A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

Kenangan 2011

2011 is leaving us very soon and 2012 is just around the corner. Recap peristiwa2 sepanjang 2011 yang menjadikan hidup saya tercalit berjuta warna.

Tahun kedua

2011 tahun kedua Ijam tinggalkan saya untuk kembali kepada Yang Esa. Biarpun 2 tahun dah berlalu, semua memori kami bersama tetap terpahat kejap dalam ingatan saya. Kasih sayang saya masih kukuh buat dia. He is my soulmate. Momen-momen terakhir kami bersama masih segar dalam hati dan jiwa saya seperti ianya baru semalam berlaku. Saya memilih untuk terus tinggal dalam kenangan bersama Ijam kerana ianya satu kenangan terindah dalam hidup saya. Akan saya simpan kemas sampai bila-bila. 2 tahun saya membina kekuatan demi anak. Ada ketikanya saya hampir mengalah dengan takdir. Air mata seolah2 menjadi peneman setia. Saya belajar tentang redha dan pasrah melalui kehilangan Ijam. Saya tahu Allah aturkan hanya yang terbaik untuk hambaNya. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa bersama dia di sana. Semilir rindu meresap di hati saya...



Danish Dah Sekolah

Tahun pertama Danish ke sekolah. Hari pertama agak dramatik juga tapi selepas tu dia ok. He is an independant boy. Saya tak sangka dia boleh balik sekolah sendiri (dengan van sekolah) walaupun ianya pengalaman pertama. It was a good achievement for him. Setahun bersekolah banyak membina personaliti positif dalam diri Danish. Dia lebih helpful, responsible, lebih mature (sometimes) dan lebih sensitif dengan perasaan orang lain. Dia dah boleh hafal doa2 dan surah-surah lazim. The most important is he can perform solah by himself. Tersentuh hati saya bila dia menadah tangan mendoakan papanya. Itu yang saya mampu buat sebagai bekal Ijam di sana. Hanya kalaulah Ijam dapat tengok semua ini. Anak dia dah besar dan semakin bijak.



Banjir Besar

Banjir besar 2011, rumah saya tenggelam hampir 2 kaki juga. Jauh lebih tinggi dari jangkaan. Pertama kali saya menempuh banjir dengan anak kecil, tanpa Ijam. Pengalaman pertama yang mnegajar saya lebih kuat dan berani. Pengalaman yang menunjukkan nilai kasih sayang sahabat yang banyak membantu ketika susah. Ianya bukan musibah, hanya dugaan kecil untuk hambanya yang selalu lalai dan disebaliknya tersirat hikmah yang tersendiri. Terpulang pada diri sendiri untuk menilainya.



Hanya Tinggal Berdua

Saya dibantu oleh Aza untuk menguruskan kehidupan semenjak dari Ijam sakit. Allah aturkan Aza belajar di sini kerana saya memang perlukan bantuan. Aza banyak membantu saya mengurskan rumah dan anak. Nilai kasih sayang darah daging. since 2008 sampailah pertengahan 2011 saya banyak dibantu oleh Aza samapilah Danish anggap dia sebagai kaka sendiri. Bila dia sambung belajar di Shah Alam, tinggallah saya berdua dengan Danish. Danish rasa lost bila Aza takde. Itulah kawan gaduh, kawan bercerita dan kawan gurau dia. No more Aza, so I have to reschedule my life especially tentang Danish, bila saya perlu outstation.
Kalau dulu kami bertiga, 2011 cuma tinggal kami berdua saja - saya dan Danish.


Teman Yang Jauh


Pershabatan boleh terbina tanpa batasan. Pangkat, usia, pendidikan bukan ukuran persahabatan. Prof Kamil seorang sahabat yang sangat baik berhijrah ke Madinah, seperti yang diimpikan sebelum ini. Teman yang jauh di mata tetapi kebaikan dan budi Prof Kamil sentiasa dekat di hati dan saya kenang sepanjang hayat.



Sahabat Yang Baik



2011 menemukan saya dengan sahabat yang baik. Dia terima saya sebagai sahabat tanpa syarat. Ikhlas dengan bantuan dan penuh dengan pengertian. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik. semoga persahabatan ini kekal dan sentiasa dalam redhaNya.



Perginya Seorang Kawan



Penghujung 2011 saya kehilangan kawan yang sangat baik. Zizi pergi untuk selamanya di saat Disember mula menjengah. Zizi dan Maznah adalah kawan saya dan Ijam. Persahabatan atas dasar teman sekerja menjadi mesra sehingga kami menjadi sahabat keluarga. Mereka banyak membantu saya sebelum ini. Keprihatinan, sikap ambil berat dan kemurnian hati Zizi sentiasa saya kenang. Semoga arwah tenang dan dalam rahmat Allah di sana.





2011 berlalu pergi sarat dengan cerita suka duka setiap daripada kita. Apa yang perlu, redha dan bersyukur dengan apa jua takdir yang ditentukan untuk kita.

Thursday, December 15, 2011

Esok

Esok saya dah nak balik semula ke Segamat. Seminggu kat Kedah ni terasa cepat pulak. Tiba-tiba dah nak balik. Bila pikirkan pasal perjalanan yang memakan masa lebih 8 jam ni macam tak sanggup rasanya. Tapi saya lagi tak sabar nak jumpa hero saya..:) seminggu kat sini cuma dapat dengar suara. Tak sama macam bila depan mata. Rasa macam nak terbang balik Segamat je..hihihi..

Alahai, cepatlah pagi..tak sabar nak balik!!! I just can't wait to be with my loved ones...

Wednesday, December 14, 2011

A Rose

No words, no reason, just let the rose do the talking.


So sweet, simple and yet it is a wonderful surprise!



Tuesday, December 13, 2011

When We're Apart

I will be here in Kedah or Sg Petani to be exact until Friday. I have to attend a meeting so called META here. A week away from my love ones really torturing my feelings.


I miss him so much. Terbayang mulut dia yang tak berhenti bercerita, soalan2 yang kadang2 buat saya jadi macam kurang cerdik dan perangai dia yang suka kenakan saya..really miss him. All his jokes and humor, walaupun ada kalanya boleh buat saya naik angin...:)


Tak sabar nak balik jumpa dia..my hero!


When we are apart it makes me realise how important he is in my life. He is so meaningful to me. Sometimes, it is good to be apart!


Monday, December 12, 2011

Perlu Kuat

Saya on the way ke Kedah bila Maznah bagitau dia ada di pejabat dan dia tak mampu nak tahan emosi dan airmata dia. Hari pertama ke pejabat selepas dugaan yang besar berlaku dalam hidupnya. I was so touched to hear that. I wish I were there beside her..to comfort and to support her. I wish I could! Saya tau dia perlukan sokongan saat ini.

Saya pernah melalui pengalaman yang sama dan ianya bukan sesuatu yang mudah. Melangkah ke tempat kerja dengan status baru (yang saya rasa sangat berat untuk dibawa) seolah-olah melangkah untuk menyerah diri menjadi bahan cerita orang, menjadi bahan ketawa dan sindiran mungkin. Perasaan itu datang sendiri dan ianya memerlukan kekuatan untuk melawan yang bukan sedikit.

Bila terkenangkan Maznah, hati saya sangat tersentuh dan saya merasakan perasaan yang saya alami 2 tahun yang lalu datang kembali. Saya tak mampu menahan perasaan dan air mata. Tiba2 saya rasa rindu pada insan-insan yang saya sayang.

Maznah perlu kuat dalam situasi ini. Redha adalah kunci untuk mendapatkan kekuatan itu. Anggap ini adalah cara Allah mendidik kita untuk menjadi lebih kuat, lebih dekat denganNya. Yakin dengan segala yang telah diaturkan untuk kita kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Percayalah, akan ada cahaya kebahagiaan dalam setiap kesulitan. Itu janji Allah pada kita dan Dia tidak akan sekali-kali memungkiri janjiNya.

Thursday, December 1, 2011

Cerita Pembuka

Saya telah bercadang untuk cuba kembali aktif menulis di sini mulai hari ini.

Dan hari ini saya mulakan dengan khabar sedih - suami kawan baik saya, Pn Maznah, Jurutera UiTM Johor yang juga sahabat saya telah kembali ke rahmatullah hari ini. Ianya cerita yang tidak gembira untuk dijadikan opening news.

Pemergian secara tiba-tiba menjadi satu dugaan yang sangat besar buat Maznah. Saya telah melalui pengalaman yang serupa dan jujur saya akui ianya dugaan yang sangat berat. Kehilangan tempat bergantung dan orang paling hampir dengan diri kita boleh menyebabkan kita hilang kawalan diri. Cuma iman pada Allah yang jadi pegangan dan sandaran.

