A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, September 7, 2010

"Ini semua salah mama"....

Hanya tinggal lebih kurang 2 hari sahaja lagi Aildilfiri akan menjelma. 2,3 hari kebelakangan ini bandar Segamat terasa menjadi sangat sibuk. Pasaraya sentiasa penuh sehinggakan nak mencari tempat letak kereta pun terpaksa berpusing banyak kali. Mungkin masih ada lagi persiapan raya yang belum selesai. Segamat ni jarang sangat sibuk kecuali musim-musim perayaan. Anak-anak yang di kota mungkin sudah mula balik ke kampung agaknya. Saya seboleh mungkin mengelak untuk keluar ke bandar sebab malas nak menempuh 'jam' di Segamat. Waktu-waktu macam ni barulah ada istilah 'jam' di Segamat. Itupun saya terasa lemas apatah lagi kalau setiap hari begitu..tak larat rasanya nak tempuh.

Menjelang hari raya ni Danish demam. Seluruh badan dan muka menjadi kemerah-merahan dan berbiji-biji kecil ditambah dengan gatal yang merata. Sepanjang hari dia menggaru badannya. Saya jangkakan dia terkena demam campak. Bila ke klinik doktor maklumkan Danish allergy tapi tak pasti pula allergy apa. Boleh jadi makanan, habuk, cuaca dan apa2 saja.


Kesian tengok muka Danish yang agak sembab dan merah. Tetapi kelakar pun ada tengok muka dia putih melepak bila saya sapu dengan ubat gatal dari klinik. Masa basah saya tak perasan pulak terlebih sapu. Bila dah kering jadi macam muka Aziz Satar dalam cerita Seniman Bujang Lapok la pulak...hehehe. Danish merajuk bila saya ketawakan muka dia. "Ini semua mama punya pasal la...memang salah mama semua ni..." dia merungut-rungut bila saya tunjukkan muka dia yang macam tepung gomak tu di cermin. Sorry la sayang..mama terlebih sapu la pulak...:)


Harap-harap Danish sembuh Hari Raya nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Puan,kesian adik Danish..puan boleh cuba 1/2 - 1 cawan baking soda dicampur dgn air mandi untuk redakan gatal..boleh juga disapukan calamine lotion @ aloe vera gel..semuga cepat sembuh so boleh pakai baju raya..Dilla

mamadanish said...

Salam Dilla: terima kasih utk petua tu. Saya tak tau nk tolong macam mana selain gunakan ubat klinik. at least sekarang saya ada alternatif lain. TQ..
SELAMAT HARI RAYA..