A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 13, 2015


InsyaAllah Syawal akan muncul 3 hari lagi..

Lagu-lagu raya mula berkumandang di sini sana mencetuskan mood raya.
Pasaraya-pasaraya sentiasa penuh dengan pelanggan yang membuat persiapan Syawal..
Baju raya, kasut raya, kuih raya, perabot raya..pendek kata semuanya untuk raya..hi3..

Bercakap tentang kuih raya, tahun ini saya cuba buat satu biskut raya baru. Terima kasih kepada Kak Ita (Azlita Masam Manis) sebab berkongsi resepi yang mudah tapi sangat sedap ni..Semoga ianya menjadi amal jariah yang berpanjangan untuk puan..

Kalau ikut resepi asal, bentuknya teddy bear tetapi sebab susah pula nak dapat acuan teddy bear tu saya tukar menjadi mickey mouse. Danish suka sangat bila bantu saya sediakan biskut raya ni. Comel dan sedap katanya...memang banyak dia makan biskut ni.. Saya pula macam biasa la..suka sediakan cookies tapi tak berapa suka makan cookies..

Kalau kawan-kawan nak cuba resepi ni boleh la ambil di sini ye..cari resepi Biskut Teddy Bear...memang senang dan berbaloi-baloi sedap..hi3..


Maaf ye..gambar kurang memuaskan..pakai kamera hp je ni..

Sunday, July 12, 2015

Ramadhan Kareem

    
 


Ramadhan Kareem sudah hampir meninggalkan kita. 
Entah akan ada kesempatan untuk bertemunya lagi entahkan tidak. 
Semoga dipinjamkan usia lagi untuk bersama Ramadhan di tahun hadapan.

Alhamdulillah...Ramadhan tahun ini...

  • Boleh dikatakan setiap hari kami berbuka dan bersahur dengan juadah home cooked. Lebih jimat dan menepati rasa tekak sendiri..

  • Saya berjaya tidak menjejak kaki ke Bazaar Ramadhan..memang tak pergi langsung..

  • Persiapan raya sangat sederhana..terkesan juga dengan kos hidup yang semakin menggila

  • Danish membaca Al-Quran tanpa perlu dipaksa..nampak dia semakin 'abang-abang'..

  • Belum pernah lagi terlepas bangkit sahur..kalau tidak mesti Danish kelaparan seharian puasa tanpa sahur.

  • Berat badan turun 2.5kg...syukur dah kurag sikit level lemak kat bdn ni.... (mood: happy)..



Terima kasih Ya Allah untuk semua nikmat yang telah Engkau pinjamkan. 
Terima kasih Allah atas Ramadhan yang Engkau kurniakan
Terima kasih Allah untuk rezeki Ramadhan yang engkau berikan,,





Friday, April 3, 2015

Misi Peribadi...

Misi untuk 3 bulan seterusnya..

Macam mana agaknya keputusannya nanti??

Tunggu jelah dulu k...surprise...hahaha



Thursday, April 2, 2015

Bila Resah

Danish menangis susah hati bila salah sebuah buku teksnya tiada dalam rak buku. Dia berpusar satu bilik mencari-cari buku tersebut. Dah macam kucing nak beranak saya tengok dia. 

Minggu lepas buku tersebut ada (kelas tu seminggu sekali je). Maknanya ada kemungkinan kawan-kawan terbawa balik atau dia tertinggal di sekolah. Saya minta dia bertanya pada kawan-kawan di sekolah nanti kalau2 ada yang terambil bukunya.

Cadangan saya tidak membantu untuk dia merasa tenteram. Sekejap-sekejap airmata dia mengalir. Rasa takut pada guru membuatkan dia resah sepanjang malam. Saya pernah melalui pengalaman begitu dan saya tahu apa yang dia rasa. Sekadar berjenaka mengurangkan stress, saya katakan padanya.."Adik hebat sebab dah nangis lama2 pun air mata banyak lagi..tak kering2". Dia sekadar senyum senget - tanda tak puas hati.

