ayat yang seringkali dia ulang bila aku katakan Papa akan duduk dengan kita bila Papa dah sihat. Itulah impian dan harapan dia sebenarnya. Dia yang masih terlalu kecil pun punya impian. Cara dia meluahkan apa yang diinginkan nampak sangat tulus dan penuh pengharapan. Persoalannya bila impian dia kan termakbul? Aku pun takde jawapan yang pasti.
Setiap malam terutamanya bila nak tidur dia akan bertanya kenapa papa tak sleep rumah kita? Papa sleep dengan siapa? Dan setiap kali itu jugalah aku akan memberikan jawapan yang sekadar menyedapkan hatinya.
Anak kecil, jawablah apa pun, dia akan terima bulat2 dan tidur dengan harapan. Esok nak tidur, dia akan bertanya soalan yang sama walupun akan aku berikan jawapan yang serupa. Apa yang pasti, dia akan doakan papanya setiap malam. Doanya dibaca dengan bersahaja tapi aku yang mendengarnya pulak penuh beremosi. Doa anak kecil yang kedengaran begitu ikhlas.

Wednesday, April 1, 2009

Pantun Oh! Pantun


wajah pemantun2 yang hebat

Semalam diadakan pertandingan pantun antara staf dan student. Aku wakil bahagian Pentadbiran bersama En Husin dan Saiful. Kali terakhir berpantun, 14 tahun dulu dalam zaman2 sekolah. Bila sekarang nak berpantun balik, berasap jugak kepala nak fikir. Dalam keadaan terdesak, kemajuan teknologi jadi penyelamat yang terbaik. Cari la kat mana-mana dalam internet pasti ada pantun yang sesuai. Bila semalam berpantun, gamat jadinya speaker's corner tu. Student (pihak lawan) memang betul2 well prepared. Siap ada bunga rampai ditabur2 sebelum berpantun. Team pentadbiran sempoi je tapi tetap kontrol cool. Walaupun takde latihan, persediaan pun last minute (3 jam sebelum pertandingan), kami tetap hebat di gelanggang (perasan!). Punya terer kitorang ni sampai tak payah tulis bila nak menjawab pantun, pilih je mana pantun yang berkenan. Semuanya dah siap. (thanks to internet)....Ini bukan soal mengelat tapi work smart...hehehe.
Sudahnya kami jadi naib johan kurang satu markah dari juara (pssst...2 pasukan je yang bertanding). Kalau kami tabur bunga manggar rasanya boleh jadi juara kot...:)

Monday, March 30, 2009

Demam

Minggu lepas aku diserang selsema, sehari lepas tu demam pulak. Travel ke JB pastu seharian dalam bilik aircond yang amat sejuk (teman Ijam kimo) menyebabkan selsema aku semakin teruk. Sekarang Danish pulak yang demam. Selsema dan batuk datang sekali sehari lepas tu. Badannya panas, lebih2 lagi bila tengah malam. Keadaan ini buatkan aku tidur2 ayam sebab takut tak perasaan kalau panas dia tinggi tengah malam. Tambahan pulak dia akan muntah bila batuk. Dah habis sebotol ubat pun masih tak surut batuk dia. Dalam keadaan macam ni dia jadi manja lebih. Tidur atas riba hampir setiap malam. Kalau boleh nak berkepit setiap masa. Aku selalu rasa serba salah nak hantar dia ke baby sitter bila dia demam tapi aku tak ada pilihan lain.
Dia menuntut perhatian dari aku. Kesian dia, masa aku dengan dia memang terhad. Bila dia demam aku terasa nak balik cepat setiap hari!.

