A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, October 20, 2010

Hilang

Saya kehilangan handphone Nokia Ijam yang kini saya gunakan. Puas mencari dalam kereta dan handbag tapi tak jumpa. Memang sah hp tu hilang. Saya hanya perasaan pada petang Selasa selepas habis Program META-7 di Grand BlueWave JB. Seingat saya selasa pagi saya gunakan hp tu di tepi kolam renang dan terus checkout. Sama ada saya tercicir di kolam renang ke saya tak pasti. Saya tak boleh ingat kronologi yang memungkin saya tercicirkan hp tu dimana-mana. Pihak hotel pun dah maklumkan takde hp tu tercicir di bilik hotel...:(

Bukan rezeki saya hp tu. Tapi saya terkilan sangat sebab dalam hp tu banyak gambar2 kenangan terakhir saya dan Ijam. Paling saya sayang gambar Ijam sehari sebelum dia meninggal. Silapnya saya tak simpan gambar tu dalam laptop. Sudahnya, ia hilang macam tu aje. Memang tipislah harapan nak dapat balik hp tu. Saya pun tak tahu dah macam mana nak dapat balik hp tu.

Tapi Saya masih berharap dan berdoa agar Allah lembutkan hati orang yag mengambil tu untuk pulangkan balik. Allah berkuasa atas segalanya. Kalau tak pulangkan balik hp tu, pulangkan memory card tu je pun jadilah...

Saya betul2 berharap!




1 comment:

Bonda Hikmah said...

Saya pernah mengalami perkara yang sama Puan Jaja.. di dalam hp saya tu ada beratus-beratus mesej dari seorang insan yang paling bermakna dalam hidup saya. Menangis airmata darah mungkin ianya tak akan kembali ke tangan saya semula kerana sebab kehilangan itu amatlah tidak terjangka. So apa saya buat? Saya ubah persepsi saya tentang hp itu. Saya pujuk diri saya dan katakan pada diri saya.. walaupun saya tak mampu memegang/menggenggam ia lagi.. walaupun saya tak mampu menatap teks mesej itu lagi tapi apa yang tertulis telahpun terpahat kejap dimemori saya. Umpama kata " try kita pejam mata rapat2.. cuba bayangkan awan.. masihkah kita nampak awan itu?".. fahamkan apa maksud saya? Hehehhe...