Saya tak mampu menulis banyak tentang ini kerana ianya umpama membuka semula kisah hidup saya yang telah saya simpan kemas. Bukan untuk melupakan tetapi untuk mengelakkan kekuatan yang ada kembali goyah.

Kepada Maznah, bersabar dan redha dengan dugaan ini. Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita.

Al-Fatihah untuk NorAzizi - semoga didalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Wednesday, November 2, 2011

Kerana gigi

Hari ni hari ke-5 hari Danish sakit gigi. Petang hari minggu sampai ke malam dia merengek dan menangis. Saya tak tau apa nak buat. Saya gosokkan gigi selang 10 minit, berkumur dengan air garam dan tampal pipi dengan koyok (idea last minit..hehehe). Saya buat apa je yang terfikir kat kepala asalkan kesakitan dia reda. Tak tahu yang mana satu yang berkesan tapi dia dapat tido malam tu. Sakit gigi memang menyebabkan semua anggota lain sakit juga. Kesian tengok dia dengan air mata berjurai..Hero yang tumpas..:)

Esoknya bila bawa ke dental, 2 gigi Danish berlubang tetapi tak boleh tampal sebab gusi sedang bengkak. Hanya boleh beri medication untuk seminggu dan akan tampal bila gusi dah ok nanti. Dia takut sebenarnya bila masuk treatment room sebab segala macam equipment yang ada semuanya tajam2. Dia tanya pasal semua benda dalam bilik tu. Tapi ending sentence dia yang tak boleh tahan bila dia kata itu bukan untuk kanak2 kan..untuk orang dewasa je. Ayat cover takut.

Bila doktor masuk, dia boleh follow arahan tanpa banyak bunyi pun. Lagipun the Dr Sabariah tu spoke nicely to him so dia rasa comfortable. And he was very happy bile doktor kata hari ni tak buat apa2. Makan ubat je. Nampak muka dia lega..

Dah 3 hari ni dia boleh follow time makan ubat tanpa banyak songeh. Agaknya dia dah tau macam mana rasanya sakit gigi so dia aware la. Tapi yang tak tahan setiap kali dia makan ubat, saya kena cakap "pandai anak abe ije makan ubat".... Saya kena ulang ayat yang sama untk 4 jenis ubat, 2 kali sehari selama 4 hari ini. Ada lagi 3 hari untuk saya terus ulang ayat sama. Dah macam burung kakaktua pulak. Ikut jelah cara dia janji dia makan ubat tu.

Next week saya kena fikir kaedah paling cerdik untuk buat dia tampal gigi dengan redha..hehehe. Saya confirm 100% akan ada drama punya dalam treatment room tu. Kalau tak takde lah namanya Danish. :)

Friday, October 21, 2011

Patah Kaki

Sudah seminggu saya patah kaki sebab XXX700 sedang berehat.
Saya sewa teksi untuk pergi dan balik kerja. Seminggu ni memang takde outing. Cuma pergi dan balik kerja. Seminggu juga saya memasak untuk makan malam, seminggu juga Danish ponteng mengaji sebab tak boleh nak hantar dan jemput dan ianya menjadi seminggu yang sangat skima!
hehehe..

Tetapi seminggu patah kaki ni menyebabkan saya ada banyak masa untuk setelkan kerja2 rumah. Porch yang kosong menampakkan kawasan rumah jadi macam besar dan lapang. Saya suka!

Bila takde kereta saya tak banyak agenda dalam kepala sebab pergerakan terhad. Ianya membuatkan saya berfikir tentang mereka yang tak mampu nak berkereta. Anak2 pula ramai. Macam mana mereka nak bergerak agaknya. Macam mana kalau ada kecemasan? Kalau hujan macama mana pulak? Perlahan2 hilang rasa nak tukar kereta. Saya rasa cukup dengan apa yang ada. Hidup saya lebih baik dari sesetengah orang yang lain.

Betul cakap orang2 tua, kalau kita pandang orang yang lebih dari kita, kita akan sentiasa rasa tak cukup dengan apa yang ada. Pandanglah orang yang di bawah dan kita akan menghargai apa yang kita ada dan bersyukur dengan rahmatNya.

Tak sabar nak tunggu hero saya XXX700 balik next week!

Monday, October 17, 2011

Kisah Lemak Labu

Lemak labu bersama pucuk manis adalah lauk feveret Danish..old school betul tekak dia..hehehe..dia memang tekak melayu pure punya. Dia suka sayur lemak, kuih koci, kuih keria n a few old time dishes.

Semalam dia tengok resepi dalam majalah and request lemak labu. Kesian bila dia request banyak kali. So pagi2 hari minggu ke pasar cari labu dan pucuk manis. Dia sendiri pilih labu mana yang dia nak. Ikutkan jelah, dah dia yang nak makan..dia siap kejutkan atuk penjual labu yang tertidur..sian atuk penat jual labu..hehehe

So menu tengahari di hari minggu:
Sambal sotong petai + lemak labu pucuk manis + telur dadar + timun dan kacang botol sebagai ulam. Dah lama tak makan proper macam ni. Selalu redah kedai je untuk makan..sekali sekala macam ni best jugak.

Danish pun selera sangat dapat makan lemak labu. Bila tanya sedap ke, laju dia angguk. Betul2 sedap la kot..hihihi..kalau tak sedap tak kan licin nasi dia, siap meratah sayur je..ke dia lapar sangat??...:) bila tanya lagi, dia siap tunjuk two thumbs up..kembang hati mama...Dia siap order next weekend nak sayur yang sama. Aahai..tak kanlah dah gazzette lemak labu sayur rasmi hujung minggu kot?..hmmmm...

Moral of the story: Anak2 akan kata sedap untuk apa saja makanan yang mama sediakan. Itulah makanan terbaik dan paling sedap pada mereka walaupun mungkin rasanya sekadarnya sahaja. Kasih sayang yang menjadikan makanan itu sedap sebenarnya. Menu yang sama ada di mana2 kedai tapi tak sama dengan masakan mama sebab tiada rasa 'kasing sayang' yang ikhlas dalam masakan itu. Tanyalah mana anak2 sekalipun apa makanan yang paling sedap pada mereka, jawapannya pasti makana yang mama mereka masak!.

Sunday, October 9, 2011

Finally...

Last day of final exam..

3 weeks without weekend is over..at last! Today is the last day of final exam for UiTM (diploma). Feel so relief that we able to handle the examination till the end without any major cases.

Thanks to Allah for His kindness and love. From day one printing the question papers untill today, I can say everything run smoothly. Only small problems occur and it is a good lesson for us indeed. No pain no gain...:)

Thanks to all my staff for the effort and sacrifices during this critical time. I know how stressful it is but we did it. We have one month time before we push the start button and ring the alarm again for the next cycle of examination..hihihi..




Saturday, October 8, 2011

Kawan

Kawan yang baik adalah kawan yang ada bersama tika susah dan senang. Kawan yang baik tidak akan membiarkan kawannya terjatuh ke dalam lubang yang gelap dan menyakitkan. Tapi ada lagi ke kawan yang sebegitu dalam dunia materialistik sekarang?.. Mungkin ada tapi jumlahnya dapat dikira dengan jari. Dalam keadaan semasa, persahabatan kebanyakannya disebabkan oleh 'sesuatu' kepentingan.


Allah telah anugerahkan saya kawan yang baik namun saya tidak nampak kebaikannya selama ini. Bila berlakunya keadaan yang sangat menekan perasaan, pengkhianatan atas kepercayaan yang sangat menyakitkan, dia berdiri sebagai seorang kawan yang melindung dan menyokong. Tidak perlu kata2 yang berbunga2, namun tindakannya menunjukkan keikhlasan hatinya. Hati dan perasaannya sama merasai kesakitan yang saya alami . Jujur, saya tidak terlihat keikhlasan itu sebelum ini. Mata hati saya buta dengan kebaikan yang pura2 dan dia tidak pernah menunjuk2 dengan keikhlasannya itu. Saya sangat berterima kasih atas kasih sayang seorang kawan yang sangat ikhlas. Tiada tujuan yang tersirat, tidak juga mengharapkan balasan atas kebaikan. Semuanya dilakukan atas dasar sayangkan kawan. Yang penting saya tidak diperbodohkan dan dikhianati.


Kawan bergelak ketawa sangat mudah dicari tapi siapa kawan kita sebenar adalah ketika kita sedang berduka. Kawan yang baik akan berani menyatakan kelemahan kita, bukan untuk menjatuhkan tetapi untuk kita menjadi orang yang lebih baik. Kawan yang baik akan sentiasa ada memberi sokongan, menjaga hati kita lebih dari hati dan perasaannya sendiri dan yang paling penting, kawan yang baik tidak akan mengkhianati kawannya sendiri!


Terima kasih kerana menjadi kawan saya yang baik. Dia tahu siapa dia...


Monday, October 3, 2011

Akuuu...Jugak!

Danish mudah meniru sesuatu perkara terutama sekali dialog dalam tv atau movie. Setiapkali ada movie baru, mesti ada ayat baru yang dia akan dapat. Kadang2 saya pun tak tahu dari mana dia dapat ayat tu. setakat ayat dari KL Gangster, Adnan sempit, Hantu Bonceng tu hujung jari dia je. Dulu masa sedang hot dengan Upin & Ipin, dia boleh hafal dialog dalam setiap episod untuk 13 episod.

Sekarang kalau mintak tolong apa2 kat dia, dia mesti akan jawab 'Akuu..jugak!" sama macam Mail dalam cerita Upin & Ipin..memang la dia buat apa yang kita suruh tapi jawapan dia tu kalau orang yang tak biasa akan rasa macam kasar tapi macam cute pun ye jugak. Mesti orang fikir mama dia yang ajar..pandangan yang klise dalam masyarakat kita. Apa yang anak2 buat dan cakapkan akan dikaitkan dengan ibu bapa juga walaupun banyak lagi unsur2 luar yang menyumbang. Biasalah tu, dah namanya mak bapak...balik2 'Akuu...Jugak!"kena..:)

Friday, September 30, 2011

Bila Marah...

Bila marah...akal yang waras boleh hilang pertimbangan
Bila marah...lidah lancang berbicara mengguris rasa
Bila marah...lupa ikatan saudara
Bila marah...sayang boleh jadi benci
Bila marah...syaitan akan jadi batu api
Bila marah...jiwa penuh rasa benci

Marah menunjukkan siapa kita. Kalau nak tahu sifat dan peribadi seseorang, lihatlah percakapan dan tindakannya ketika marah kerana itulah dirinya yang sebenar.

Renung-renungkan..


Tuesday, September 13, 2011

15/7

We worked 15/7 for the whole last week. No Raya celebration at all...

Semua staf bertungkus lumus kerja siang malam sepanjang minggu lepas raya tak kira hujung minggu ke apa. 15/7 kami bekerja, sikit lagi mengalahkan operation time 7e..:)
Ini semua kerana buat persediaan untuk final exam next week. Dari print soalan, sediakan tempat exam, sediakan jadual pengawasan...belum lagi pendaftaran pelajar baru...semuanyalah datang dalam masa yang sama. Dah macam pakej dah..Memang takde masa nak beraya pun.

Seminggu saya kerja macam nak gila, seminggu jugalah Danish tido umah Mak Yah. Dia memang very please with the situation sebab abang2 dia masih ada lagi bercuti. Siap pesan tak payah ambil dia. Hantar baju je nanti. Sabar jelah..Minggu ni masih lagi sibuk dengan beberapa event UiTM tapi taklah seteruk minggu lepas. Next week need to concentrate on final exam and dalam masa yang sama nak kena plan family day for my staff. Kesian diorang keje teruk and takde masa untuk leisure..

Terasa macam tak cukup 24/7...huh!

Nota: Keje sibuk giler pun badan tak kurus2 juga..pelik2...:)

Wednesday, August 24, 2011

Cerita Ramadhan

It is only about a week before Ramadhan bid its farewell. The past 23 days flew so fast and Eid Fitri is just around the corner.


Danish dah mula rasa seronok dan tak sabar nak berhari raya. Persiapan raya seperti biasa, hanya untuk dia sahaja. Tahun ini, saya tak buat baju raya pun. Baju kurung yang saya tempah untuk ke ofis akhirnya saya naiktaraf jadi baju raya. Hanya sepasang. Bukan tidak mahu meraikan Syawal, tetapi meraikan seadanya. Peristiwa2 'kurang seronok' sebelum Ramadhan membuatkan saya lebih bersederhana. Tetapi saya perlu berikan keseronokan kepada Danish. Lagipun sebagai reward dia dah pandai berpuasa setiap hari tanpa ponteng walaupun setakat sampai jam 2.00 petang je dia berpuasa.


Bila tiba Ramadhan dan Syawal, hati saya sedikit rapuh bila teringatkan Ijam. Ini tahun ketiga saya beraya sendiri, namun perasaan ketika melalui pengalaman kali pertama dulu masih lagi sama. Bila melihat Danish, hiba mudah datang dalam diri saya. Kenapa? saya sendiri pun tak pasti tetapi melihat sifat dan perlakuannya seolah2 saya melihat Ijam di depan mata.


Semalam Danish request nak pasang pelita dan lampu kelip2 sebab jiran sebelah dah pasang dah. Adus..macam mana gaya mama nak panjat nak pasang lampu kelip2 ni??..hehehe..Pelita, lampu kelip2, mercun pop-pop adalah salah satu tanda keseronokan hari raya pada Danish. Layankan saje...asalkan dia gembira. Dialah insan terdekat yang saya ada dan sementara dipinjamkan olehNya, biarlah saya buat dia gembira.


Dia lebih excited kira berapa hari lagi nak raya. Mengalahkan orang berpuasa penuh!

Wednesday, August 10, 2011

Promo

Bisnes musim raya kembali lagi!!!




Blueberry Cheese Tart - RM35/case



Biskut Dahlia Resepi Tradisional - RM23/case



Biskut Gorgeous Gajus - RM23/case

Biskut Yummy Yam (Keladi) - RM27/case
Biskut Crunchy Kuaci - RM23/case


Untuk tempahan boleh tinggalkan comment atau sms dan call saya 012-7256877...:)



Nota: Tempahan untuk sekitar Segamat & Pontian sahaja




Tuesday, August 9, 2011

Bila Mama Kaya Nanti....

Bila Mama kaya nanti, Mama jangan kedekut. Kalau ada duit lebih, kena bagi orang miskin. Kalau ada makanan banyak, bawak pergi masjid. Dapat pahala. Kalau Mama kedekut ke berlagak ke, nanti Allah tarik balik macam ni ajer..(sambil petik jari).. Ayat Danish yang disampaikan oleh cikgunya di Ar-Raudhoh dan dipanjangkan maklumannya kepada saya.

Lalu saya kisahkan padanya tentang kemurahan hati Papanya sehinggakan Papanya mempunyai kenalan dan kawan yang ramai. Papa danish punya ramai kenalan dan kawan kerana sifat Papa Danish yang pemurah dan tidak berkira. Papa selalu ikhlas hati bila menolong orang. Jadi, moral of the story, saya nasihatkan dia untuk mempunyai sifat2 pemurah seperti papanya..jangan kedekut dan mesti selalu berkongsi rezeki. Kalau tidak, nanti Allah tarik balik macam ni je..(sambil petik jari) dengan tujuan untuk mengajuk balik apa yang dia buat tadi. Dan jawapan Danish...

Tau la Ma, adik kan anak Papa..hensem macam papa, mestilah baik macam papa tapi adik putih sikit la dari papa...

Hmmm..ada unsur2 riak tu..hilang kisah kedekut tapi cakap pasal lain pulak. Nampaknya lepas ni saya kena bagi cerita tentang riak pulak...hehehe..



Saturday, August 6, 2011

Diari Ramadhan Danish

Ramadhan datang lagi.
Ini tahun pertama Danish berpuasa secara serius. Serius bermaksud, bersahur mengikut masa, tak boleh makan dan minum langsung. Tahun lepas, dia bersahur pukul 7 pagi dan boleh minum air dan cuma berpuasa makan. Setakat hari ini, dia boleh ikut peraturan tu walaupun macam2 complaint.
Hari pertama, dia berbuka pukul 2.00 petang. Hari kedua, berbuka pukul 10.00 pagi sebab kawan2 kat sekolah ada yang tak berpuasa. Hari ketiga dan seterusnya, dia berbuka jam 2.00 petang. Bolehlah daripada tak puasa langsung.
Alhamdulillah Danish tak banyak masalah untuk bangun sahur tetapi makan perlu bersuap dengan mata tertutup. Dalam pada mengantuk tu, masih boleh komen masakan saya...:) Time berbuka, dia yang paling sibuk, mengalahkan orang yang berpuasa penuh. Macam2 kerenah dia bila berpuasa. Perut dan kempis la, tulang dah kecik la, tekak dan rasa masin la...alasan2 untuk berbuka puasa awal. Belum lagi request nak pergi ke bazar, tak nak nasi goreng pedas, air pink dan macam2 lagi.
23 hari lagi Danish perlu berpuasa dan entah apa lagi la kerenah yang akan dia buat untuk habiskan puasa..:)

Monday, May 30, 2011

Khabar Dari Makkah

Saya terima panggilan dari Makkah. Mak Yah dan Abah Zainal yang sedang mengerjakan umrah menelefon bertanya khabar. Mereka nak bercakap dengan Danish tetapi tak dapat. Danish ada di kampung sempena cuti sekolah. Lagipun, bila mereka takde, saya takde pilihan lain kecuali hantar Danish balik kampung.