Monday, March 2, 2009

Minggu Lepas

Bahagian Akhir - Alhamdulillah

Ijam dapat jugak dihantar ke hospital dengan bantuan bekas manager dia (TQ En Wan Radzi) pada 17/02.Dia yang banyak tolong persuade family Ijam untuk hantar dia ke hospital. Dia juga yang bantu uruskan ambulans dari JSH. Sampai je kat hospital, Dr berikan rawatan kecemasan sebab dia dah separuh sedar. Laporan darahnya amat rendah. Paras HB cuma 4.4 (bacaan normal adalah 10 ke atas) manakala platlet cuma 38 (bacaan normal adalah 150 ke atas). Dr pun cakap lambat sangat bawak ke hospital sebab dia dah kekurangan banyak darah. Dr kata ada ulser dalam perut yang menyebabkan dia muntah darah. Akhirnya Dr tambah 4 pint darah dan 4 pint air. Alhamdulillah, nampak stabil sikit keadaan dia lepas tu walaupun masih lemah. Hari kedua (18/2) Dr buat rawatan untuk ulsernya yang bleeding. Sekali lagi Dr yang in-charge agak kecewa sebab lambat sangat bawa ke hospital sampai ulsernya dah pecah. Alhamdulillah lepas 2 hari, bleeding dah stop dan dia pun dah boleh makan soft diet. Dia pun dah boleh bercakap dan agak kuat berbanding sebelum tu.
Paling aku terharu, dalam sakit2, dia masih boleh arrange minta sepupu dia beli kek harijadi aku pada 20/02. Sambut birthday kat hospital la tahun ni. Satu Kenangan manis dalam episod yang pahit.

Tuesday, February 24, 2009

Minggu Lepas

Bahagian II - Dugaan Maha Hebat

Sabtu dan Ahad (14/2 & 15/2) keadaan Ijam semakin kritikal. Yang boleh masuk dalam tekak hanyalah air tapi tak sampai 10 minit dia akan muntah2 sampai lembik. Keadaan semakin teruk bila dia mula muntah darah. Setiap kali muntah, darah akan bersembur keluar dan kadang-kadang ada yang berketul2. Masa tu hanya ALLAH je yang tau macam mana aku rasa. Habis muntah, dia akan jadi lemah dan hanya mampu terbaring. Pilu sangat rasanya bila dia hanya mampu menggenggam tangan aku setiap kali ungkapan ALLAH aku bisikkan di telinganya.
Hari kedua dia semakin lemah. Hanya mampu terbaring. Nak duduk pun perlu disokong. Dia juga tidak dapat mengawal proses membuang air kecil dan besar. Tersentuh sangat hati aku bila tengok dia terpaksa pakai lampin. Dia juga menitis air mata bila aku tukarkan lampin. Mungkin dia rasa kecewa dengan keadaan dia yang tidak mampu mengurus diri sendiri. Petang Ahad, dia semakin kerap muntah darah. Beberapa orang kawan Ijam melihat sendiri macam mana keadaan dia semasa muntah darah. Keadaan jadi agak kelam kabut bila dia terus-terusan muntah darah hampir 5 minit lamanya. Lepas tu dia senyap dan seolah2 'masanya' dah sampai. Panik seketika semua orang. Dia kembali sedar bila kalimah syahadah dibacakan berulang kali di telinganya. Syukur! Aku mengucap syukur dalam sebak dan air mata yang kian laju mencurah.
Waktu malam, muntahnya semakin menjadi-jadi. Kali ini yang keluar adalah cecair warna hitam (darah juga cuma warnanya agak gelap). Dia juga mengalami cirit birit. Najisnya juga sudah bercampur darah. Sepanjang malam aku berjaga dan hati selalu berdebar bila dia batuk2. Aku tak sanggup nak tengok dia muntah darah lagi. Aku dah nekad, walau apa pun, aku akan hantar dia ke hospital. Sebelum ini, keluarga dia menolak mentah2 cadangan aku untuk bawa Ijam ke hospital. Mereka punya sebab tersendiri yang pada aku tak masuk akal langsung. Kali ini aku dah tak kisah kalau nak digelar menantu derhaka ke apa..yang penting suami aku. Esok pagi2 aku mesti usahakan agar Ijam boleh dibawa ke hospital. Dalam hati aku dah nekad, apa nak jadi, jadilah! Aku tak sanggup nak biarkan Ijam macam tu aje tanpa sebarang bantuan. Sepanjang malam aku mengatur strategi untuk membawa Ijam ke hospital. Sekurang-kurangnya aku berusaha sebelum berserah bulat2 pada ALLAH.

To be continued...

