A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 18, 2013

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum...

Hampir Selesai 

Sudah lebih sebulan bercuti menulis di sini. Fokus dulu pada assignments dan presentations yang bersambung-sambung dan bertali arus. Sampai kadang2 tunggang terbalik jadual hidup saya...:)

Alhamdulillah, saya sudah hampir sampai ke penghujung semester. Kuliah hanya berbaki seminggu sahaja lagi. InsyaAllah, saya akan menduduki peperiksaan akhir mulai 5 Jun nanti...

Sedar tak sedar 1 semester akan berakhir tak lama lagi. Syukur saya masih mampu berdiri teguh walau ada kalanya hampir juga mengalah. Perjalanan yang sukar di awalnya kini nampak lebih mudah dan jelas.

Pertolongan Allah, keluarga dan rakan-rakan banyak membantu dan menguatkan semangat saya untuk meneruskan perjalanan ini. Syukur Alhamdulillah.

Semoga saya berjaya sampai ke penghujung perjalanan dengan jayanya!


Ujian

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.

11/5 saya ke Shah Alam untuk majlis konvokesyen Zara (adik). Niat di hati nak jumpa Bob yang konvo sama hari itu. Malam 10hb, saya terima berita tentang kematian bapa Bob...Innalilllah...Maknanya tak dapatlah nak jumpa Bob 11hb tu..

Ianya satu senario ujian Allah yang didatangkan dalam situasi yang berbeza. 

Zara diuji dengan kegembiraan -konvokesyen manakala Bob diuji dengan musibah dan kesedihan.Ianya situasi yang berbeza namun tujuannya sama - sejauh manakah kita bersyukur dengan pemberiannya dan bersabar dengan ujian yang diberikan.

Tahniah kepada Zara atas kejayaan menamatkan pengajian Master. Semoga ianya tidak menimbulkan rasa ujub dan riak dalam diri dan lebih bersyukur.

Tahniah juga pada Bob. Susah payah selama ini dah terbayar. Semoga tenang dan redha dengan segala ketentuan Allah..

No comments: