Setiap kali Hari Raya dia akan hadiahkan saya sepasang kurung biru. Itu wajib, tidak kiralah apa warna tema pakaian kami untuk tahun berkenaan. Apa yang pasti, sepasang kurung biru untuk saya mesti ada. Setiap kali saya bertanya kenapa asyik baju kurung biru, dia akan menjawab dengan gurauan - "Bila dengar lagu favourite dan tengok awak pakai baju kurung biru, baru saya rasa seronok nak raya". Dan biasanya saya akan menunjukkan reaksi tak percaya-mencebik bibir dan dalam hati akan berkata..kelentong je lebih!
Pernah juga saya protes dan meminta untuk warna lain. Jawapan dia mudah - "Pilihlah warna apa yang awak nak, tapi sepasang mesti warna biru". Dan akhirnya saya akan memilih dalam merajuk!
Awak jangan merajuk yang..mana tau suatu hari nanti awak jatuh kasih dengan semua baju kurung biru yang saya bagi..kata2 Ijam setiap kali saya merajuk selepas saya tewas dalam proses tawar-menawar untuk tidak membeli baju kurung biru.
Setahun yang lepas dan untuk seterusnya tiada lagi sepasang kurung biru untuk saya. Terasa rindu pula nak memilih baju kurung biru macam dulu. Rindu nak tawar-menawar untuk tak perlu beli baju biru dan rindu nak merajuk sebab sepasang kurung biru!
Memang betul apa yang Ijam pernah cakap dulu - sekarang saya rasa sayang sangat pada baju kurung biru yang dihadiahkan dulu.
Sepasang Kurung BiruOleh: Khairil Johari JoharTiada salam atau ucapanTiada pesan tanda ingatanSusana penuh kerianganKu teringat pada seseorang oh...Dihari yang berbahgia iniHatiku kosong dan sepi sekaliBetapa manis kenangan laluMenyambut raya bersama denganku oh...Tiada bisikan lembut yang kudengarHanya suara azan sayup bergemaMasih kurasakan hangat tanganmuDi pagi raya bersalam dengankuTetamu datang tetamu pergiNamun tak tiba orang ku nantiHanya sepasang kurung nan biruMenjadi teman mengubat rinduku oh...
4 comments:
saya pernah menggilai lagu ini tahun-tahun yg lalu.. bawa masuk ke kelas dan pelajar pun turut suka dan 'sebak'.. keinsafan
Salam Puan,sedih saya bila membaca n3 puan kali ni..mcam dia tau je yang dia takkan lama bersama puan.Memang sedih dan pilu beraya tanpa orang yang menjadi tulang belakang kita,sabarlah..saya harap puan berbaju kurung biru raya ni..Dilla
ustaz: dulu saya x suka lagu ni sbb lagu sedih utk hari raya tp skrg saya menunggu2 lagu ni sbb mengingatkn saya pada Ijam.
Dilla: Belum rezeki saya berbaju kurung biru tahun ini..:)
salam kak jaja..
Baca entry kak jaja ni, buat saya teruja tau..sweetnya Arwah Abg Ijam kan... sampai macam tu sekali...
Post a Comment