Monday, February 23, 2009

Minggu Lepas

Sudah lebih seminggu aku tak update blog..Seminggu yang lepas, hidup aku agak kelam kelibut. Aku perlu cerita ikut fasa sebab banyak sangat peristiwa tak diduga sepanjang minggu lepas.

Bahagian I - Bermulanya Cerita
Minggu lalu (13/02) aku rushing ke Kota Tinggi sebab family Ijam call bagitau Ijam dah separuh sedar.
Dalam pada bersiap2, fikiran aku jadi kosong sangat tapi perasaan susah nak cakap. Semakin lama terasa makin menghimpit dada. Air mata yang turun sama lebat dengan hujan yang mencurah-curah pada petang tu. Dah lama air mata aku tak tumpah sebab dugaan ini. Seboleh-bolehnya aku tak nak menangis tapi tekanan yang aku hadapi menyebabkan aku gagal mengawal perasaan aku sendiri. Hampir pukul 6 baru bertolak dan Abg Amin (kawan Ijam) menawarkan diri untuk menghantar aku ke Kota Tinggi. Syukur! aku pun tak confident aku boleh bawa kereta dengan fikiran dan jiwa yang bercelaru.

Aku tak tahu cerita sebenar macam mana Ijam boleh jadi macam tu. Kalau prosedur biasa kimoterapi, belum pernah lagi kesan sampingannya buat dia separuh sedar. Macam2 aku fikir sepanjang 3 jam ke Kota Tinggi. Bila tengok muka Danish, hati aku bertambah sayu. Lebih kurang jam 9.00 malam aku sampai di Kota Tinggi. Aku tahan airmata dan perasaan bila menuju ke bilik Ijam. Aku salam orang2 yang ada kat situ tapi tak ada satu pun wajah2 mereka melekat kat kepala aku. Aku hanya bersalam sedangkan fikiran aku melayang memikirkan Ijam. Yang aku nak jumpa sangat adalah Ijam.

Luluh perasaan aku bila tengok dia terbaring lesu tak bermaya atas katil. Nak gerakkan tangan pun tak larat. Cuma mampu buka mata. Air mata dia jatuh bila nampak aku dan Danish. Mungkin juga sebab rindu setelah hampir seminggu tak jumpa mungkin juga sedih dengan keadaan dia sekarang. Tak sangka dia jadi selemah itu sebab sebelum dia ke Kota Tinggi (seminggu sebelum tu) dia masih boleh berjalan.

Sepanjang malam aku berjaga dengan ditemani surah Yaasin yang dah naik lencun dengan air mata. Aku menangis dan merintih pada ALLAH sepanjang malam sehingga menjelang Subuh. Itu yang termampu aku buat sebab aku betul2 hilang punca, tak tau macam mana nak tolong suami aku sendiri. Dalam keadaan begitu, aku betul2 pasrah dengan apa juga ketetapanNYA. Aku bersedia dengan apa jua kemungkinan. Pada masa ini aku yakinkan diri aku untuk beriman dengan Qada' dan Qadar Allah.

To be continued...

Wednesday, February 11, 2009

Kehilangan

Pagi2 lagi seorang staf menyampaikan berita Pn Nazatulshima (pensyarah UiTM Johor) telah kehilangan anak di dalam kandungan yang berusia 6 bulan. Terkejut sangat2. Kali terakhir bertemu beliau ialah ketika beliau menyerahkan dokumen kenaikan pangkat kira-kira 2 bulan lalu. Sempat jugak la bercerita tentang kehamilannya yang sememangnya amat menggembirakan beliau. Walaupun kami bukan kenalan rapat tapi mungkin naluri seorang ibu agaknya, buat aku terasa simpati yang amat. Sungguh besar dugaan yang diterima. Pengalaman merasakan gerakan dan tendangan dari 'si dia' di dalam perut merupakan satu nikmat yang tidak terhingga. Bila nikmat tersebut ditarik semula secara tiba2, pasti ianya memerlukan kekuatan dalaman yang bukan sebarangan untuk menghadapinya.
Kepada Pn Shima, saya doakan Puan tabah menghadapai dugaan ini. Pasti ada rahmat yang ALLAH dah tentukan di sebalik dugaan yang diberikan cuma kadang2 ianya tak terjangkau dek akal kita.

