Danish dah ok dah...takde lagi masalah menangis bila nak ke sekolah. Drama dia hanya 2 hari je dan hari ketiga dah mula tersenyum ke sekolah. Hari ketiga bersekolah adalah hari pertama dia balik dengan van sekolah kerana saya sudah mula bekerja. Dia perlu beri direction pada driver van untuk ke rumah babysitter. Bila ditanya boleh tak tunjuk jalan ke rumah babysitter, dengan confident dia jawab.."boleh ma, adik dah tau dah jalan mana nak balik rumah Mak Yah..no problem.."
Bila saya call tengahari tu, memang dia boleh tunjuk jalan ke rumah babysitter. Bangga dia bila dia kata dah tunjuk dah kat nenek (makcik sebenarnya) van tu. Ok je...katanya. Hehehe..Danish memang bijak!
So sekarang takde masalah untuk Danish balik sekolah sendiri. Kecoh mulut dia cerita pasal kawan2 van dia..maklumah pengalaman baru dan pandai pulak tunjuk jalan, so rasa macam hero lah walaupun dia perlu dibantu untuk naik dan turun van sebab tak berapa tinggi ...hehehe
1 comment:
Salam Puan...seronok baca cerita Puan pasal Danish.. cute..kecil2 pun dah tahu tunjuk jalan...memang bijak..semuga Danish sukses didalam kehidupan dia..adik comel..Dilla
Post a Comment