A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 2, 2010

Beraya Di Mana??

Hari Raya semakin hampir. Ramai yang sudah mula bercuti minggu hadapan. Balik kampung sendiri atau kampung mentua - semuanya sudah dirancang seawal mungkin.

Saya terbaca satu kisah konflik rumahtangga di dalam sebuah majalah tempatan. Konflik berlaku disebabkan masalah menentukan giliran balik kampung untuk berhari raya.

Si suami meluahkan rasa kecewa dan tidak puashati kerana sudah 8 tahun tidak pernah balik beraya di rumah orang tuanya. Saban tahun si isteri akan meminta untuk beraya di kampungnya jika tidak, perang besar dan mogok akan dijalankan. Si suami terpaksa beralah dan ianya berlaku setiap tahun selama 8 tahun. Tahun lalu, beliau bertekad untuk beraya bersama keluarganya tidak kiralah sama ada isteriya bersetuju atau tidak. Konflik berterusan dan akhirnya berlaku perceraian.

Alahai...tidak berbaloi rasanya bercerai hanya kerana sebab yang remeh. Hari Raya yang cuma 2-3 hari menyebabkan masa depan yang jauh lebih panjang berantakan. Bila sudah bercerai-berai, banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan...masalah nafkah anak-anak, hak penjagaan dan macam2 lagi.

Saya terdetik di dalam hati kenapa isu yang remeh itu boleh menjadi punca perceraian. Ianya menggambarkan seolah-olah institusi kekeluargaan semakin goyah. Silap sikit sahaja pun boleh bercerai-berai.

Saya bersyukur kerana isu balik kampung siapa untuk berhari raya tidak pernah menjadi masalah besar antara saya dan Ijam. Kami mengikut sistem giliran kerana jarak yang jauh - Johor & Kelantan. Masing-masing faham giliran kampung mana pada tahun itu. Dan saya secara peribadi tidak kisah sangat di mana kami beraya yang paling penting saya beraya bersama dia. Bunyinya macam tidak logik tetapi itulah hakikatnya. Saya gembira beraya di mana pun asalkan bersama suami saya.

Hari Raya adalah hari untuk kita bergembira. Berbincang dan bermuafakatlah dalam mencapai keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Apa yang penting semua orang bergembira di hari yang mulia.




3 comments:

Anonymous said...

Salam puan sya ingin mengucapkan eid mubarak kepada puan dan adik Danish..selamat hari raya aidilfitri..Dilla

Ahmad Nawawi Yaakob said...

selamat hari raya n maaf zahir dan batin..

mamadanish said...

Salam Dilla: Terima kasih. Salam Aidilfitri untuk Dilla dan keluarga. Semoga Aidilfitri memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada Dilla.

Salam Ustaz: Selamat Hari Raya untuk Ustaz dan keluarga. Maaf Zahir & Batin.