Semalam saya berjaya khatam Al-Quran. Saya merasai sesuatu yang saya rasa 'suatu masa' dulu. Sesuatu perasaan yang saya rasa sewaktu pertama kali khatam.
Saya mengambil masa 13 bulan untuk khatam senaskah Al-Quran sedangkan suatu masa dulu saya boleh khatam 2 kali dalam 13 bulan. Suatu masa ketika saya masih belum pun 9 tahun. Masih anak kecil tetapi boleh taat mengaji setiap hari tanpa ada apa-apa bantahan. Tidak pernah merungut ataupun terpaksa. Teringat kawan2 yang sama2 belajar mengaji. Setiap hari selepas sekolah agama di sebelah petang kami akan terus mengaji di rumah Wak Arip sehingga waktu Asar. Wak Arip bukanlah guru mengaji yang menyenangkan. Rotan sebesar jari kelingking orang dewasa dengan panjangnya hampir semeter sentiasa dalam tangan. Dia akan melibas rotan di lantai rumah papannya setiap kali kami malas untuk membaca atau mengacau rakan2 yang lain. Libasan itu walaupun bukan atas tubuh kami cukup untuk membuatkan kami kecut perut. Kadang2 sampai menangis dibuatnya. Belum lagi beliau menjegilkan mata setiap kali kami tersalah tajwid atau sebutan huruf. Cepat2 saya tunduk memandang lantai. Pandangan matanya sangat menakutkan. Ada kalanya saya membaca Al-Quran dengan mata berpasir dek air mata...:)
Saya sungguh terhutang budi pada arwah. Beliau mengajar saya mengenal huruf pertama Muqaddam hingga saya khatam lebih dari 5 kali dalam umur belumpun mencapai 9 tahun.
Saya yang kini bukan lagi anak kecil dan boleh berfikir sendiri hanya mampu khatam setelah lebih setahun. Mungkin kerana tiada rotan atau jegilan mata dari Wak Arip. Juga kerana lalai dengan nikmat yang diberikan sehingga membaca Al-Quran dijadikan perkara sampingan dengan peruntukan masa yang sangat terhad.
Kalau dulu, dalam umur baru 7 tahun, jadual saya sangat padat. Ke sekolah kebangsaan seawal jam 7.00 pagi dengan berbasikal sejauh lebih 7km. Tamat sesi sekolah kebangsaan terus menyambung ke sekolah agama dari jam 2.00 hingga 3.30 petang. Kemudian terus mengaji hingga hampir ke pukul 5. Lepas tu boleh lagi sambung bermain 'rounders' ke belon acah dengan kawan2 sampailah azan Maghrib.
Kesibukan yang sama saya lalui sekarang. Sibuk dari pagi hingga ke petang. Kadang2 membawa sampai ke malam. Bezanya, dulu saya punya masa yang spesifik untuk membaca Al-Quran sedangkan sekarang slot membaca Al-Quran akan diselitkan hanya jika ada masa yang lapang.
Sesuatu yang perlu difikirkan dan diperbetulkan sementara saya masih diberi masa dan peluang olehNya.
2 comments:
Salam Pn.Jaja,
Di kedai buku ada terjual al-Qur'an kecil siap dengan makna. Mudah untuk dibawa ke mana2, maka boleh dibaca bila2, di mana jua :).
Masa yang paling mudah untuk kita capai al-Qur'an dan membacanya adalah selepas solah maghrib (itu yang biasa saya buat). Wallahhua'lam. Semoga al-Qur'an menjadi tatapan kita setiap hari.
Ros
plyntudSalam Ros..
TQ berkongsi ilmu..kadang2 kita salahkan masa sedangkan kita yg sepatutnya menguruskan masa kan..:)
Post a Comment