Hari ini Abah Zainal hantar sms minta nombor telefon di kampung. Nak sangat bercakap dengan Danish katanya. Insiden ini memberi kesan kepada perasaan saya. Bersungguh sangat dia nak bercakap dengan Danish. Ianya tanda kasih yang ikhlas pada Danish. Ianya bukan dibuat2 tapi lahir dari hati yang tulus.

Mereka tiada pertalian darah pun dengan kami tetapi kasih sayang yang diberikan kepada Danish melebihi kasih saudara sendiri. Mungkin juga kerana mereka menjaga Danish sejak dia berumur 2 bulan dan tambahan pula Danish anak yatim. Hubungan yang terjalin hampir 5 tahun ini adalah antara pemberian terbaik untuk saya dan Danish.

Saya bersyukur ditemukan dengan pasangan suami isteri ini dan keluarganya. Semoga mereka didalam rahmat Allah sentiasa.

Wednesday, May 25, 2011

HFMD

2 hari lepas badan Danish panas. Panasnya turun bila makan ubat. Saya kira demam biasa. Lepas tu dia complaint mulut dia sakit. Bila check, ada ulser di bahagian dalam pipi. Semalam, dia semakin susah nak menelan. Minum air pun dia kata sakit. Bila saya check, ulser dalam mulut dah banyak sehingga ke bibir dan lidah. Saya lihat tapak tangan dia ada lepuhan kecil yang agak banyak. Sah Danish sedang menghidap penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Patutlah dia demam dan banyak ulser.

Ini kali kedua dia terkena HFMD. Kesian bila dia susah nak makan dan minum. Lepas maghrib, saya bawa dia ke klinik dan doktor mengesahkan dia memang sedang dijangkiti HFMD. Doktor maklumkan sepatutnya bercuti sekolah selama 10 hari tetapi sebab kebetulan next week school holiday, so dia dapat MC sampai hari Jumaat. Danish akan menjadi terlebih manja bila dia sakit..:) So, malam tadi dia jadi tuan putera dan saya jadi dayangnya. Mintalah apa saja, akan saya tunaikan especially kalau dia nak makan dan minum..hehehe..Punyalah manja, pagi tadi dia siap call abah dan mak (babysitter) yang kebetulan akan berlepas mengerjakan umrah hari ini. Biasalah, sesi mengadu pun bermula..:) Alahai...siannya Danish...:(

Info lanjut tentang HFMD ada dalam http://www.infosihat.gov.my





Monday, May 23, 2011

22052011

22 May 2009 - 22 May 2011

It has been 2 years and he is still the only soulmate of mine. It will always remain the same forever.

Saturday, May 21, 2011

Pelajar Baru

Welcome To UiTM Segamat!

Kami menerima kehadiran pelajar baru hari ini. Ramai ibu bapa menghantar anak2 mereka mendaftar. Ada juga yang datuk nenek, pakcik makcik pun ikut serta. Ianya tanda kegembiraan dan keterujaan apabila si anak berjaya ke menara gading.

Saya pernah merasai situasi itu. Tahun 1996, saya melangkah masuk ke UiTM Segamat dengan rasa yang bercampur-baur. Paling sedih bila mak dah nak balik..syahdu giler..:)

Kenangan itu akan sentiasa saya kenang antara kenangan termanis dalam hidup saya.

Tuesday, May 10, 2011

Tanda Kasih

Cerita Hari Ibu..

Hari Ibu yang lepas, Danish ada buat poster untuk saya. Poster Hari Ibu. Lama dia duduk dalam bilik melukis sesuatu. Tak lama kemudian dia keluar dari bilik dengan satu lukisan. Ianya gambar kami sekeluarga. "Yang gemuk ni Papa, yang gemuk sikit ni Mama, yang kecil sekali ni Adik". Spontan ketawa saya pecah. Lukisan dia sangat kelakar. "Apa yang kelakar sangat Ma?".. Danish bertanya dan saya tahu dia kecil hati saya ketawakan lukisan dia. Bila saya kata takde apa2 yang kelakar, dan lukisan dia tu cantik, dia masih tak boleh terima. "Habis tu yang ketawa lama2 sangat tu, sebab tak cantik la kan..Mama ni memang tak suka lukisan kanak2 kan".. Merajuk pula dah.. Tapi, boleh tak ketawa ke tengok lukisan ni...

He really appreciate his drawing. He put it on the table side to side with our family photo frames..:) I should appreciate it as well..hihihi..






Thursday, May 5, 2011

Bila Pagi...

Kebelakangan ini saya kerap berkonfrantasi dengan Danish. Ada saje kelakuannya yang menerbitkan rasa marah terutamanya waktu pagi sebab kena bangun dan mandi. Sebelum ini dia memang tidak ada masalah bangun pagi. Panggil 2,3 kali dia pasti akan bangun. Sekarang ni dia banyak alasan sampai kadang2 saya dah jadi tarzan seawal jam 6.30 pagi. Dulu saya pernah berniat untuk stop tarzaning pada Danish tetapi keadaan tak mengizinkan..:)

Pagi tadi dia buat perangai lagi bila dikejutkan untuk mandi. Dari bilik tidur sampai la solat Subuh, dia membebel mengantuk. Memang la malam semalam tidurnya terganggu bila jam 2.00 pagi kami ke klinik. Itupun sebab telinga dia sakit. Saya bimbang ada semut ke serangga yang masuk, so pagi2 hari kami ke klinik. Balik dari klinik baru dia dapat tidur dan mungkin belum puas tidur dah dikejutkan, itu yang buat dia berangin.

Bila dah marah, semua jadi tak kena. Mandi berendam air mata, gosok gigi pun ala kadar-tanda protes la kan. Stokin depan mata pun tak nampak.."Mana socks ni Ma. Ada sebelah je..." bila saya kata cari dengan mata, jangan guna hidung, dia menjawab..." cari dengan mata la ni Ma, tapi tak nampak'. Eh..masih berani menjawab tu.

Hari ini dia ke sekolah dengan mata yang bengkak dan agaknya macam tu jugaklah bengkak di hati dia sebab dipaksa ke sekolah. Kesian juga tengok dia tak cukup tidur, tetapi saya perlu buat dia faham yang ke sekolah itu adalah tanggungjawab dia. Tiada kompromi melainkan sebab yang benar2 memerlukan dia ponteng. Ianya prinsip yang dia perlu patuhi untuk lebih kurang 12 tahun lagi.

Cerita yang sama akan berulang lagi hampir setiap hari dan setiap hari jugalah saya akan jadi tarzan tapi Danish tetap macam tu. Mungkin dia dah kebal kot dengan suara tarzan mama dia. Alah bisa tegal biasa, pekik hari2 dah tak rasa apa....:P

Sunday, May 1, 2011

Workaholic??...

Today is Labour Day but I am here in my office....working!!!!

Working...working...working...huhuhu...

Friday, April 29, 2011

It's Over

I didn't plan for it to happen.


Let the picture do the talking...




Wednesday, April 27, 2011

Berdikari

Rutin saya setiap malam sejak hampir 4 bulan lalu ialah menyediakan pakaian sekolah Danish, dari songkok sampai ke stokin, kemudian check beg sekolah (sebab dia selalu curi2 bawa mainan ke sekolah). Kemudian saya pastikan ada mineral water botol kecil dalam peti sejuk untuk bekal dia esok.

Pada satu malam, saya mengantuk yang amat sangat. Baru pukul 8.00 tetapi saya rasa macam pukul 12.00 malam. Saya beritahu Danish yang saya nak lelap sekejap dan bila dia tanya barang sekolah belum siap lagi, saya katakan yang saya letih dan nanti saya bangun dan saya akan siapkan. Tidak lama lepas tu saya dengar bunyi pintu almari yang dibuka dan ditutup berulang kali. Saya nampak dia keluar masuk bilik. Dia nampak macam sibuk sangat melakukan sesuatu. Rupa-rupanya dia sedang menyiapkan keperluan sekolah dia. Songkok, stokin, beg semuanya dah siap. Dia susun sama macam saya susun dan di tempat yang sama juga. Dia buat sendiri-tanpa arahan dan paksaan dari saya.