Keesokkan paginya dia kata dia mimpi ustaz tersebut! Wah..betul2 takut ni..:)

Sementara menunggu van sampai..dia tak henti2 berdoa supaya Allah bantu dan selamatkan dia..walaupun  ianya permintaan saat terdesak, sekurang-kurangnya dia tahu kepada siapa dia harus bergantung harap dan memohon pertolongan.

Anyway..it is a good lesson for him to always take a good care of his belongings. An experience that he will remember for life..


Doa yang Danish baca mohon Allah bantu dia

Wednesday, November 26, 2014

Bapa Tua Itu....

Pengalaman ini mencetuskan keinginan untuk kembali menulis.


Hati saya syahdu kerana seorang bapa.


Ini kisah seorang bapa di mana anaknya belajar di tempat saya bekerja. Anak beliau tidak dapat meneruskan pengajian kerana masalah kesihatan. Dia datang menguruskan perkara itu. 


Saya bersembang santai dengan si bapa untuk berbahasa. Sehinggalah saya dapat tahu dia datang ke sini dengan menaiki motosikal. Si bapa datang dari jauh. Jarak tempat tinggalnya ke sini melebihi 100km. Umur si bapa hampir 70 tahun.


Jujur saya kasihan melihat fizikal si ayah dan hati saya bertambah sayu bila tahu dia datang dengan motosikal. Dia keluar jam 10 pagi dan tiba di sini jam 2.30 petang.


"Pakcik bawa perlahan..tak laju pun..mata dah tak berapa terang. Berhenti rehat dan minum dulu sebelum sampai ke sini".


Allahuakhbar..saya betul2 sedih..hati saya memang tersentuh.


Berkali-kali ucapan terima kasih keluar dari mulutnya sebelum dia meninggalkan bilik saya.


Saya berharap agar anaknya akan menjaga dan mengasihi bapa itu seperti mana bapanya sanggup berkorban untuk dirinya hari ini. 


Wajah tua itu membuatkan saya teringatkan wajah tua ayah saya..



"Ya ALLAH Engkau lindungilah pakcik itu, mudahkan dan selamatkanlah dia dalam perjalanan pulang. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pelindung"...






Sunday, February 16, 2014

Luahan Rasa Danish



I had a conversation with Danish along the way from his school yesterday. One of the topics is about a sum of money he received because he is an orphan. 

Danish:      Mama...adik akan jadi anak yatim sampai bila2 ke? Nanti setiap kali kalau ada                          orang derma anak yatim, orang akan bagi adik lagi ke?
Mama:       Adik tak suka orang bagi sedekah kat adik? 
Danish:      Bukan tak suka orang sedekah tapi adik lagi suka kalau adik ada papa. 
Mama:       Kenapa?
Danish:      Bila bagi sedekah anak yatim masa kat perhimpunan cikgu panggil nama adik.                           Semua murid2 tahu adik anak yatim. Diorang cakap adik tak ada papa.
Mama:       Adik ada papa cuma papa adik dah meninggal. Tapi Adik kan ada mama..Adik                           cakap elok2 dekat diorang, tak salah pun jadi anak yatim.
Danish:      Adik seronok ada mama..adik sayang mama..tapi adik nak macam Azfar. Ada                            papa, ada mama, ada kakak, ada adik..adik tak ada pun. Kalau Adik tak nak duit                        sedekah tu tapi kita minta Allah pulangkan papa semula boleh ke Ma? 

Allahuakbar..Danish jujur dan berterus terang tentang perasaanya. Dia tak gembira dengan gelaran anak yatim sebab dia tak suka orang bersimpati dengan nasibnya dan selebihnya tak suka orang bercakap mengenai statusnya. Dia lebih memilih untuk ada bapa daripada menerima sedekah untuk anak yatim. 

Ianya perasaan sama yang sama alami 5 tahun dulu. Saya pernah berasa sangat kecewa dengan status saya di awal keadaan dulu. Saya benci dengan pandangan kasihan dan simpati orang pada saya. Saya tak perlukan itu semua.

Sedangkan saya yang dewasa pun terasa tertekan dengan gelaran baru itu, inikan pula anak kecil yang baru berumur 7 tahun.. Sungguh saya tak sangka dia begitu terkesan dengan sedekah-sedekah yang diterima dan statusnya sebagai anak yatim. Dahulu mungkin dia belum pandai menjelaskan perasaan hatinya. Kini dia semakin yakin dengan perasaannya dan mampu meluahkan isi hatinya. 

