Ketika sedang marah, lidah dan mulut yang selalunya sopan dan manis akan menjadi terlalu lancang berbicara. Hilang terus pertimbangan dan adab sopan. Terhambur semua kata2 yang mungkin boleh memuaskan hati yang sedang marah. Tidak langsung memikirkan buruk baik dan perasaan orang yang dihambur.
Namun sebenarnya ketika sedang marahlah kita menjadi diri kita yang sebenar. Akhlak baik dan sifat terpuji terpadam hanya dengan satu perasaan marah yang tidak terkawal. Maka rupa dan akhlak sebenar kita terserlah ketika itu. Lihatlah rupa kita di cermin ketika sedang marah, dan kita akan sedar betapa buruknya rupa kita pada waktu itu!
Memang bukan mudah mengawal kemarahan kerana ketika sedang marah seluruh urat saraf kita diresapi dengan hasutan dan bisikan syaitan yang mahukan kita saling sakit menyakiti. Kita boleh menyakiti hati orang lain asalkan hati kita puas dengan marah yang dilepaskan tetapi sakitnya hati dan tergurisnya rasa orang yang dimarah itu akan kekal begitu. Luka itu mungkin boleh sembuh tetapi parutnya kekal - mungkin untuk selamanya.
Berfikir sebelum marah..bolehkah???....
3 comments:
kadang-kadang. Cuma kalau marah tu rutin.
how about u?
Saya pun pernah kene marah ngan awak...mmg betul shock..persepsi saya pada awak terus berubah. Do see your true color?..hati ni masih lagi terasa, mengenangkan air muka waktu tu pun dan jatuh..al maklum kene marah ngan awak depan org...
adatnya jarang sekali kita akan mengaku salah...selagi boleh kita akan menafikan kesalahan kita di mata org sebaliknya berusaha meletakkan salah itu di pihak satu lagi...mungkin berfikir sblm membuat org lain marah pun perlu...?
Post a Comment