Friday, January 30, 2009

Harapan

Pagi tadi sempat berborak pendek dengan big boss. Sebenarnya agak terbatas untuk dapat duduk bertemu dan berbual dengan big boss sebab dia selalu out station dan jika ada di pejabat pasti ada sekurang-kurangnya 2,3 orang yang akan 'ambil nombor' untuk berjumpa. Macam selebriti plak boss sekarang...hehehe. Aku pun kalau tak betul2, tak akan berjumpa dia. Perasaan malu dan kekok untuk berbual masih tebal. Setakat nak tanya khabar tu boleh lagi la...:)
Tujuan utama adalah untuk memohon kelulusan beliau tentang ubah suai pejabat. Sambil-sambil tu sempat bertanya khabar Puan Ayu (adik ipar beliau) yang juga menghidap kanser. Sebenarnya semenjak Ijam menghidap kanser, kemudiannya ayah mertua boss dan baru-baru ini adik ipar beliau, topik kanser seta beberapa sub topik yang berkaitan kanser adalah antara topik utama yang akan kami bualkan jika berkesempatan berjumpa. Hari ini boss bagitau tentang kaedah rawatan alternatif yang intensif untuk kanser selain kimoterapi dan radioterapi. Masih ada harapan bagi pesakit kanser (InsyaALLAH). Rasa lega bila dengar masih ada alternatif lain selain kimo. Tapi bila fikirkan 'ongkos' yang perlu disediakan, boleh pecah kepala nak fikir....:) Bukan sikit wo! Main belas2 ribu tuh! Walaupun belum mampu buat masa sekarang, namun sekurang-kurangnya ada ilmu yang aku dapat dan jalan tu akan ada jika diikhtiarkan. Kalau bukan sekarang, mungkin satu hari nanti Ijam dapat menjalani rawatan tersebut. Harap2lah...

Wednesday, January 28, 2009

Aduhai Lelaki

Hujung minggu yang lalu, seorang sahabat berkongsi masalah. Suaminya menjalin hubungan terlarang dengan seseorang bermula pada tahun 2007 yang lalu. Sahabat saya tiada saudara perempuan dan ibunya juga telah meninggal. Jadi beliau tidak punya sesiapa untuk meluahkan perasaan. Suri rumah sepenuh masa menjadikan pergaulan dan kenalannya juga terbatas. Yang ada hanyalah rakan2 lama, yang masih belum bertukar nombor telefon.

Dari ceritanya, aku dapat rasakan betapa kecewanya dia. Tambah kecewa lagi bila keluarga mentua seolah-olah memberi 'restu' dengan tindakan suaminya. ' tak ada apa2 lah, cuma kawan2 aje tu'. Itulah ungkapan yang selalu keluar dari si mak mentua membuatkan dia tak mampu nak cakap apa2. Dia juga tak tau nak buat macam mana. Pertemuan dengan 'perempuan' itupun tak membuahkan apa-apa. Tanpa berselindung dia mengaku tak boleh berpisah dengan suami kawan aku. Makin tertekan kawan tu dibuatnya.

Dengan keadaannya yang tidak punya pekerjaan, tiada lesen memandu, semuanya nampak sukar. Dia bergantung sepenuhnya pada suami. Dia ketika ini terikat antara anak2 dan perasaan sendiri. Dia bertahan dengan situasi yang menyakitkan itu demi anak-anaknya. Dia mampu menahan kemarahan dan kekecewaan hampir 2 tahun lamanya. Kesian kawan aku tu. Cerita dia berakhir tanpa jalan penyelesaian dari aku. Dia bukannya perlukan keputusan atau penyelesaian tapi lebih kepada ingin melepaskan tekanan dan meluahkan perasaan yang terpendam selama ini. Dalam pada itu aku berfikir jika aku di tempat dia, mampukah aku sesabar itu? Mudahnya sang suami melupakan pengorbanan sang isteri dan berpaling kepada yang lain.

Aduhai Lelaki......