Saya tak sedar yang anak saya dah semakin dewasa sebab pada saya he will alwyas be my little precious hero..

#Imissmyotherhalfverymuch 

Wednesday, February 5, 2014

Hari Istimewa










Here I am...writing again..It has been months I didn't write here..I stopped writing for a while for some reasons...

05022014

Hari ini kenalan yang juga saya anggap seperti adik lelaki telah melalui satu perubahan besar dalam hidupnya.  Tang Chee Chiang kini adalah Shakir Tang Chee Chiang.
Syukur Alhamdulillah...Allahuakhbar..
Rahmat dan hidayahnya telah 'melahirkan' Shakir pada hari ini.

Entah kenapa hati saya terasa sayu saat dikhabarkan tentang perkara ini. Bersyukur, gembira, sayu semuanya ada. Mungkin sebab ianya melibatkan perkara yang sangat besar dan mungkin juga kerana ianya melibatkan orang yang dekat dengan saya. 

Bukan mudah bagi anak muda seperti Shakir untuk membuat keputusan menukar agama. Saya kagum dengan tekad hatinya. Syukur dengan hidayah Allah padanya. Semoga perkara ini membawa seribu keberkatan dalam kehidupan Shakir dan keluarganya.

#feelhappyforShakir



05022014

Hari ini sepatutnya ulangtahun perkahwinan saya dan Ijam yang ke-9. Biarpun kami tak dapat raikannya bersama lagi namun itu bukan isunya. Apa yang lebih penting adalah ingatan, kasih sayang dan keikhlasan cinta antara kami. 

Kami hanya sempat meraikan ulangtahun perkahwinan kami sebanyak 4 kali sahaja. Ianya kenangan terindah dalam hidup saya. Syukur diberi peluang untuk merasai pengalaman sebagai isteri walaupun cuma seketika.
Berapa lama bukan ukurannya..yang lebih penting adalah nilai kenangan yang tersemat. 

Saya dan Danish semakin biasa dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu saya jatuh tersungkur dan menjadi sangat lemah untuk meneruskan kehidupan, kini langkah kaki saya semakin tersusun. Walaupun masih belum mampu untuk berlari tapi sekurang-kurangnya tidak lagi jatuh tersungkur. Saya perlu kuat demi untuk menjadi mama dan juga papa kepada Danish..

#awakkenanganterindah


Ya Allah...kasih sayangMu sangat luas dan tak tercapai dek akal manusia seperti kami. Kami redha dengan segala aturan Qada dan Qadr Mu..Engkaulah Yang Maha Bijaksana dan sebaik-baik pengatur. 


Thursday, November 14, 2013

10 Muharram










Esok 10 Muharram..
Cepatnya masa berlalu..
Macam baru sambut awal Muharram sekarang dah tiba hari kesepuluh.

Banyak kisah dan sejarah Islam yang terjadi pada 10 Muharram. Kisah yang menarik dan baik untuk kita tahu. Saya kongsikan di sini beberapa sejarah Islam yang berlaku pada 10 Muharram. Semoga ianya menambah ilmu kita semua. 

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/11/niat-puasa-sunat-asyura-10-muharram.html#ixzz2kXkstaiM



Selamat menyambut Hari Asyura dan Selamat berpuasa!





Monday, October 21, 2013

2 minit....











2 minit..

Macam iklan mi segera popular pulak kan...sebenarnya saya bukan nak cerita pasal mi segera pun.

2 minit tu ayat permintaan kegemaran Danish, terutamanya bila waktu pagi.

Emak : Bangun mandi Danish..hari ini kena sekolah..
Anak : Pukul berapa ni Ma?
Emak: 6.15 dah ni.. cepatlah bangun
Anak: Ok2...2 minit je lagi Ma..please...
Emak: Ok..2 minit je 

6.20 pagi..

Emak : Bangun la sayang...dah pukul 6.20 da ni..tadi kata 2 minit je kan..
Anak : 2 minit lagi adik bangun..please..please..please..mata adik tak boleh buka
EMak: Janji 2 minit je lagi
anak : Iye...2 minit je..

