A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 10, 2009

SUAMI, KEKASIH & TEMAN

22 Mei 2009 (Jumaat)-satu tarikh yang tak akan saya lupakan sampai bila2. Pada hari itu, tepat jam 8.28 malam suami saya pergi untuk selamanya setelah koma selama seminggu. Suami saya tewas dengans erangan kanser yang sememangnya ganas. Satu kenyataan yang amat payah untuk diterima. Saya kehilangan bukan sahaja seorang SUAMI, tapi juga seorang KEKASIH dan juga seorang TEMAN. Dugaan ini memberikan kesan emosi yang amat hebat pada saya. Selama hampir 3 minggu baru saya boleh menulis tentang kenyataan ini. Saya kehilangan tempat bergantung, tempat mengadu dan pelindung. Satu hakikat yang bukan senang untuk diterima.
Saya sedang belajar menjadi ibu dan ayah kepada Danish. Ada masanya saya takut untuk fikirkan masa depan dengan status saya sekarang. Status ini juga menjadikan saya agak rendah diri. Saya juga menjadi lebih sensitif sekarang. Sedaya upaya saya cuba untuk tidak terbawa-bawa dengan perasaan. Tapi bila rindu bertandang, air mata saya menjadi terlalu murah. Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya bila melihat peninggalannya di rumah. Ada ketikanya saya terasa seperti dia masih ada. Perasaan sayu dan rindu semakin parah bila melihat Danish. Danish banyak mewarisi rupa dan karakter papanya. Yang paling ketara, dia suka bergurau seperti papanya. Memang Allah Maha Besar. Dia tinggalkan Danish sebagai kenangan yang terindah antara saya dan suami. Ada masanya kesabaran dan kekuatan saya goyah dengan soalan-soalan Danish tentang papanya. Apalah sangat yang difahami oleh anak sekecil itu. Kesian Danish, dia menjadi anak yatim dalam usia belumpun 3 tahun.

YA ALLAH! ENGKAU AMPUNKAN DOSA-DOSA SUAMIKU. TEMPATKAN DIA DALAM SYURGA FIRDAUSMU YA ALLAH! BERIKAN AKU KEKUATAN MENGHADAPI DUGAAN MU INI. AMIN...

6 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum

Salam ziarah dan salam ukhwah kak..
Semoga akak terus tabah dalam menghadapi dugaan ini..insyaAllah Allah sentiasa bersama akak sekeluarga..

rock said...

assalammualaikum jaja..

salam takziah buat jaja & keluarga. setiap kejadian adalah ketentuan Allah SWT. harap jaja tabah dan diberikan kekuatan menghadapi dugaan-Nya. moga roh allahyarham ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh di syurga. saya doakan Danish membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh.

-yamin FPM-

Nurzeatul said...

Salam Jaja,

Sayu rasa hati, namun janji tuhan itu benar belaka. Dan tuhan uji hambanya setakat kemampuannya. Saya yakin Jaja orang yang tabah, kuat. Saya doakan Jaja akan tetap sabar dan dirahmati-Nya selalu

Nurzea

Nor Ramli said...

Salam Puan Jaja...
Salam takziah dari saya. Ianya berat tetapi itu adalah yang terbaik. Moga dipinjamkan kesabaran yang berkekalan buat puan menempuhi perjalanan kehidupan ini.

intan zuria said...

Assalamualaikum

Moga jaja tabah menghadapi dugaan ini.
Sesungguhnya kehidupan ini telah ditentukan oleh Allah. Dan jaja antara insan terpilih untuk menerima dugaan yg maha hebat ini.
Kuatkan hati, tabahkan diri.

Anonymous said...

dr malam td saya bace blog puan..hati sy agak tersentuh dengan nasib puan..walaupon sy masih student tp sy dpt rase kehilangan yg puan rase..cerita ni wat sy teringat mase arwah ayah timggalkan kami sekeluarga pd thn 1996..mmg agk terkejut..tabahkan ati puan..puan kira beruntung sbb ada kerja tetap..sdgkan mak sy hanya pembantu kt kdai mkn...ape2 kite trima qada' dan qadar ALLAH dengan redha ya...