Saya tak sangka yang dia boleh buat semua tu. Yelah, umur dia pun baru 5 tahun. Sebenarnya perlakuan dan percakapan Danish banyak yang mengatasi umurnya sebenar. Dia matang dan cerdik berbanding usianya walaupun ada ketikanya Danish sangat menguji kesabaran saya. Mungkin kerana dia anak yatim yang perlu banyak berdikari berbanding kawan2 yang punya ayah. Dia hanya punya saya untuk berharap dan bergantung. Bila saya dah keletihan, dia kenalah urus diri sendiri. Ada ketikanya dia kejut saya untuk masuk bilik dan pada ketika itu, aircond dah siap dipasang, tv semua dah tutup. Sepatutnya saya yang kejut dia masuk bilik tetapi dah terbalik la pulak...

Alhamdulillah...Danish semakin pandai berdikari.


Songkok

Hari ini Danish ke sekolah tanpa songkok. Songkok dia misplace entah kat mana. Nak mencari waktu pagi memang tak sempat. Saya gantikan dengan kopiah. Dalam kereta dia senyap. Takde soalan2 dan cerita2 pagi macam biasa dan saya dengar bunyi suara halus macam orang tersedu2. "Awak menangis ke Danish? Kenapa tetiba menangis ni.." "Adik tak nak pakai lebai (kopiah) tu. Nanti tak sama macam kawan2 lain, nanti teacher marah la Mama". Saya beri dia pilihan sama ada nak pakai kopiah atau tak payah pakai apa2. Pilihan dia - pergi la beli songkok kat kedai sekarang.

Sampai di sekolah, saya maklumkan pada cikgu yang songkok Danish misplace dan hari ini Danish minta kebenaran untuk tidak pakai songkok. Bila cikgu dia kata tak apa, barulah dia nak masuk sekolah. Itupun dengan tangan dia tak lepas pegang baju saya. Basah tudung saya dengan air mata (air hidung juga rasanya) dia.

Bila malam dah jumpa balik songkok dia, boleh pula dia kata..'dah jumpa balik ke songkok Adik. Kalau hilang lagi la bagus..tak payah pakai songkok. Teacher tak marah pun..."

Ewah..ewah...

Tuesday, April 26, 2011

Kemenangan Pertama

Hari minggu lepas, Ar-Raudhoh mengadakan majlis sambutan Hari Lahir untuk mereka yang lahir pada bulan Jan-Mei juga ada acara kuiz. Danish pun take part walaupun dah ponteng sekolah hampir seminggu sebab demam balik dari Langkawi. Saya tiba seawal jam 8.00 pagi. Maklumlah AJK lah katakan...:)

Ini pengalaman pertama saya hadir program sekolah Danish..Mula2 anak2 semua di bawah kawalan. Sejam dua lepas tu, anak2 semua dah mula buat perangai. Mana yang dah berpeluh, bergumpal, menangis dan macam2 lagi. Pukul 10.30 Danish dah merengek lapar. Siap sound ustazah dia kenapa tak bagi makan kat kanak2...hahaha...

Seronok tengok dia take part dalam group activity. Bangga dia bila saya kata dia berani dan pandai..senyum lebar bukan main..Dia dah semakin pandai bergaul dan bertolak ansur. Dah besar dah anak saya..Kalaulah Ijam diberi peluang melihat ini semua, mesti dia bangga dengan Danish..

Danish gembira sangat bila menang dan dapat trofi. Trofi pertama dalam hidup dia..hehehe..Habis dicanang kat semua orang yang dia menang trofi. Macam biasalah...dia mesti ada soalan cepu emas untuk saya..


"Mama..macam mana mereka boleh buat hadiah ni sampai berkilat sangat Ma?..."

"Ini mesin yang buat..benda baru memang berkilat.."

"Cerdik betul mesin tu kan Ma boleh buat benda berkilat macam ni.."

Huhuhu....



Backdrop yang sangat sederhana



Danish dan kawan2



Kumpulan Umi Kalsom sedang menyelesaikan kira2



Kumpulan Umi Kalsom membaca doa sebelum tidur



Kumpulan Umi Kalsom dapat tempat ke-2

Monday, April 11, 2011

Geram!!!!

Saya tak suka orang yang suka merendah2kan orang lain terutama sekali kalau mempermainkan fizikal orang itu. Ikut sedap hati je nak mengata orang tu pendeklah, gemoklah, rambut macam ni, hidung macam tu..belum lagi mempermain-mainkan nama orang, pastu gelarkan mereka dengan panggilan2 yang tak manis langsung. Saya yang mendengar kutukan tu rasa tak selesa dan lama kelamaan menyebabkan rasa marah.

Sempurna sangat ke kejadian awak sampai ikut sedap mulut jek nak mengata orang. Bila tengok2 balik, awak tu pun bukannya hensem@ cantik sangat pun, kalau ada pun sedikit kelebihan paras rupa, kira bonuslah. Jadikan tu sebagai hadiah bukannya sebab untuk mengata orang sesuka hati jek. Hensem/cantik macam mana pun tapi kalau asyik mengata orang, bikin orang menyampah nak pandang muka awak. Tengok orang rumah/ girlfriend/boyfriend awak pun biasa je..takdelah hensem ke cun meletop! tapi bila mengata orang tak ingat... Dah la tu, sesuka hati je nak gelar orang tu macam2.


Susah sangat ke nak puji dan cari kelebihan orang. Kalau takde yang boleh dipuji sekalipun tak bermakna boleh dikeji sesuka hati. Apa yang awak kutuk tu adalah kejadian Allah. Maknanya awak kutuk Allah lah sebenarnya. Rezeki pun Allah yang bagi, tapi tak sedar diri.. Semua orang kalau diberi pilihan mestilah nak rupa yang cantik, hensem, jadi kaya raya, nama yang sedap2..badan langsing, kulit licin dan semua yang baik2 aje. Dah kita ni namanya hamba Allah, redhalah dengan apa yang ditentukan untuk kita. Janganlah pulak kelebihan yang kita ada buat kita jadi sombong..itu semua pinjaman je beb...


Saya malas nak layan orang2 macam ni. Sekali dua diingatkan boleh lah, tapi kalau dah berpuluh kali diingatkan jangan suka mengata pun masih tak berubah, goodbye je lah...I'll show you the way out of my life..korang kawan la dengan orang yang suka mengata macam korang jugak. Tak rugi pun hilang kawan macam korang..huh! Grrr...!!

Saturday, April 9, 2011

Kulit Baru

Saya mencuba warna oren utk blog skin saya. Ianya bukan warna kegemaran saya tetapi saya cuba warna yang terang benderang untuk menimbulkan minat saya menulis. Ianya ibarat terapi membangkitkan mood. Sejak kebelakangan ini hidup saya agak kelam kelibut dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan hampir serentak. Nak menjengah blog pun takde selera inikan pula nak menulis. Semoga warna yang terang dan ceria ni akan menggamit saya untuk terus menulis.

Sekarang saya mudah rasa letih dan mengantuk lebih2 lagi di waktu malam. Biasanya saya boleh berjaga untuk membuat kerja2 rumah pada waktu malam sehingga jam 2-3 pagi. Tapi sekarang saya akan tidur sekitar jam 10 malam. Banyak kerja rumah yang tertunda. Mood saya pun agak haru-biru jugak..hehehe. Rasa mahu menulis di rumah pun semakin sayup2 sebab layan rasa penat dan letih. Belum lagi tempahan jahitan manik yang perlu saya selesaikan..alahai....dah hampir 2 minggu baju tu tergantung tanpa diusik. Ilham manik pun tak muncul2..