6.25 pagi..

Mama: Danish..bangun mandi..
Anak: 2....
Emak : Takde 2 minit lagi dah..bangun sekarang...
Anak: Bukan nk cakap 2 minit la..nk cakap dah 2 kali da adik jawab iye dah bangun..Mama ni main potong je cakap orang... (bangun terus capai tuala )
Emak: Aikk..aku juga yang salah?????

2 minit mendenya kalau dah jadi 10 minit...

Tiap-tiap hari dialog yang sama dia ulang...2 minit...2 minit...
Bukan dia tau pun lama mana 2 minit tu..janji dapat bertempoh..:)

Saya dapat tips ni dari blogger yang lain. 
Semoga ianya bermanfaat

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa. 

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
   
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.”

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
 
 Nota: Kredit utk http://viniyamey.blogspot.com 
 
 

Monday, October 7, 2013

Terima Kasih...I'm soooooo happy!










Mudahnya Menjemput Rezeki..buku terbaru yang mencuit hati saya untuk memilikinya.

Sudah 2 minggu saya bertanya di MPH @ Taman Universiti tapi masih belum ada stok. Tak mengapa, saya akan sabar menunggu.

Ketentuan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan manusia. Allah tangguhkan saya dari membeli buku ini untuk suatu sebab yang tidak disangka-sangka : saya mendapat buku ini secara percuma. 
It is a gift from my sister - Norhaszwa..TQ so much dear!

Perasaan saya menggebu2 nak baca buku ni. Saya tahan dulu sebab kena baca buku and nota untuk test esok..Lepas test esok baru boleh baca buku ni..

I'm so excited to start reading the book.



Friday, September 6, 2013

Digigit Lipan


Saya digigit lipan pagi ini!!! Sakit....

Kecoh rumah ini pukul 5 pagi. Saya terasa sakit sangat di bawah bibir. Saya terus bangun dan tengok cermin tapi takde apa-apa pun. Takde kesan apa2 tapi sakit dan bisa dah mula terasa. Tak tahu apa punca tapi saya cepat-cepat alihkan tempat tidur Danish. Saya rasa mungkin labah-labah ataupun penyengat. Saya selak bantal, comforter takde apa2. Saya selak selimut bawah kaki - lipan besar hitam kemerah-merahan dengan panjang lebih 15cm ada kat situ. Sah saya digigit lipan. Cepat2 saya capai pasu bunga mak dan bunuh lipan tu. Dia pun gerak lambat sikit sebab licin tiles agaknya.

Rasa berdenyut kat bibir dah semakin terasa. Masyaallah sakitnya susah nak digambarkan. Elok pulak gigit di bawah bibir. Terasa bisa sampai ke gusi dan pipi. Mak suruh minum air banyak2 dan sapu minyak gamat. Danish terkejut bila tahu saya digigit lipan..dia pula yang menangis. Bibir saya semakin membengkak. Lepas solat subuh saya terus ke hospital - emergency bay. Masa tu bibir dah bengkak. Kalah bibir Angelina Jolie..hihihihi..

Dr bagi 2 injection. 1 bawah bibir utk susut bengkak dan 1 lagi untuk pain killer..Dr pun tanya besar mana lipan tu sampai bengkak macam ni...memang bengkak sangat masa tu..terasa tegang, terjuih macam nak jatuh je bibir saya..:(

Hari ini Allah bagi mulut saya rehat. Rehat makan, rehat bercakap rehat tak payah keluar2 rumah..hihihi

Lebih kurang macam ni la lipan yg gigit saya..tapi ni bukan gambar sebenar la..


Wednesday, August 21, 2013

Hamster Oh Hamster

Assalamualaikum dan Salam Syawal

Syawal sudah pun hampir 2 minggu berlalu..kuih raya, baju raya, duit raya semuanya dah simpan..hehehe..

Danish dapat kumpul banyak juga duit raya..Alhamdulillah, rezeki Ramadhan berpanjangan hingga Syawal..dia ada hajat sendiri dengan duit raya dia tu. Bersungguh dia nak beli hamster..setiap kali lalu depan petshop mesti ajak usha hamster sekali dengan rumah dan gajet2 hamster yang lain.

