Wednesday, February 5, 2014
Hari Istimewa
Here I am...writing again..It has been months I didn't write here..I stopped writing for a while for some reasons...
05022014
Hari ini kenalan yang juga saya anggap seperti adik lelaki telah melalui satu perubahan besar dalam hidupnya. Tang Chee Chiang kini adalah Shakir Tang Chee Chiang.
Syukur Alhamdulillah...Allahuakhbar..
Rahmat dan hidayahnya telah 'melahirkan' Shakir pada hari ini.
Entah kenapa hati saya terasa sayu saat dikhabarkan tentang perkara ini. Bersyukur, gembira, sayu semuanya ada. Mungkin sebab ianya melibatkan perkara yang sangat besar dan mungkin juga kerana ianya melibatkan orang yang dekat dengan saya.
Bukan mudah bagi anak muda seperti Shakir untuk membuat keputusan menukar agama. Saya kagum dengan tekad hatinya. Syukur dengan hidayah Allah padanya. Semoga perkara ini membawa seribu keberkatan dalam kehidupan Shakir dan keluarganya.
#feelhappyforShakir
05022014
Hari ini sepatutnya ulangtahun perkahwinan saya dan Ijam yang ke-9. Biarpun kami tak dapat raikannya bersama lagi namun itu bukan isunya. Apa yang lebih penting adalah ingatan, kasih sayang dan keikhlasan cinta antara kami.
Kami hanya sempat meraikan ulangtahun perkahwinan kami sebanyak 4 kali sahaja. Ianya kenangan terindah dalam hidup saya. Syukur diberi peluang untuk merasai pengalaman sebagai isteri walaupun cuma seketika.
Berapa lama bukan ukurannya..yang lebih penting adalah nilai kenangan yang tersemat.
Saya dan Danish semakin biasa dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu saya jatuh tersungkur dan menjadi sangat lemah untuk meneruskan kehidupan, kini langkah kaki saya semakin tersusun. Walaupun masih belum mampu untuk berlari tapi sekurang-kurangnya tidak lagi jatuh tersungkur. Saya perlu kuat demi untuk menjadi mama dan juga papa kepada Danish..
#awakkenanganterindah
Ya Allah...kasih sayangMu sangat luas dan tak tercapai dek akal manusia seperti kami. Kami redha dengan segala aturan Qada dan Qadr Mu..Engkaulah Yang Maha Bijaksana dan sebaik-baik pengatur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment