Hari ini cuti umum di Johor.
Sekitar jam 8.00 pagi saya nampak macam ramai orang didepan rumah. Kenapa eh..hati saya berdetak. Bila nak keluar breakfast, saya lihat gate rumah sebelah terbuka luas dengan kereta2 mereka berada di luar. Ianya luar biasa dan pastinya ada berlaku sesuatu di rumah itu. Saya meninjau2 juga mencari aunty & uncle tuan rumah tapi tidak kelihatan lalu saya menegur salah seorang tetamu yang ada di situ.
Terkejut saya bila dimaklumkan yang uncle (tuan rumah) meninggal pagi tadi selepas seminggu dimasukkan ke hospital. Ya Allah..alpanya saya dalam hidup berjiran. Saya tidak tahu pun jiran saya sakit. Walaupun mereka bukan muslim, tak bermakna kita tak boleh berbaik. Patutlah saya jarang sekali nampak uncle tu bila petang2..sedangkan biasanya kami akan bertembung setiap kali balik bekerja. Kami tidaklah sampai tidak bertegur sapa. Sesekali berjumpa, adalah juga bersembang. Tapi keadaan saya yang hanya akan tiba di rumah sekitar jam 7.00 mlm setiap hari membataskan pergaulan saya dengan jiran tetangga.
Mereka meminta izin untuk menggunakan halaman rumah saya selama 3 hari untuk ritual kematian orang cina. Saya tiada masalah dengan itu walaupun payah juga nak parking kereta di kawasan perumahan yang padat dengan manusia dan kereta. Tidak mengapa, bertimbang rasa kerana jiran kita sedang susah. Lagipun bukannya selalu. Pengalaman baru dapat melihat ritual kematian bagi orang cina..suspen juga...
p/s: Suspen juga nak tunggu apalah soalan yang Danish si kepoh akan tanya nanti..hehehe...
3 comments:
salam Puan...sya setuju...hidup berjiran tolong menolong...kami berjiran dengan orang cina selama lebih 50 tahun[zaman datuk nenek lagi] sampai sekarang hubungan amat erat dan baik rasa macam adik beradik pula ..kalau hari raya masing2.. kami pula bertukar juadah juga..dapat juga buah limau cina yg manis hehe...Dilla
anak-anak jiran cina boleh berkawan, tapi sudah jadi bapa cina, mereka agak sukar hendak berinteraksi.. entah kenapa?
Bila dah besar, masing-masing dah mula prejudis dengan kelebihan kaum yg lain dsbnya. Jiwa kanak2 lebih bersih dan tulus.
Post a Comment