Dia mula minat dengan hamster bila roomate saya kat UTM tu bela. Dia dah siap ambil short course dengan Kak Ikin (roomate saya) on how to take care the hamster..

Saya berkira-kira sungguh nak belikan dia hamster. Saya tak suka sangat dengan haiwan berbulu. Lagi la hamster tu kan kaum kerabat tikus. Bimbang juga dengan air kencing tikus tu kan. Dia pun bukan berani sangat nak pegang. Nanti saya juga yang kena cuci dan uruskan hamster tu..

Bila tanya berani ke nak pegang, mandikan hamster tu nanti, dia kata beli dulu baru tengok adik berani ke tak..erkkk???....Habis tu, kalau dia tak berani sape nak mandikan??? akuuuuuuu...jugak!


Hamster pujaan hati Danish


Tuesday, July 23, 2013

Indahnya Ramadhan: Jemputan Iftar

14 Ramadhan 1434H

Semalam saya dan Danish mendapat jemputan iftar anjuran syarikat HALALPRO Trading & Services. Ianya program berbuka puasa dan program meraikan anak-anak yatim di sekitar kawasan Pontian.

Sebelum ini, hanya sekali kami pernah dijemput ke majlis iftar mahupun sumbangan untuk anak-anak yatim iaitu dalam tahun 2009. Program atas inisiatif Prof Kamil sebagai Pengarah UiTM Johor pada masa itu. Itulah kali pertama dan terakhir kami dijemput untuk program seumpama itu di UiTM Johor. 

Pengalaman kali pertama itu menerbitkan 1001 perasaan dalam diri saya. Pada masa itu, Danish baru berusia 3 tahun dan kali pertama menyandang gelaran anak yatim. Apalah sangat yang dia faham. Apa yang pasti, sampai sekarang dia masih ingat sumbangan yang diberikan. Dia akan kata "Atuk Prof bagi kasut raya kat masjid UiTM Mama.."

Tahun ini tahun kelima kami beraya tanpa Ijam. Bila dijemput untuk program sebegitu, saya lebih rasional dan tenang. Itu adalah kenyataan hidup, suka atau tidak saya kena terima dan redha. Jangan banyak bersoal jawab dengan takdir Allah. Lebih baik kalau berfikir dan mencari maksud tersirat di sebalik kejadian itu. Berada di dalam majlis sebegitu membuatkan saya merasa 1000 kali lebih baik berbanding dengan insan lain yang yatim piatu seawal usia 4 tahun. Nenek yang dimamah usia menjadi pengganti ibu dan bapa. Sayu!

Majlis iftar semalam sangat ringkas dan fokus. Tujuan utama adalah majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan. Ianya tiada ucapan berjela-jela. Hanya tazkirah ringkas dan doa iringan. Tetamu kehormat yang dijemput bersama-sama dengan anak-anak yatim. Tiada karpet merah, tiada juadah gred A untuk tetamu kehormat. Mereka tidak membeza-bezakan antara VIP dengan anak-anak yatim.

Senario yang jarang sangat saya jumpa dalam mana-mana majlis iftar kalau ada VIP. Terasa dihargai oleh penganjur. Terasa juga keikhlasan penganjur kepada golongan seperti kami.

Terima kasih kepada En Shamsuddin Jaafar, Pengarah Urusan HALALPRO Trading & Services atas jemputan dan ingatan kepada anak-anak yatim seperti Danish. Semoga rezeki tuan dirahmati dan diberkati Allah sentiasa. Insya Allah.




Saturday, July 20, 2013

Indahnya Ramadhan: Tradisi Munjung

11 Ramadhan 1434H

Munjung adalah tradisi masyarakat Jawa. Sejak kecil lagi saya dah biasa dengan tradisi ini. 

Munjung ni sebenarnya set nasi (nasi + beberapa lauk) yang kita sediakan dan hantar ke rumah saudara-mara dan jiran2..Biasanya yang muda akan hantar kepada keluarga yang lebih tua. Ianya simbolik kepada tanda penghormatan antara yang tua dengan yang muda. Juga sesama jirang tetangga. Lauk-pauk tu nanti boleh la dijadikan juadah berbuka puasa. 