Harapan saya warna baru dapat menjadi sebab dan alasan untuk saya menjengah blog saya lebih kerap. Kalau cara ini tak menjadi, saya terpaksalah cari method lain untuk kembali rajin menulis..saya kena berguru dengan Prof untuk komited menulis seperti beliau. Kena cepat berguru sebelum sifu terbang jauh ke tanah arab..:)

Wednesday, April 6, 2011

Berkongsi Khabar Gembira

Prof Kamil menelefon saya hari ini. Beliau memulakan bicara dengan mengusik saya yang terlalu "sibuk" hingga tidak menziarahi sahabat yang sakit..terpecah gelak saya dengan usikan itu. Niat nak melawat tu memang dah ada, cuma tidak sampai sahaja - alasan saya untuk menepis smash dari Prof. Lagipun saya nak tunggu muka Prof kembali hensem baru saya akan jumpa Prof. (baik punya ayat..hehehe..) Kemudian Prof maklumkan tentang tawaran yang beliau terima untuk menjadi Profesor di Madinah. Saya dah agak ada berita gembira yang ingin beliau kongsikan. Saya tahu beliau sangat gembira. Suaranya menceritakan perasaan di dalam hatinya. Beliau berkira-kira untuk bersara awal dan sekiranya semua berjalan lancar, beliau akan berkhidmat di sini hanya sehingga 31 Ogos tahun ini. Ianya tidak berapa lama saja lagi. Hanya tinggal beberapa bulan. Suatu ketika dulu, beliau pernah memberitahu tentang minat dan hajat beliau untuk bekerja dan berhijrah ke Madinah. Teringatkan itu, hati saya berdetik, Allah makbulkan doa Prof..beruntungnya Prof. Prof mempunyai pakej yang boleh dikatakan lengkap. Bekerja dan berhijrah ke sana bukanlah sesuatu yang mustahil bagi orang2 seperti Prof. Merenung diri sendiri menyebabkan saya rasa tak mungkin perkara sebegitu akan berlaku dalam hidup saya. Bukan kecewa dengan takdir hidup cuma realistik dengan kehidupan sendiri.. Tahniah Prof. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan Prof untuk berhijrah ke Madinah. Doakan saya akan mendapat peluang mengetuk pintu rumah Prof di Madinah nanti ye... Dan saya akan kehilangan bukan sahaja sahabat tetapi juga seorang bapa yang banyak membantu ketika saya sedang bergelut dengan takdir dan ujian kehidupan..

Wednesday, March 16, 2011

Kacang Pool



Kacang pool dan roti bakar...yummy!


Pernah dengar KACANG POOL?

Kalau ke JB, ini adalah antara must-eat dishes. Ramai juga yang belum pernah makan dan tak boleh bayang pun macam mana rupa kacang pool ni. Mungkin ada yang setakat pernah dengar nama sahaja. Bila berada di JB hujung minggu lepas, saya ajak kawan2 makan kacang pool. Azura, Che Ngah dan Zety, masing2 belum pernah makan kacang pool.

Masing2 memesan kacang pool dan bila dah sampai, saya terpaksa mendemo kaedah nak makan kacang pool...hahahaha..lepas tu, masing2 senyap melayan keenakan kacang pool. Tak kisah la makan macam mana gaya pun, yang penting masuk mulut..hehehe. Percubaan pertama tidak mengecewakan. Mereka kata memang sedap kacang pool ni. Lepas ni mesti akan ada agenda makan kacang pool bila setiap kali ke JB...

Tak kenal maka tak cinta..belum rasa belum tahu..betul tak??...:)

gambar ehsan jbfoodclub.com

Monday, March 14, 2011

Sepi & Rindu

Semalam saya melalui waktu malam yang sangat sunyi. Danish ada di kampung sempena cuti sekolah. Dia yang berada di sana sebab saya bertugas hujung minggu di JB tak mahu balik ke sini. Alasan - nak jaga baby yang masih lagi berpantang di kampung. Boleh percaya la sangat cakap Danish tu. Bila dia bersungguh request untuk stay kat kampung, saya jatuh kesian pula. Akhirnya, semalam saya balik ke Segamat sorang2. Terasa sunyi dalam kereta sorang2 walaupun radio melalak sepanjang jalan. Bila smapai rumah lagi la bosan. Takde kawan nak bercakap.

Saya rasa suasana dalam rumah sangat melemaskan. Semuanya kaku, sunyi, sepi, kepam..semuanyalah.. Dalam waktu begitu, saya terkenang semula semua perjalanan hidup kami di rumah itu. Sunyi yang datang menyebabkan hati saya menjadi agak sentimental. Kenangan dari hari pertama berpindah dan segala suka duka di rumah itu menjengah satu persatu. Kesunyian ini menerbitkan kerinduan yang dalam. Situasi yang pernah melanda rumah ini disaat2 pemergian Ijam dulu muncul kembali.

Saya rindu untuk bersama Ijam di rumah itu. Rindukan gurau senda Ijam yang berpanjangan.
Rumah ini pernah menyaksikan kesakitan Ijam menanggung ledakan kanser di dalam tubuhnya. Rumah ini juga pernah menyaksikan saya yang 'rebah' dan 'jatuh' tatkala di tinggalkan Ijam untuk selamanya.

Ruang kosong dan legap juga kesepian di rumah ini sangat membunuh jiwa saya. Kesunyian ini mengajar saya betapa bernilainya Danish dalam hidup saya. Ketiadaan dia belum sampai 24 jam menyebabkan saya merasa kosong. Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada dalam hidup saya untuk selamanya. Susah untuk saya bayangkan. Kehilangan Ijam merupakan satu tamparan hebat dalam hidup saya dan saya belum bersedia sekiranya Danish juga diambil dari hidup saya.

Dan hati saya benar2 berharap Danish tidak pergi dari hidup saya.

Saturday, March 5, 2011

Resepi Rahsia

Danish seorang yang akan menyatakan apa sahaja yang di dalam fikirannya secara terus terang - tanpa selindung. Itu adalah character kanak2 yang tidak pandai menipu dan bila dia menjadi dewasa, orang2 begini akan digelar outspoken, mungkin juga laser. Danish boleh beri komen sama ada pakaian saya cantik ke, jahitan manik saya comel ke tidak, rumah berkemas ke tidak dan yang paling penting saya masak sedap ke tidak. Walaupun ianya cuma kata2 budak 5 tahun, tetapi bagi saya ianya satu komen yang jujur dan betul.

Awal Februari lalu, kami ke majlis harijadi Mia-anak kedua Pn Maznah,Jurutera UiTM. Seperti biasa, bila ada makan2 di rumah Pn Maznah, mesti akan ada puding pink (guava) yang menjadi favourite Danish. Bila saya cerita pada Maznah tentang kesedapan pudingnya menjadi sebutan Danish, diapun berikan 'resepi rahsianya' pada saya.

Semangat saya berkobar2 untuk menyediakan puding untuk Danish. Saya siapkan puding untuk Danish pada hari yang sama saya dapat resepi dari Pn Maznah. Saya katakan padanya yang saya ada ada sesuatu special untuk dia tapi dia kena tunggu. Bila puding dah ready, saya panggil dia dan tunjukkan apa yang saya dah siapkan, lebar senyum dia..

"Puding mama maria eh..mama pun pandai macam mama maria.
Sedapnya puding mama ni..mama ni cerdik lah, pandai buat puding ni..
adik suka mama yang cerdik.."

Kembang kuncup hati saya bila dipuji macam tu. Terima kasihlah pada Pn Maznah yang bantu saya nampak hebat di mata anak sendiri...:). Bila dia cakap sedap, maknanya memang betul2 sedap la kan..hehehe...

Alahai Danish, mama sapa2 pun kalau buat puding ni, akan jadi rupa dan rasa yang serupa..hahaha..kenapa saya cakap macam tu??..kat bawah ni ada jawapannya..

Inilah 'resepi rahsia' Pn Maznah...dah tak rahsia lagi dah...

Mama adik masak sedap!!!!

Tuesday, March 1, 2011

Orang Baru

Zhafryn sewaktu berusia 5 hari

Hampir sebulan..dah pandai buka mata lama2..

Ahmad Zhafryn Ziqri adalah ahli keluarga yang baru. Cucu Mak dan Abah yang ke-19.
Cucu lelaki yang kesebelas..hehehe.. Sebab baby ni la saya selalu sangat terasa nak balik kampung. Tapi bulan Mac ni, hujung minggu saya akan sentiasa penuh sebab perlu bekerja jadi tak dapat nak berjumpa dengan baby comel ni.

Zhafryn dilahirkan pra-matang, awal 5 minggu dari tarikh jangkaan. Tubuhnya kecil dengan berat hanya 2.4kg ketika dilahirkan. Sebelum ini, dia terpaksa duduk di wad hampir seminggu. Biasalah kan, bayi pra-matang sememangnya sinonim dengan wad. Ditambah pula dengan jaundis..ermmm...kesian Zhafryn...:(

Danish sangat excited bila nampak Zhafryn bergerak. Dia mengharapkan baby tu buka mata so bolehlah dia main2 dengan baby. He requested to take Zhafryn stay with us. He promised to be a good big brother. Boleh pulak request baby orang suka2..ingat anak patung kot..hehehe..Bila saya jawab nanti kita cari la baby kat Jusco ke mana2 ke, panjang muncung dia sambil menjeling tajam pada saya..marah sungguh!

Apa punya Big Brother da..





