Sudah 2 minggu saya tidak menjenguk pusara Ijam. Hujung minggu yang agak padat dengan pelbagai aktiviti membataskan ruang saya untuk balik kampung.
Hari ini saya menjenguknya seperti biasa. Oh...rumput dah meninggi dan nampak sangat subur di seluruh tanah perkuburan. Cuaca yang sering hujan menyebabkan rumput tumbuh segar bugar!
Tersentuh hati saya bila melihat pusara Ijam dikelilingi rumput yang tinggi. Nampak seperti tidak pernah dikunjungi dan terbiar. Rasa bersalah terselit di sudut hati saya bila melihat keadaan pusaranya yang seperti tidak terurus.
Tidak ada langsung niat dan perasaan untuk melupakannya. Dia sentiasa 'hidup' dalam jiwa dan hati saya.
Saya dan Danish membersihkan kawasan sekitar pusara selepas selesai membaca surah Yaasin dan tahlil. Namun tak banyak yang boleh kami lakukan bila terik matahari mula menyengat dan membakar kulit. Kerja-kerja membersih akan kami sambung esok.
Manusia memang mudah lalai dan terlupa.
3 comments:
Salam Puan,Adik macamana, dah sihatke?Mak saya kata elok jika diletakkan batu2 sungai di atas pusara, kerana batu2 sungai berzikir pada yang dialam barzakh.Harganya saya rasa klau kat kedai agak mahal,tapi berbaloi untuk yang tersayang.Dilla.
Salam Dilla.. Danish da semakin sembuh cuma selsema masih lg liat nak kurang. TQ Dilla..apa pun sanggup dikorbankan utk yg tersayang..:)
Salam Dilla.. Danish da semakin sembuh cuma selsema masih lg liat nak kurang. TQ Dilla..apa pun sanggup dikorbankan utk yg tersayang..:)
Post a Comment