A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 12, 2009

Kalaulah Ijam Masih Ada

Bermula dari pertengahan minggu lepas hingga ke hari ini, macam2 peristiwa berlaku yang menyebabkan hati aku selalu berdetik " Kalaulah Ijam masih ada'...Terasa kepayahan menjadi ibu dan ayah dalam masa yang sama.

Situasi I
Hari Selasa (4/8), Mak Yah (babysitter Danish) bagitau dia terpaksa buat satu operation kecemasan kerana ada ketumbuhan dalam rahimnya. Dia pada awalnya pergi ke hospital untuk rawatan tapi tak sangka pulak kena operation. Bila macam tu, maknanya dia tak boleh jaga Danish untuk tempoh yang agak lama juga. Aku kena cari alternatif lain. Nak bercuti pun cuti tinggal 5,6 hari je nak sampai ke hujung tahun. Aku terpaksa hantar Danish ke nurseri UiTM, tapi itupun cikgu tu kata sehari je sebab dah ramai murid. Setel masalah untuk sehari. Macam mana untuk hari2 akan datang? Aku bingung sebab Danish tak nak ke sekolah. Sehari menangis di nurseri UiTM. Dia tak makan, tak minum sampai la aku jemput dia petang. Hari Khamis & Jumaat aku terpaksa tumpangkan dia kat satu nurseri area rumah aku. Masalahnya, aku kena tunggu dia kat sekolah tu. Sudahnya 2 hari aku masuk kerja lambat sebab teman dia kat sekolah. Terasa payahnya aku nak urus perkara yang datang tiba-tiba macam ni seorang diri. Kalaulah Ijam masih ada....

Situasi II
Hujung minggu lepas ada jemputan kenduri meraikan rumah baru dari Pn Maznah, Jurutera UiTMJ. Jemputan lepas Zohor, tapi pagi tu nak pergi dulu rumah dia hantar barang. Pusing-pusing aku tak jumpa pun rumah dia. Sampai Danish pun dah kata balik jelah Mama. Aku pernah ke kawasan perumahan tu sekali dulu masa pusing2 nak beli rumah. Ijam yang tau jalan dan aku pun takde rasa nak ambil tau. Akhirnya jumpa jugak rumah dia lepas dah berbelas kali pusing. Kalaulah Ijam masih ada takdelah aku susah macam ni sekali....

Situasi III
Hari Isnin (10/8) aku ke Unit Pusaka,JKPTG untuk menguruskan beberapa hal. Urusan di sana takdelah sampai 15 minit pun, tapi bila nak balik kereta pulak tak boleh start. Banyak kali cuba, kereta tak boleh start jugak. Masa tu aku tak tau apa masalahnya. Nak call sape pun aku tak tau. Nak call kawan2 lelaki, aku rasa tak manis dan macam segan pulak. (nota: aku selalu rasa offended dengan status sekarang). Dalam pada memikirkan penyelesaian tu, aku tiba2 rasa sebak.. Kalaulah Ijam masih ada, dialah orang pertama yang aku cari dan aku takkan rasa susah sangat macam ni...

Situasi IV
Pagi semalam badan Danish panas dengan suhu sampai 38'. Pagi2 ke klinik panel UiTM yang 24 jam tapi dimaklumkan doktor akan ada pukul 8.30 pagi. Aku takde piliham, terpaksa bawak dia ke ofis dulu sebab nak setelkan urusan exam pengesahan staf pagi tu. Lepas setel serahkan soalan baru aku bawa dia ke klinik. Sampai klinik ramai pulak patient. Hampir 2 jam kat klinik baru jumpa doktor. Lepas tu hantar pulak dia kat rumah babysitter sementara, baru balik ofis. Dalam pada terkejar-kejar uruskan itu, ini, aku terasa sangat ketiadaan Ijam. Kalaulah Ijam masih ada...

6 comments:

nurul iman said...

salam..kak, sabar byk2....Allah memberi ujian kepada orang yang Dia Sayang dan yang mampu mengharungi...

Anonymous said...

mmg sedih kan kehilangan orang yang tersayang...bila saya berselisih faham dengan suami saya selalu ingatkan diri kalaulah dia tiada...cpt2 hati yg panas jadi sejuk..tak dpt saya bayangkan kalau suami saya tiada...saya hanyalah surirumah sepenuh masa, tak tahu memandu, dengan anak2 yang masih kecil...tapi hidup perlu diteruskan...kuserah segalanya hanya padaMu Ya Allah...

buat Jaja, semoga tabah menjalani hidup demi anak yang masih kecil...

Anonymous said...

Salam.

Semoga Puan terus tabah dan sabar menghadapi dugaan ALLAH, semoga ia petanda yang ALLAH sayangkan kita...

Tentang klinik panel UiTM yang 24 jam tu, saya memang tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya... Klinik itu berjanji memberikan perkhidmatan 24 jam, tetapi hakikatnya tidak, bagi saya itu satu penipuan, dan ia amat menyusahkan kita warga UiTM bila kita sangat memerlukan perkhidmatannya di waktu-waktu kritikal...

ayee said...

Mmg sedih bila kehilangan org tersayang...Sebagai hambaNYA kita kena redha..kepayahan yg dilalui kini pasti ada kemanisan yg belum ditemui.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Sabar dan redha dengan ketentuan Allah.. rasanya, kurang elok kalau kita banyak berkalau.. Dia pergi adalah ketentuan Allah dan kita yang masih berbaki, menghulurkan doa berpanjangan..

Anonymous said...

Puan Jaja,

akak setuju dgn komen Ustaz tapi seberat berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul kan?
Kuatkan semangat Puan Jaja & cuba kurangkan perkataan kalau Ijam ada. Ia hanya mampu mengingatkan saat indah yg dah berlalu tapi tidak mampu utk menguatkan semangat kita.