A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2010

Di Luar Dugaan

Banyak perkara yang berlaku tanpa diduga. Ada ketikanya apa yang berlaku bukan kemahuan kita dan tidak dirancang sama sekali. Namun apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah yang tersendiri. Terpulang kepada diri sendiri untuk mengkaji dan menilai kebaikan dan hikmah di sebalik setiap kejadian dalam kehidupan kita.


Ibu kawan saya kini terlantar di ICU Hospital Alor Setar. Beliau pada awalnya hanya demam panas. Tiada selera makan menyebabkan beliau mengalami dehidrasi yang serius dan menyebabkan masalah kepada beberapa organ dalaman. Beliau kini terlantar dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan pada hari Sabtu yang lalu.

Rakan saya menyatakan dia tidak menyangka yang ibunya akan terlantar begitu. Ibunya masih sedar dan boleh bercakap sebelum pembedahan dijalankan. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku pada ibunya kerana semuanya berlaku dengan pantas. Dia merasakan semuanya bagaikan mimpi. Kini ibunya kritikal dengan pernafasan dibantu oleh alat sokongan.

Memang bukan mudah menerima sesuatu yang bukan pilihan kita. Saya juga pernah dilanda rasa bersalah, menyesal dan macam2 rasa lagi bila Ijam koma selepas pembedahan yang kononnya kurang berisiko. Selalu sangat ada kata2 "kalaulah Ijam tidak dibedah...." bermain dalam kepala saya. Situasi yang sama yang sedang dilalui oleh rakan saya sekarang.
Pada ketika itu, Allah berikan saya ilham. Berdoa dan berserah sepenuhnya dan redha dengan apa juga ketentuanNya. Saya mohon yang terbaik untuk Ijam kerana hanya Dia yang mengetahui segalanya. Doa2 yang konsisten dan ikhlas dapat meredakan keresahan jiwa yang saya tanggung sehinggakan saya redha dan pasrah dengan ikhlas bila sampai saatnya Ijam pergi tak akan kembali. Satu kekuatan yang datang bila kita yakin dan berserah sepenuhnya pada DIA yang Maha Agung.

Kepada sahabat saya, berdoalah kepadaNya kerana kita akan sentiasa ada DIA tidak kira dalam apa situasi pun. Kasih sayang DIA sangat luas untuk kita. Semoga sahabat saya redha dan sabar dengan dugaan ini.

1 comment:

Anonymous said...

semua yang terjadi, ada berkaitan dengan sahabat kita (Pn. Fazilah Abd Rahman) doktor telah memberi 90% kepadanya sebelum perbedahan suami beliau, siapa... tahu jawapannya adalah sebalik selepas pembedahan ianya koma selama seminggu, selepas sedar hanya terlantar dikatil tanpa boleh buat apa-apa... dugaan sangat berat dipikul.. oleh sahabat kita.