Friday, January 9, 2009

Pagi Ini (09/01/08)

Hati agak terusik dengan tindakan individu yang seolah-olah menganggap pentadbir di sini buta dan pekak. Satu tindakan yang menzahirkan bahawa pentadbir di sini adalah batu.
Rasa marah cepat meresap dalam urat saraf bila melihat tindakan yang secara nyata adalah satu penipuan. Perubahan air muka dan body language yang dipamerkan memang menunjukkan 'dia' kurang senang dengan kehadiran aku. Berasap je aku tengok reaksi dia yang memang boleh dikategorikan 'kurang ajar' .
Insiden tu buat aku terfikir. Kenapa mesti marah bila ditegur dan 'terkantoi' sedangkan memang diri sendiri yang buat salah?. Dari aspek yang lain aku terfikir pulak lemah sangat ke pentadbiran di sini sampai orang tak
rasa apa2 nak buat salah?.
Tujuan aku jelas. Bukan nak cari kesalahan orang tapi kalau dan sah2 salah dan bukti depan mata, tak kan nak duduk diam? Aku sedang berkira-kira tindakan yang paling bijak untuk aku handle masalah ni. Sampai sekarang aku masih belum ada penyelesaian yang aku rasa paaaaaaling bijak. Kalau boleh aku nak masalah ni selesai dengan cara terbaik. Macam kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan selerak. [macam KARAM SINGH WALIA plak...hehehehe!]

Tuesday, January 6, 2009

Lagu Danish

Oh! Bangau Oh! Bangau, tenapa entau tulus?
Acam mana atu tak tulus, itan tak mau timbuh,
Oh! Itan Oh! Itan, tenapa entau tak mau timbuh?
Acam mana atu nak timbuh, lumput panjan cangat....

Danish tengah kemaruk nyanyi lagu ni sekarang. All the way dari rumah babysitter, on the way gi Giant ataupun main sorang2 kat umah, memang lagu ni je dia ulang2. Bila dengar sebutan dia memang ada bunyi2 kelantan sikit..hehehe. Nak wat camne kan, sebab guru yang ajar lagu ni memang orang kelantan pun..[ayah ngah dia..:) ] Setiap kali sampai umah dia akan nyayikan lagu ni kat papa dia. Dengar jelah walaupun dan nak termuntah dan naik bernanah telinga...hehehe!

Monday, January 5, 2009

DOA PAPA ADIK

Memang menjadi rutin setiap hari sebelum tido, aku akan melayan Danish bercerita. Bertanyakan soalan tentang aktiviti dia sepanjang hari. Kadang-kadang memang tak paham apa citer dia tapi seronok layan dia bercerita. Kadang2 siap dengan ekspresi muka...cute! Sebelum tido kami akan baca doa tido dan semenjak papa dia sakit, aku bacakan doa untuk kesihatan dan keselamatan Ijam dan diaminkan Danish.
Semalam sebelum tido lepas baca doa tido, dia terus baca doa untuk papa dia. Exactly macam yang aku baca tapi versi pelat. Syahdu pulak bila dia yang baca. Terasa keikhlasan dan ketulusan dalam suara si kecil yang masih tak faham apa2. Inilah doa yang dia baca untuk papa dia. YA ALLAH! SEMBUHKANLAH PAPA ADIK. BERIKAN PAPA ADIK KESIHATAN YANG BAIK. AMIN...

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru

Hari ini pembuka tirai 2009.
Tahun 1429 / 2008 ditinggalkan dengan 1001 kenangan. Yang pastinya tahun 2008 meninggalkan banyak peristiwa yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Satu sejarah dan dugaan hebat yang merubah kehidupan aku juga terlakar dalam tahun 2008. Tahun 2008 kami aku tutup dengan sesi kimo Ijam yang keempat (lengkaplah 2 cycle tapi masih ada 4 cyle lagi...).
Harapan amat tinggi untuk tahun 1430/2009. Aku mengharapkan nur dan sinar dalam tahun baru ini. semoga kekuatan dan ketabahan terus bercambah. Ku pohon rahmat ALLAH. Semoga kehidupan aku penuh dengan warna-warni ceria tahun ini.

Selamat Tahun Baru!!!!!