Saturday, February 26, 2011

February Wrap-up

Dah sebulan saya tak update blog saya. Kalau ikutkan, banyak yang boleh diceritakan tetapi banyak sebab yang menyebabkan saya berhenti menulis untuk seketika. Ini kira wrap-up post untuk Februari...:)





Banjir

Banjir yang melanda Segamat pada awal bulan Feb merupakan cerita pembukaan untuk edisi wrap-up saya. Rumah saya juga dilanda banjir dan paras air di dalam rumah mencecah 3 kaki juga. Saya sempat juga naikkan perabot tinggi sikit tetapi ketinggian air melepasi andaian. Kesimpulannya, banyak juga perabot yang dilupus especially perabot2 kayu..Sampai sekarang tv masih belum ok lagi dan kos membaikinya masih lagi misteri..hehehe..Baru2 ni je saya jumpa balik cable streamyx dan bolehla online..sampai sekarang saya masih belum jumpa remote tv dan astro saya. Nak mencari, saya sendiri tak tahu nak mula dari mana sebab kebanyakan barang saya kumpulkan dalam bekas2 besar sebab kabinet semua dah tak ada. Jadi, slow and steady, mesti boleh jumpa...ayat sedapkan hati sendiri..:)

Banjir kali ini adalah pengamalan kedua saya selepas 2006 dahulu dan ianya lebih hebat dari yang disangka. Agak kalut juga meredah air untuk ke tempat yang lebih selamat tetapi syukur semuanya selamat. Dulu saya pernah berfikir bagaimana agaknya kalau saya perlu menghadapi banjir sendirian. Apabila ianya berlaku, saya mampu melaluinya dan satu-satunya tempat saya bergantung harap adalah DIA-Allah Yang Maha Besar. Allah hantarkan bantuan dan pertolongan serta jalan keluar di saat2 saya keseorangan. Besar sungguh kasih sayangNya.

Banjir tahun ini walaupun melibatkan kemusnahan harta yang agak besar tetapi dalam masa yang sama memberikan pengajaran dan kesedaran yang besar juga tentang kekuasaan dan kasih sayangNya pada kita. Terpulang pada kita untuk menyingkap rahmat dan hikmah di sebalik kejadian ini.


Bulan Cinta


Februari adalah bulan yang selalu saya tunggu2. Ianya adalah bulan cinta saya dan Ijam. 05 Feb adalah tarikh keramat kami menyimpul kasih sayang bersaksikan Allah dan 05 Feb yang lalu sepatutnya ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6. Walau hanya sekadar 4 tahun kami bersama, ianya satu kenangan terindah. Seandainya saya punya upaya untuk mengubah masa lampau, tidak akan ada apa2 yang akan saya ubah kerana apa yang saya lalui bersamanya adalah momen2 terindah sepanjang hayat.

Dalam bulan ini juga saya menyambut ulangtahun yang ke 33. Saya sendiri terlupa tentang tarikh ini. Hanya bila seorang rakan mengirimkan ucapan selamat baru saya teringat yang hari itu adalah hari lahir saya. Kalau sebelum ini, saya tidak akan lupa hari lahir sendiri kerana pasti akan ada panggilan istimewa bila detik 12.00 malam 21 Feb. Panggilan itu tetap akan saya terima walaupun kami tidur bersebelahan. So sweet.. Ijam memang Encik Suami yang selayaknya dikenang. Untuk tahun ini, sepotong New York Cheese Cake + Chocolate milkshake+Cordon Chicken Blue+Apple Kasturi @ Secret Recipe merupakan menu meraikan birthday saya bersama Danish...:)


Februari sememangnya istimewa dalam hidup saya..

Sunday, January 23, 2011

Kasut Sekolah

Saya kembali mencuci kasut sekolah pada setiap hujung minggu..macam zaman sekolah dolu2.. cuma sekarang ini, saya cuci kasut sekolah Danish.

Sewaktu saya sedang mengapur kasut sekolah dia hari ini, tetiba saya teringat zaman saya sekolah. Teringat kenangan saya sewaktu di sekolah rendah. Saya mula bersekolah darjah satu dalam tahun 80-an. Pada waktu itu, kasut sekolah saya adalah kasut getah/plastik. Kalau kasut kain tu adalah sesuatu yang 'mewah' bagi saya. Sepanjang 6 tahun saya bersekolah rendah itulah kasut saya. Ianya hanya berganti jika saiz kaki saya berubah. Ianya tidak koyak, tidak perlu dikapur dan yang paling penting, saya tidak perlu risau kasut tidak kering jika hari hujan. Kalau basuh setengah jam sebelum ke sekolah pun ok aje. Lepas cuci, lap2 sikit dan boleh pakai ke sekolah dah..(sesuai dengan saya yang malas nak cuci kasut).

Taraf hidup keluarga saya pada waktu tidak memungkinkan saya untuk pakai kasut kain. Dengan pendapatan abah sebagai buruh binaan dan perlu menyara anak seramai 7 orang (pada waktu itu) memang mimpilah nak pakai kasut kain. Duit poket pun setakat 20 sen sehari dan nilai itu kekal dari saya darjah 1 sampai darjah 6!. Tetapi pada ketika itu, kasut plastik/getah tidak menjadi isu besar pada diri saya. Ada juga kawan2 yang menggunakan kasut yang serupa walaupun rata2 dah mula pakai kasut kain bila masuk ke darjah 4 atau 5. Tidak pula saya mendesak untuk mendapatkan kasut kain dari abah. Mungkin pada masa itu, saya belum pandai bergaya..hehehe...dan yang paling penting, memang tak berani nak bukak mulut mintak kasut kain. Sekali abah besarkan mata, boleh lemah semua sendi belum lagi suara abah yang saya rasa kuat menggegar jantung! Apa yang abah sediakan itu yang kami adik beradik terima. Tiada rungutan secara terus, kalau ada pun cuma luahan hati sewaktu dalam kelambu sebelum kami tidur.

Keadaan sangat berbeza kini. Danish ke sekolah dengan kasut kain seawal umur 5 tahun. Memang jauh beza dengan zaman saya dahulu. Kalau sekarang Danish ke sekolah dengan kasut getah/plastik, tentu ianya satu fenomena yang luar biasa. Entah2 kasut getah pun dah takde lagi dah hari ini.

Dalam hati saya bersyukur kerana diberikan rezeki sehingga mampu menyediakan kelengkapan yang terbaik untuk Danish. Sebolehnya saya tidak mahu dia merasai kesusahan dan kepayahan yang pernah saya lalui dulu. Teringat kata2 Ijam dulu. Dia pernah susah dan dia tidak mahu anaknya juga susah.

Saya berterima kasih atas nikmat dariNya dan berdoa agar kami menjadi hamba yang selalu bersyukur.


Thursday, January 20, 2011

Benda Baru

Pagi tadi saya ke rumah Prof Kamil untuk mesyuarat pertama PERKIM Segamat. Saya adalah AJK yang dilantik semasa Mesyuarat Agong PERKIM beberapa bulan yang lepas. Ini adalah benda baru dan pengalaman pertama saya terlibat dengan pertubuhan amal. Bila difikirkan semula macam segan juga berada dalam kumpulan ini kerana saya rasa saya tiada kualiti/identiti yang sinonim dengan PERKIM. Semasa dicalonkan sebagai AJK, sejujurnya saya mahu menolak, tetapi rasa hormat terhadap ahli2 yang rata2nya sebaya bapa & ibu saya membuatkan saya akur dengan pemilihan itu. Saya terima seadanya walaupun dalam minda macam2 yang saya fikirkan.

Secara jujurnya, saya tidak tahu dan tidak nampak apa yang Allah aturkan untuk saya. Kenapa saya dipilih dalam kelompok ini juga saya tak boleh nak cari sebabnya. Tetapi saya yakin ada sesuatu yang Allah aturkan untuk saya melalui ketetapan ini.

Saya suka dengan pengalaman baru ini. Bekerja untuk sesuatu yang di luar rutin tugas saya. Hmmm..menarik! dan saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pertubuhan ini. Sesuatu benda yang baru, kalau dilihat dari sudut yang positif pastinya menerbitkan rasa excited dalam diri. Kita yang menentukan sama ada benda itu menyeronokkan atau sebaliknya.

Semasa berborak2 dengan Kak Roza (tuan rumah), saya belajar satu lagi benda baru-roti mariam. Pernah dengar? saya sendiri pun baru pertama kali mendengarnya. Kak Roza bercerita tentang roti yang dicipta oleh ibunya sendiri tetapi tidak dinamakan dengan nama sendiri. Dari cerita beliau, nampak macam sedap lagipun resepi dan caranya tidaklah terlalu complicated. Ini menyebabkan saya macam nak mencuba. Saya paling malas nak mencuba sesuatu masakan yang memerlukan bahan2 yang pelik2 dan macam susah nak dapat kat Segamat. Bahan2 roti mariam adalah bahan2 biasa dan bukan yang pelik2 menyebabkan saya rasa confident untuk mencuba.