Kalau dulu, munjung ni akan dibuat sehari sebelum raya (hari terakhir puasa). Jadi, selain bersedekah makanan berbuka puasa ianya juga akan menjadi lauk di pagi raya. Ianya menjimatkan kos. Maklumlah, orang dulu-dulu kan ekonominya agak rendah. Kenalah belanja berhemah. 

Amalan tu, adakalanya berakhir dengan pembaziran sebab banyak sangat lauk yang diterima dalam satu masa. Mana terlarat nak dihabiskan. Jadi ada lauk-lauk yang berkemungkinan akan dibuang sebab dah basi. Elok-elok niat tu nak bersedekah dah jadi membazir pula.

Sekarang ni, masyarakat di kampung saya lebih rasional. Tradisi ini diberikan nafas baru. Munjung dibuat lebih awal, seawal minggu pertama berpuasa. Ianya semakin rancak apabila tiba hujung minggu. Mungkin ibu bapa mengambil peluang anak cucu balik kampung berbuka bersama agaknya. Lauk-pauk pun takdelah banyak sangat kita terima. Masih boleh dihabiskan dan mengelakkan pembaziran. 

Ianya tradisi unik masyarakat Jawa yang perlu diteruskan dan disesuaikan dengan perubahan masa dan keadaan.

Best tau duduk dengan masyarakat jawa..chewah!..hihihi

JAWA WORLD!..


Friday, July 19, 2013

Indahnya Ramadhan: Kuih Raya Baru


Ramadhan tahun ini, saya ada kuih raya baru - GOLDEN COOKIES

Ini memang pertama kali try resepi ni dan berjaya!

Ini bukan cakap2 kosong tau. 100% daripada 11 respondent setuju yang biskut ni sedap, rangup and 2 thumbs up! 
Yes!Yes!Yes...

Bertambah 1 lagi kuih raya dalam senarai jualan saya....:)


Biskut terbaru untuk tahun 2013- Golden Cookies


Thursday, July 18, 2013

Indahnya Ramadhan: Solat Tarawikh

Sehingga post ini ditulis, kami (saya, Aza & Kak Ila) masih belum ponteng solat Tarawikh lagi. Kami berjemaah di rumah sebab ada budak kenit 2 orang yang nak kena duk umah buat homework. Anne (adik saya) dapat join sehari je. Hari kedua dah dapat surat cuti..hehehe..Danish pergi solat kat masjid kalau takde homework je sebab kalau tidak, dia ada masalah buat homework dengan mata terpejam..:) + airmata sekali.

Setakat ini kami konsisten bertarawikh walaupun ada masa-masanya berpasir je mata ni masa sedang solat..berbalam-balam je mata tengok sejadah..hehehe..
Azam kami untuk terus konsisten sampai akhir Ramadhan nanti walaupun hujung-hujung Ramadhan nanti akan berperang siapkan tempahan kuih raya.

Seronok bila bersolat sama-sama ni..selain dapat merapatkan ikatan dan kasih sayang sesama kami, kadang-kadang ada juga aksi-aksi yang kelakar dan terlampau dalam melawan penyakit mengantuk..hihihihi...

Selamat bertarawikh semua!



  

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

1 Ramadhan 1434

Syukur Alhamdulillah..

Hari ini dapat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Tahun ini kami berdua berpuasa di rumah Abah. Bersahur dan berbuka beramai-ramai. Kebiasaannya tahun-tahun sebelum ini saya dan Danish bersahur dan berbuka berdua sahaja. Tahun ini dapatlah bertarawikh beramai-ramai. Danish pun dapat ikut Abah ke masjid.Sesuatu yang dia tak dapat kalau kami di Segamat.

Projek bisnes kuih raya pun saya on juga tahun ni. Lagipun sedang cuti semester. Bolehlah cover kos betulkan hero jepun saya selalu sakit kebelakangan ini..:) InsyaAllah..

Hari pertama puasa, setakat jam 10.00 pagi ni, Danish masih lagi bertahan tapi tak tahulah apa drama dia menjelang petang nanti. Harap-harap dia tak banyak hal.

