A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 17, 2010

Adik Rindu Papa

Memang satu kebiasaan bagi Danish mengigau semasa tidur. Macam2 perkataan dan gaya boleh terkeluar bila dia mengigau. Kadang2 melucukan tapi ada ketikanya menakutkan..

Malam semalam dia mengigau sampai menangis..macam kena pukul. "Papa..papa tunggu adik...Adik rindu papa..mana papa adik...". Itulah baris2 ayat yang dia ulang2 dalam igaunya malam semalam. Dia memanggil papanya sambil melambai2 tangan. Air mata mengalir seolah2 dia terlalu sedih..

Saya kejutkan dia dan bila tersedar dia masih bertanya2 mana papa...Dia tersedu-sedu dan air matanya mengalir menunjukkan kesedihan yang bukan sedikit. Saya tidak bertanya apa yang dia mimipikan, takut saya pula yang menangis nanti. Tapi saya yakin, dia mimpikan papanya.

Saya peluk dan pujuk dia untuk kembali tidur..Dalam pada mahu melelapkan mata tu saya dapat menangkap suara halusnya berkata adik sayang papa..adik rindu papa...

Saya kuatkan pelukan untuk meredakan perasaannya dan dalam masa yang sama saya berperang dengan perasaan saya sendiri.

Sungguh... kami amat rindukan Ijam. Rindu yang bukan sedikit.





2 comments:

Anonymous said...

Salam,cuba bagi Danish minum air limau tanpa ais, klau demamnya masih belum kebah.Dilla

mamadanish said...

Dilla: TQ bg petua..siang dia ok bila mlm panasnya tinggi pulak..nti saya cuba petua tu.