Rutin saya setiap malam sejak hampir 4 bulan lalu ialah menyediakan pakaian sekolah Danish, dari songkok sampai ke stokin, kemudian check beg sekolah (sebab dia selalu curi2 bawa mainan ke sekolah). Kemudian saya pastikan ada mineral water botol kecil dalam peti sejuk untuk bekal dia esok.
Pada satu malam, saya mengantuk yang amat sangat. Baru pukul 8.00 tetapi saya rasa macam pukul 12.00 malam. Saya beritahu Danish yang saya nak lelap sekejap dan bila dia tanya barang sekolah belum siap lagi, saya katakan yang saya letih dan nanti saya bangun dan saya akan siapkan. Tidak lama lepas tu saya dengar bunyi pintu almari yang dibuka dan ditutup berulang kali. Saya nampak dia keluar masuk bilik. Dia nampak macam sibuk sangat melakukan sesuatu. Rupa-rupanya dia sedang menyiapkan keperluan sekolah dia. Songkok, stokin, beg semuanya dah siap. Dia susun sama macam saya susun dan di tempat yang sama juga. Dia buat sendiri-tanpa arahan dan paksaan dari saya.
Saya tak sangka yang dia boleh buat semua tu. Yelah, umur dia pun baru 5 tahun. Sebenarnya perlakuan dan percakapan Danish banyak yang mengatasi umurnya sebenar. Dia matang dan cerdik berbanding usianya walaupun ada ketikanya Danish sangat menguji kesabaran saya. Mungkin kerana dia anak yatim yang perlu banyak berdikari berbanding kawan2 yang punya ayah. Dia hanya punya saya untuk berharap dan bergantung. Bila saya dah keletihan, dia kenalah urus diri sendiri. Ada ketikanya dia kejut saya untuk masuk bilik dan pada ketika itu, aircond dah siap dipasang, tv semua dah tutup. Sepatutnya saya yang kejut dia masuk bilik tetapi dah terbalik la pulak...
Alhamdulillah...Danish semakin pandai berdikari.
Songkok
Hari ini Danish ke sekolah tanpa songkok. Songkok dia misplace entah kat mana. Nak mencari waktu pagi memang tak sempat. Saya gantikan dengan kopiah. Dalam kereta dia senyap. Takde soalan2 dan cerita2 pagi macam biasa dan saya dengar bunyi suara halus macam orang tersedu2. "Awak menangis ke Danish? Kenapa tetiba menangis ni.." "Adik tak nak pakai lebai (kopiah) tu. Nanti tak sama macam kawan2 lain, nanti teacher marah la Mama". Saya beri dia pilihan sama ada nak pakai kopiah atau tak payah pakai apa2. Pilihan dia - pergi la beli songkok kat kedai sekarang.
Sampai di sekolah, saya maklumkan pada cikgu yang songkok Danish misplace dan hari ini Danish minta kebenaran untuk tidak pakai songkok. Bila cikgu dia kata tak apa, barulah dia nak masuk sekolah. Itupun dengan tangan dia tak lepas pegang baju saya. Basah tudung saya dengan air mata (air hidung juga rasanya) dia.
Bila malam dah jumpa balik songkok dia, boleh pula dia kata..'dah jumpa balik ke songkok Adik. Kalau hilang lagi la bagus..tak payah pakai songkok. Teacher tak marah pun..."
Ewah..ewah...
5 comments:
ala,sweet la danish,kak jaja!!!! mai taktau knp,dr mai kat sgmt lg mai ckp kat aza, mai tgk danish, tros jatoh sayang.. he's adorable! smoga dia sentiasa tabah mcm super mama dia,saling jaga menjaga antara 1 sama lain. amin! =)
suka.sedih juga tetapi baguslah Puan Jaja dapat anak yang ambil berat dan cerdik tetapi perlu ingat kita lalai, takut dia pun nanti lalai umur semakin mengingkat.....Kami doakan kamu sekeluarga bahagia selalu tabah hadapi dugaan yang mendatang....
itulah permata hati anugerah Allah yg amat bernilai...tersentuh hati saya bila baca cerita danish ni... Pn. Jaja beruntung dapat anak spt danish yg sgt pandai. Jaga danish baik2..-lie-
Sejuk perut ibu yang mengandung...mudah- mudahan Danish tabah mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dimasa hadapan.
Mai: Danish pun suka Mai..dia suka kakak yang seksi..:P
Lie: TQ..
Isriah: TQ..Amin...
Post a Comment