A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 3, 2011

Hari Baru@Tahun Baru

Ini kisah hari pertama Danish di sekolah.

Hari ini hari pertama Danish bersekolah di Taska ABIM, Ar-Raudhoh. Jam 6.30 pagi dia dah bangun dan mandi walaupun banyak alasan dia bagi untuk tak nak bangun. 7.00 pagi dia bersarapan semangkuk koko crunch + susu. Habis juga semangkuk tanpa perlu dipaksa. 7.45 pagi kami dah tiba di sekolah dan dia masih lagi ok. Tapi bila tengok belum ramai kawan2 (Danish orang ke-3 sampai ke sekolah), dia mula lain macam dan 'melekat' dengan saya sepanjang masa. Air mata dah mula meleleh...drama sebabak di awal pagi pun bermula.. he..he... Dia mula tenteram dan kembali tenang bila saya pujuk tetapi masih lagi melekat.

Murid semakin ramai yang tiba bila hampir ke jam 8.00. Danish menurut kata bila saya minta dia bercampur dan berbual2 dengan murid yang ada. Kebetulan ada seorang murid senior bernama Arif yang sangat sopan namun friendly. Perlahan2 Danish mula bercampur dengan Arif dan yang lain2 tetapi sekejap2 dia menoleh nak pastikan saya masih ada..hehehe...

Dia nampak ok bila cikgu mulakan dengan mukadimah hari pertama. Bila cikgu membawa semua murid ke kawasan sekolah (school tour) saya ambil kesempatan untuk balik. Saya pasti dia akan menangis tetapi tak akan lama pun. Tepat jam 12.00 saya datang jemput dan report dari cikgu - dia menangis juga tetapi masih boleh dirunding. Dia request untuk dihantar ke rumah Mak Yah (baby sitter)..hehehe...

Dalam kereta dia kecoh bercerita tentang toilet sekolah, tentang nasi goreng-menu pertama di sekolah, kawan2 baru dan banyak lagi, tetapi yang paling tak bestnya, hujung cerita dia kata esok kalau school lagi, adik nak nangis lagi. Saya fikir dia dah mula happy bersekolah tetapi masih sama jugak..hmm....Nampaknya esok saya kena cari jalan untuk melepaskan diri sebab saya pasti 100% yang dia akan sentiasa melekat dengan saya kerana takut saya hilang macam tadi.

Melihat Danish bersekolah pada hari ini saya terkenangkan Ijam. Semasa Danish setahun lagi Ijam dah berangan2 untuk hantar anak dia ke sekolah dengan kereta smart focus for two. Selalu sangat dia cakap nak beli kereta tu bila Danish dah sekolah. Just for father & son katanya. Bila dikhabarkan tentang kanser dalam badannya, dengan hayat anggaran doktor kurang dari setahun, perkara pertama yang dia luahkan pada saya ialah sama ada dia punya kesempatan untuk hantar Danish ke sekolah ataupun tidak. Saya pada masa itu, memang tiada jawapan dan hanya membiarkan pertanyaan itu tidak berjawab.

Pagi ini saya agak beremosi sikit bila terkenangkan peristiwa itu dan sememangnya dia tidak punya kesempatan untuk menghantar anak kami ke sekolah walaupun hanya sekali. Sedih memanglah sedih tetapi ini hakikat yang tidak mampu saya ubah. Saya terima keadaan ini seadanya. Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk Danish agar dia tidak merasa kekurangan walaupun dia cuma ada mama, tanpa papa.

Saya bimbang juga membayangkan kalau2 di sekolah ada yang bercerita tentang mama, papa, adik, abang dan kakak dan Danish tidak punya semua itu. Bagaimana agaknya perasaan dia? Entah apa yang akan Danish jawab bila kawan2 bertanyakan perkara2 macam tu. Kesian dia. Dia pasti akan rasa kekurangan dan rasa tak sama macam kawan2 yang lain.
Saya berserah dan bermohon agar Allah pelihara dan lindungi anak saya. Semoga Allah akan permudahkan perjalanan dan kehidupan anak saya.

Saya yakin ada rahmat di sebalik semua ini..

Pose sebelum ke sekolah..

Gaya macho sebelum drama air mata bermula..hehe..

4 comments:

Anonymous said...

salam Puan...hensemnya Danish nak pergi sekolah...two thumbs up untuk Danish...1st and 2nd day memang camtu apatah lagi kalau mak/ayah bersama...lama2 tak sabar nak pegi sekolah..harap Danish akan berjaya dunia dan akhirat...akak percaya papa Danish selalu bersamanya..walaupun tidak secara fizikal...Dilla

mamadanish said...

Salam Dilla..
sudah 4 hari Danish bersekolah dan dia hanya buat drama untuk 2 hari pertama sahaja. Alhamdulillah..
Hari ke-3 dah boleh balik sendiri dengan van sekolah..impressive! hehehe..

Farah said...

Dah besar dah Danish.. didoakan moga Danish berjaya dunia akhirat..

Ezat Ruslan said...

kak...

yang penting kak..
RAMBUT DANISH masih terpacak..
hahaha...
saye gelak2 memikirkan gelagat die tu..

-saye kawan aza yg agak selalu la g umah akak..heheheh