A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 11, 2009

Kehilangan

Pagi2 lagi seorang staf menyampaikan berita Pn Nazatulshima (pensyarah UiTM Johor) telah kehilangan anak di dalam kandungan yang berusia 6 bulan. Terkejut sangat2. Kali terakhir bertemu beliau ialah ketika beliau menyerahkan dokumen kenaikan pangkat kira-kira 2 bulan lalu. Sempat jugak la bercerita tentang kehamilannya yang sememangnya amat menggembirakan beliau. Walaupun kami bukan kenalan rapat tapi mungkin naluri seorang ibu agaknya, buat aku terasa simpati yang amat. Sungguh besar dugaan yang diterima. Pengalaman merasakan gerakan dan tendangan dari 'si dia' di dalam perut merupakan satu nikmat yang tidak terhingga. Bila nikmat tersebut ditarik semula secara tiba2, pasti ianya memerlukan kekuatan dalaman yang bukan sebarangan untuk menghadapinya.
Kepada Pn Shima, saya doakan Puan tabah menghadapai dugaan ini. Pasti ada rahmat yang ALLAH dah tentukan di sebalik dugaan yang diberikan cuma kadang2 ianya tak terjangkau dek akal kita.

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan...
walaupun saya bertugas di kampus jb..tapi saya tetap terasa kerana beliau pernah menjadi pensyarah saya dan dalam masa yang sama isteri saya juga sedang mengandung..kepada ibu-ibu yang sedang mengandung..saya doakan agar semuanya sihat dan dapat membuat kelahiran dengan selamat..ameen..