Wednesday, November 26, 2014

Bapa Tua Itu....

Pengalaman ini mencetuskan keinginan untuk kembali menulis.


Hati saya syahdu kerana seorang bapa.

Ini kisah seorang bapa di mana anaknya belajar di tempat saya bekerja. Anak beliau tidak dapat meneruskan pengajian kerana masalah kesihatan. Dia datang menguruskan perkara itu. 

Saya bersembang santai dengan si bapa untuk berbahasa. Sehinggalah saya dapat tahu dia datang ke sini dengan menaiki motosikal. Si bapa datang dari jauh. Jarak tempat tinggalnya ke sini melebihi 100km. Umur si bapa hampir 70 tahun.

Jujur saya kasihan melihat fizikal si ayah dan hati saya bertambah sayu bila tahu dia datang dengan motosikal. Dia keluar jam 10 pagi dan tiba di sini jam 2.30 petang.

"Pakcik bawa perlahan..tak laju pun..mata dah tak berapa terang. Berhenti rehat dan minum dulu sebelum sampai ke sini".

Allahuakhbar..saya betul2 sedih..hati saya memang tersentuh.

Berkali-kali ucapan terima kasih keluar dari mulutnya sebelum dia meninggalkan bilik saya.

Saya berharap agar anaknya akan menjaga dan mengasihi bapa itu seperti mana bapanya sanggup berkorban untuk dirinya hari ini. 

Wajah tua itu membuatkan saya teringatkan wajah tua ayah saya..


"Ya ALLAH Engkau lindungilah pakcik itu, mudahkan dan selamatkanlah dia dalam perjalanan pulang. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pelindung"...






Sunday, February 16, 2014

Luahan Rasa Danish



I had a conversation with Danish along the way from his school yesterday. One of the topics is about a sum of money he received because he is an orphan. 

Danish:      Mama...adik akan jadi anak yatim sampai bila2 ke? Nanti setiap kali kalau ada                          orang derma anak yatim, orang akan bagi adik lagi ke?
Mama:       Adik tak suka orang bagi sedekah kat adik? 
Danish:      Bukan tak suka orang sedekah tapi adik lagi suka kalau adik ada papa. 
Mama:       Kenapa?
Danish:      Bila bagi sedekah anak yatim masa kat perhimpunan cikgu panggil nama adik.                           Semua murid2 tahu adik anak yatim. Diorang cakap adik tak ada papa.
Mama:       Adik ada papa cuma papa adik dah meninggal. Tapi Adik kan ada mama..Adik                           cakap elok2 dekat diorang, tak salah pun jadi anak yatim.
Danish:      Adik seronok ada mama..adik sayang mama..tapi adik nak macam Azfar. Ada                            papa, ada mama, ada kakak, ada adik..adik tak ada pun. Kalau Adik tak nak duit                        sedekah tu tapi kita minta Allah pulangkan papa semula boleh ke Ma? 

Allahuakbar..Danish jujur dan berterus terang tentang perasaanya. Dia tak gembira dengan gelaran anak yatim sebab dia tak suka orang bersimpati dengan nasibnya dan selebihnya tak suka orang bercakap mengenai statusnya. Dia lebih memilih untuk ada bapa daripada menerima sedekah untuk anak yatim. 

Ianya perasaan sama yang sama alami 5 tahun dulu. Saya pernah berasa sangat kecewa dengan status saya di awal keadaan dulu. Saya benci dengan pandangan kasihan dan simpati orang pada saya. Saya tak perlukan itu semua.

Sedangkan saya yang dewasa pun terasa tertekan dengan gelaran baru itu, inikan pula anak kecil yang baru berumur 7 tahun.. Sungguh saya tak sangka dia begitu terkesan dengan sedekah-sedekah yang diterima dan statusnya sebagai anak yatim. Dahulu mungkin dia belum pandai menjelaskan perasaan hatinya. Kini dia semakin yakin dengan perasaannya dan mampu meluahkan isi hatinya. 

Saya tak sedar yang anak saya dah semakin dewasa sebab pada saya he will alwyas be my little precious hero..

#Imissmyotherhalfverymuch 

Wednesday, February 5, 2014

Hari Istimewa










Here I am...writing again..It has been months I didn't write here..I stopped writing for a while for some reasons...

05022014

Hari ini kenalan yang juga saya anggap seperti adik lelaki telah melalui satu perubahan besar dalam hidupnya.  Tang Chee Chiang kini adalah Shakir Tang Chee Chiang.
Syukur Alhamdulillah...Allahuakhbar..
Rahmat dan hidayahnya telah 'melahirkan' Shakir pada hari ini.

Entah kenapa hati saya terasa sayu saat dikhabarkan tentang perkara ini. Bersyukur, gembira, sayu semuanya ada. Mungkin sebab ianya melibatkan perkara yang sangat besar dan mungkin juga kerana ianya melibatkan orang yang dekat dengan saya. 

Bukan mudah bagi anak muda seperti Shakir untuk membuat keputusan menukar agama. Saya kagum dengan tekad hatinya. Syukur dengan hidayah Allah padanya. Semoga perkara ini membawa seribu keberkatan dalam kehidupan Shakir dan keluarganya.

#feelhappyforShakir



05022014

Hari ini sepatutnya ulangtahun perkahwinan saya dan Ijam yang ke-9. Biarpun kami tak dapat raikannya bersama lagi namun itu bukan isunya. Apa yang lebih penting adalah ingatan, kasih sayang dan keikhlasan cinta antara kami. 

Kami hanya sempat meraikan ulangtahun perkahwinan kami sebanyak 4 kali sahaja. Ianya kenangan terindah dalam hidup saya. Syukur diberi peluang untuk merasai pengalaman sebagai isteri walaupun cuma seketika.
Berapa lama bukan ukurannya..yang lebih penting adalah nilai kenangan yang tersemat. 

Saya dan Danish semakin biasa dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu saya jatuh tersungkur dan menjadi sangat lemah untuk meneruskan kehidupan, kini langkah kaki saya semakin tersusun. Walaupun masih belum mampu untuk berlari tapi sekurang-kurangnya tidak lagi jatuh tersungkur. Saya perlu kuat demi untuk menjadi mama dan juga papa kepada Danish..

#awakkenanganterindah


Ya Allah...kasih sayangMu sangat luas dan tak tercapai dek akal manusia seperti kami. Kami redha dengan segala aturan Qada dan Qadr Mu..Engkaulah Yang Maha Bijaksana dan sebaik-baik pengatur. 


Thursday, November 14, 2013

10 Muharram










Esok 10 Muharram..
Cepatnya masa berlalu..
Macam baru sambut awal Muharram sekarang dah tiba hari kesepuluh.

Banyak kisah dan sejarah Islam yang terjadi pada 10 Muharram. Kisah yang menarik dan baik untuk kita tahu. Saya kongsikan di sini beberapa sejarah Islam yang berlaku pada 10 Muharram. Semoga ianya menambah ilmu kita semua. 

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/11/niat-puasa-sunat-asyura-10-muharram.html#ixzz2kXkstaiM



Selamat menyambut Hari Asyura dan Selamat berpuasa!