Saya akan cuba buat benda baru ini. Nanti kalau menjadi, saya akan bagi Kak Roza rasa. Kalau tak menjadi, saya akan bagi dia rasa juga tapi bukannya roti mariam, dah tukar jadi roti jaja..roti saya, saya punya suka lah nak letak nama apa..kann......:)

Saturday, January 15, 2011

Manik

Sudah lama saya tidak menjahit manik. Jadual saya agak sibuk dengan dengan kerja2 lagipun bukan musim perayaan, jadi volume untuk menjahit manik kurang sikit. Ada juga job yang saya tolak sebab macam malas sangat nak jahit sekarang ni. Bila malas, idea pun tak datang. Lebih baik tak menjahit dari merosakkan baju.
Baru2 ini saya buat baju baru dan mood nak menjahit datang semula. Saya dapat siapkan baju itu dalam masa 2 hari dan dapatlah saya melaram semasa majlis Hari Inovasi baru2 ini..terasa saya yang paling cantik pulak...hehehe...perasan! Mood saya untuk menjahit manik dah datang balik...

Rekaan terbaru saya..

Tuesday, January 11, 2011

Jiran

Hari ini cuti umum di Johor.

Sekitar jam 8.00 pagi saya nampak macam ramai orang didepan rumah. Kenapa eh..hati saya berdetak. Bila nak keluar breakfast, saya lihat gate rumah sebelah terbuka luas dengan kereta2 mereka berada di luar. Ianya luar biasa dan pastinya ada berlaku sesuatu di rumah itu. Saya meninjau2 juga mencari aunty & uncle tuan rumah tapi tidak kelihatan lalu saya menegur salah seorang tetamu yang ada di situ.

Terkejut saya bila dimaklumkan yang uncle (tuan rumah) meninggal pagi tadi selepas seminggu dimasukkan ke hospital. Ya Allah..alpanya saya dalam hidup berjiran. Saya tidak tahu pun jiran saya sakit. Walaupun mereka bukan muslim, tak bermakna kita tak boleh berbaik. Patutlah saya jarang sekali nampak uncle tu bila petang2..sedangkan biasanya kami akan bertembung setiap kali balik bekerja. Kami tidaklah sampai tidak bertegur sapa. Sesekali berjumpa, adalah juga bersembang. Tapi keadaan saya yang hanya akan tiba di rumah sekitar jam 7.00 mlm setiap hari membataskan pergaulan saya dengan jiran tetangga.

Mereka meminta izin untuk menggunakan halaman rumah saya selama 3 hari untuk ritual kematian orang cina. Saya tiada masalah dengan itu walaupun payah juga nak parking kereta di kawasan perumahan yang padat dengan manusia dan kereta. Tidak mengapa, bertimbang rasa kerana jiran kita sedang susah. Lagipun bukannya selalu. Pengalaman baru dapat melihat ritual kematian bagi orang cina..suspen juga...

p/s: Suspen juga nak tunggu apalah soalan yang Danish si kepoh akan tanya nanti..hehehe...

Thursday, January 6, 2011

Danish...

Danish dah ok dah...takde lagi masalah menangis bila nak ke sekolah. Drama dia hanya 2 hari je dan hari ketiga dah mula tersenyum ke sekolah. Hari ketiga bersekolah adalah hari pertama dia balik dengan van sekolah kerana saya sudah mula bekerja. Dia perlu beri direction pada driver van untuk ke rumah babysitter. Bila ditanya boleh tak tunjuk jalan ke rumah babysitter, dengan confident dia jawab.."boleh ma, adik dah tau dah jalan mana nak balik rumah Mak Yah..no problem.."


Bila saya call tengahari tu, memang dia boleh tunjuk jalan ke rumah babysitter. Bangga dia bila dia kata dah tunjuk dah kat nenek (makcik sebenarnya) van tu. Ok je...katanya. Hehehe..Danish memang bijak!

So sekarang takde masalah untuk Danish balik sekolah sendiri. Kecoh mulut dia cerita pasal kawan2 van dia..maklumah pengalaman baru dan pandai pulak tunjuk jalan, so rasa macam hero lah walaupun dia perlu dibantu untuk naik dan turun van sebab tak berapa tinggi ...hehehe

Monday, January 3, 2011

Hari Baru@Tahun Baru

Ini kisah hari pertama Danish di sekolah.

Hari ini hari pertama Danish bersekolah di Taska ABIM, Ar-Raudhoh. Jam 6.30 pagi dia dah bangun dan mandi walaupun banyak alasan dia bagi untuk tak nak bangun. 7.00 pagi dia bersarapan semangkuk koko crunch + susu. Habis juga semangkuk tanpa perlu dipaksa. 7.45 pagi kami dah tiba di sekolah dan dia masih lagi ok. Tapi bila tengok belum ramai kawan2 (Danish orang ke-3 sampai ke sekolah), dia mula lain macam dan 'melekat' dengan saya sepanjang masa. Air mata dah mula meleleh...drama sebabak di awal pagi pun bermula.. he..he... Dia mula tenteram dan kembali tenang bila saya pujuk tetapi masih lagi melekat.

Murid semakin ramai yang tiba bila hampir ke jam 8.00. Danish menurut kata bila saya minta dia bercampur dan berbual2 dengan murid yang ada. Kebetulan ada seorang murid senior bernama Arif yang sangat sopan namun friendly. Perlahan2 Danish mula bercampur dengan Arif dan yang lain2 tetapi sekejap2 dia menoleh nak pastikan saya masih ada..hehehe...

Dia nampak ok bila cikgu mulakan dengan mukadimah hari pertama. Bila cikgu membawa semua murid ke kawasan sekolah (school tour) saya ambil kesempatan untuk balik. Saya pasti dia akan menangis tetapi tak akan lama pun. Tepat jam 12.00 saya datang jemput dan report dari cikgu - dia menangis juga tetapi masih boleh dirunding. Dia request untuk dihantar ke rumah Mak Yah (baby sitter)..hehehe...

Dalam kereta dia kecoh bercerita tentang toilet sekolah, tentang nasi goreng-menu pertama di sekolah, kawan2 baru dan banyak lagi, tetapi yang paling tak bestnya, hujung cerita dia kata esok kalau school lagi, adik nak nangis lagi. Saya fikir dia dah mula happy bersekolah tetapi masih sama jugak..hmm....Nampaknya esok saya kena cari jalan untuk melepaskan diri sebab saya pasti 100% yang dia akan sentiasa melekat dengan saya kerana takut saya hilang macam tadi.

Melihat Danish bersekolah pada hari ini saya terkenangkan Ijam. Semasa Danish setahun lagi Ijam dah berangan2 untuk hantar anak dia ke sekolah dengan kereta smart focus for two. Selalu sangat dia cakap nak beli kereta tu bila Danish dah sekolah. Just for father & son katanya. Bila dikhabarkan tentang kanser dalam badannya, dengan hayat anggaran doktor kurang dari setahun, perkara pertama yang dia luahkan pada saya ialah sama ada dia punya kesempatan untuk hantar Danish ke sekolah ataupun tidak. Saya pada masa itu, memang tiada jawapan dan hanya membiarkan pertanyaan itu tidak berjawab.

Pagi ini saya agak beremosi sikit bila terkenangkan peristiwa itu dan sememangnya dia tidak punya kesempatan untuk menghantar anak kami ke sekolah walaupun hanya sekali. Sedih memanglah sedih tetapi ini hakikat yang tidak mampu saya ubah. Saya terima keadaan ini seadanya. Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk Danish agar dia tidak merasa kekurangan walaupun dia cuma ada mama, tanpa papa.

Saya bimbang juga membayangkan kalau2 di sekolah ada yang bercerita tentang mama, papa, adik, abang dan kakak dan Danish tidak punya semua itu. Bagaimana agaknya perasaan dia? Entah apa yang akan Danish jawab bila kawan2 bertanyakan perkara2 macam tu. Kesian dia. Dia pasti akan rasa kekurangan dan rasa tak sama macam kawan2 yang lain.
Saya berserah dan bermohon agar Allah pelihara dan lindungi anak saya. Semoga Allah akan permudahkan perjalanan dan kehidupan anak saya.

Saya yakin ada rahmat di sebalik semua ini..

Pose sebelum ke sekolah..

Gaya macho sebelum drama air mata bermula..hehe..