A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 24, 2011

Cerita Ramadhan

It is only about a week before Ramadhan bid its farewell. The past 23 days flew so fast and Eid Fitri is just around the corner.


Danish dah mula rasa seronok dan tak sabar nak berhari raya. Persiapan raya seperti biasa, hanya untuk dia sahaja. Tahun ini, saya tak buat baju raya pun. Baju kurung yang saya tempah untuk ke ofis akhirnya saya naiktaraf jadi baju raya. Hanya sepasang. Bukan tidak mahu meraikan Syawal, tetapi meraikan seadanya. Peristiwa2 'kurang seronok' sebelum Ramadhan membuatkan saya lebih bersederhana. Tetapi saya perlu berikan keseronokan kepada Danish. Lagipun sebagai reward dia dah pandai berpuasa setiap hari tanpa ponteng walaupun setakat sampai jam 2.00 petang je dia berpuasa.


Bila tiba Ramadhan dan Syawal, hati saya sedikit rapuh bila teringatkan Ijam. Ini tahun ketiga saya beraya sendiri, namun perasaan ketika melalui pengalaman kali pertama dulu masih lagi sama. Bila melihat Danish, hiba mudah datang dalam diri saya. Kenapa? saya sendiri pun tak pasti tetapi melihat sifat dan perlakuannya seolah2 saya melihat Ijam di depan mata.


Semalam Danish request nak pasang pelita dan lampu kelip2 sebab jiran sebelah dah pasang dah. Adus..macam mana gaya mama nak panjat nak pasang lampu kelip2 ni??..hehehe..Pelita, lampu kelip2, mercun pop-pop adalah salah satu tanda keseronokan hari raya pada Danish. Layankan saje...asalkan dia gembira. Dialah insan terdekat yang saya ada dan sementara dipinjamkan olehNya, biarlah saya buat dia gembira.


Dia lebih excited kira berapa hari lagi nak raya. Mengalahkan orang berpuasa penuh!

3 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Cepatnya masa berlalu. 3 tahun yang pergi. Hari-hari yang mendatang perlu dilihat dengan keceriaan agar hampir denganNya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

MKI

mamadanish said...

Salam Prof,

Tak sangka dah 3 tahun Ijam pergi. Kenangan hari2 terakhir bersama masih segar dan tak pernah luput.

Terasa mcm baru je jd PA tak bertauliah pada Prof..:). Tak lama lagi Prof akan ke Madinah..

Terima kasih atas budi Prof pada saya dan Danish.

Semoga dalam kasih sayang Allah sentiasa.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Isriah said...

Selamat Hari Raya Danish