Saya sediakan juga log puasa untuk bagi semangat untuk berpuasa. Seronok dia nak tunggu sampai berbuka supaya dia boleh tandakan log puasa dia tu.hihihii..inisiatif murah dan mudah untuk galakkan dia berpuasa.

Handmade log puasa untuk Danish
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam..sama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pengisian yang sewajarnya.. 

Wednesday, May 22, 2013

Kini 4 Tahun

22 Mei 2009 - 22 Mei 2013

Bismillahirrahmanirrahim....

Tik tok tik tok...masa berlalu tanpa menunggu
Tanpa sedar sudah empat tahun masa berlalu
Empat tahun dulu, di pagi hari Jumaat, saya pasrah dengan apa jua yang bakal terjadi
Saat dikhabarkan masa awak semakin suntuk, masa untuk awak pulang semakin hampir
Saya tidak tahu apa yang perlu saya kata
Saya gagahkan jiwa, duhai airmata janganlah kau jatuh
Saya perlu redha untuk mudahkan 'perjalanan' awak
Bertemu dengan Yang Maha Esa

Saya redha andai itu takdirNya
Saya redha andai itu yang terbaik untuk awak
Sememangnya itu doa saya padaNya selalu
Doa agar Allah berikan yang terbaik untuk awak
Hatta sekalipun saya akan kehilangan awak untuk selamanya
Andai itu yang terbaik, saya redha dan pasrah
Saya yakin DIA Maha Mengetahui 

4 tahun sudah saya 'pulangkan' awak pada yang berhak mutlak
4 tahun saya menjadi papa dan mama pada buah hati kita..
Perjalanan hidup saya menjadi tempang, langkah kaki terasa sumbang
Hampir juga saya rebah tersungkur dan mengalah
Terasa sungguh kehilangan awak
Bukan mudah untuk saya lalui semuanya 
Berjuang melawan hati dan perasaan
Menahan rindu yang menyesakkan dada
Meladeni pertanyaan anak kita tentang awak
Dia anak kecil yang tidak mengerti apa-apa tentang pemergian awak
Pergi yang tak akan kembali..untuk selamanya

Saya kini semakin terbuka dengan takdir saya
Ada ketikanya kata-kata dan perlakuan sekeliling membuatkan saya rendah diri
Berjauh hati dan terhiris juga perasaan
Ada waktunya saya merasa terasing dari orang lain
Namun saya tempuh jua itu semua
Saya tiada pilihan lain
Air mata usah dikira..bisa tumpah bila-bila masa 
Tatkala terkenang dan menyingkap kisah kita

Biarpun sudah 4 tahun lamanya awak tinggalkan saya
Namun tidak satu pun tentang awak yang saya lupa
Saya masih mampu mengingati kata-kata yang pernah awak ucap pada saya
Gurau senda awak,,,ketawa awak...suara awak
Semuanya masih kekal lekat dalam ingatan saya
Banyak 'diri awak' dalam diri anak kita
Satu-satunya peninggalan awak buat saya yang paling berharga

Walaupun saya semakin boleh menerima ketiadaan awak
Tidak bermakna saya semakin melupakan awak
Awak lelaki yang memartabatkan saya menjadi isteri dan ibu
Awak lelaki yang menerima saya seadanya
Kelemahan saya mengatasi kelebihan, namun awak tetap terima
Terima kasih saya pada awak tak akan pernah cukup untuk itu.

Doa saya dan adik sentiasa mengiringi awak 
Dan InsyaAllah ianya akan terus begitu dan berpanjangan
Kasih sayang dan kebaikan awak pada saya dan adik akan tetap saya kenang
Tidak ternilai dengan apa jua pun

Saya berharap sangat untuk dapat sampaikan rasa hati saya pada awak
Untuk dengar suara awak lagi
Untuk dapat dipinjamkan awak lagi
Tetapi mana mungkin ianya berlaku
Mengenangkan kenyataan itu, sesak dada dan nafas saya

Ya Allah Ya Rabbi...Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih
Ampunkan dosa-dosa suamiku Ridzam bin Zainol
Rahmati dan redhailah dia Ya Allah
Tempatkan suami di dalam golongan yang Engkau kasihi dan rahmati
Berikan suamiku kerehatan yang nyaman
Luaskan, lapangkan dan terangilah kuburnya Ya Allah
Masukkan suamiku ke dalam Syurgamu dengan rahmatMu Ya Allah
Masukkan suamiku ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab yang Allah..
Temukanlah kami semula di dalam syurgamu nanti Ya Allah..
Aku bermohon padaMu Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun..

Amin Ya Rabbal Alamin..

catatan dari hati untuk satu-satunya suami saya : Allahyarham RIDZAM BIN ZAINOL


Saturday, May 18, 2013

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum...

Hampir Selesai 

Sudah lebih sebulan bercuti menulis di sini. Fokus dulu pada assignments dan presentations yang bersambung-sambung dan bertali arus. Sampai kadang2 tunggang terbalik jadual hidup saya...:)

Alhamdulillah, saya sudah hampir sampai ke penghujung semester. Kuliah hanya berbaki seminggu sahaja lagi. InsyaAllah, saya akan menduduki peperiksaan akhir mulai 5 Jun nanti...

Sedar tak sedar 1 semester akan berakhir tak lama lagi. Syukur saya masih mampu berdiri teguh walau ada kalanya hampir juga mengalah. Perjalanan yang sukar di awalnya kini nampak lebih mudah dan jelas.

Pertolongan Allah, keluarga dan rakan-rakan banyak membantu dan menguatkan semangat saya untuk meneruskan perjalanan ini. Syukur Alhamdulillah.

Semoga saya berjaya sampai ke penghujung perjalanan dengan jayanya!


Ujian

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.

11/5 saya ke Shah Alam untuk majlis konvokesyen Zara (adik). Niat di hati nak jumpa Bob yang konvo sama hari itu. Malam 10hb, saya terima berita tentang kematian bapa Bob...Innalilllah...Maknanya tak dapatlah nak jumpa Bob 11hb tu..

Ianya satu senario ujian Allah yang didatangkan dalam situasi yang berbeza. 

Zara diuji dengan kegembiraan -konvokesyen manakala Bob diuji dengan musibah dan kesedihan.Ianya situasi yang berbeza namun tujuannya sama - sejauh manakah kita bersyukur dengan pemberiannya dan bersabar dengan ujian yang diberikan.

Tahniah kepada Zara atas kejayaan menamatkan pengajian Master. Semoga ianya tidak menimbulkan rasa ujub dan riak dalam diri dan lebih bersyukur.

Tahniah juga pada Bob. Susah payah selama ini dah terbayar. Semoga tenang dan redha dengan segala ketentuan Allah..

Sunday, April 14, 2013

Minat Baru

Semenjak duduk kampung ni, timbul pula minat baru. Minat menjahit manik kena rest dulu sebab assignment berderet-deret. Setiap kali fikir pasal assignment, tak lena tidur rasanya.

Sekarang saya berminat nak bercucuk tanam pulak. Nak tanam sayuran yang mudah macam bayam, sawi dan bendi. Selain dapat jimatkan duit belanja, dapat gak keluarkan peluh.. rileks kejap daripada bayangan ngeri assignment dan group project yang tak setel2 lagi...:(

Sekarang sedang dalam fasa pertama - membersihkan kawasan. Ada kawasan lapang sebelah umah mak ni, boleh la dimanfaatkan daripada biar je tumbuh lalang. Bila ada waktu lapang, kami yang sukarela akan sama-sama bersihkan, menajak rumput dan membakar sampah. Seronok pula tengok kawasan tu dah lapang dan bersih. Lepas ni, fasa seterusnya ialah buat batas dan beli biji benih..setakat ni ada la 2,3 batang batas yang under construction..hehehe. Bila nak siap buat batas pun tak tahulah...Lepas batas dah siap, boleh la mula tanam sawi ke bayam ke. Tak sabar nak tanam pokok dah sebenarnya. Tak sabar nak rasa hasil tanaman sendiri..Insya Allah...

Saya sasarkan cuti semester Jun nanti, projek tanaman saya ini akan selesai...so excited! Can't wait to see the result..

Moto yang sedang diguna pakai buat masa ini : Let's go green..hehehe...





kawasan yang baru dibersihkan



batas yang sedang dalam pembinaan..:)


.