A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 24, 2010

Kasih Anak

Sudah 2 hari saya kurang sihat. Demam. Badan sekejap rasa panas sekejap rasa sejuk yang teramat sangat.

Kepala saya berat dan tekak pula sakit sehinggakan terasa payah nak telan air liur. Sendi2 terasa sengal dan tak larat nak bawa badan sendiri. Saya sudah terlupa bila kali terakhir saya demam. Rasanya 3 atau 4 tahun lepas. Bila sesekali demam terasa nikmatnya kesihatan yang Allah beri sebelum ni.

Demam ini menyebabkan saya tak terlarat nak melayan Danish. Dia terpaksa mengurus diri sendiri. Pandai pula dia bawa diri dalam keadaan terdesak macam ni. Boleh ambil air minum sendiri, pandai ambilkan bantal dan selimut dan yang paling syahdu bila dia tampalkan cool fever kat dahi. Siap ada pesanan "Mama jangan menangis adik tampal cool fever ni. Memang sejuk sikit. Kalau menangis adik tak nak bawa Mama jalan2 nanti.." Itu ayat yang selalu saya katakan padanya apabila nak tampal cool fever sewaktu dia demam. (nota: dia geli dengan jel cool fever tu). Dia nampak risau dengan keadaan saya yang tak bermaya. Ketika saya berbaring selepas solat Maghrib, dia datang dan berkata "Mama jangan mati eh..kalau Mama mati adik macam mana..adik tak pandai masak". Terasa lucu pulak saya mendengar sebab kenapa dia tak nak saya mati..sebab yang sangat simple dan tidak sedih langsung. Sebab yang terhasil dari pemikiran budak 4 tahun la katakan...

Terasa ringan sikit kepala saya bila si kecil tu dengan akur memicitkan kepala. Kalau secara logiknya, sekuat manalah sangat tenaga budak berumur 4 tahun memicit kepala yang sedang betul2 sakit. Mungkin ianya hanya satu kesan psikologi namun mungkin juga itulah keajaiban sentuhan kasih seorang anak kecil yang yang ikhlas dan kasih pada ibunya.

Saya bersyukur walaupun Ijam tiada untuk saya mengadu sakit pening tetapi Allah berikan saya seorang anak untuk saya menumpang kasih, bercerita kesedihan dan berkongsi kegembiraan walaupun umurnya masih sangat mentah.

Saya bersyukur dengan nikmat ini.





2 comments:

Anonymous said...

Salam Puan, minum air barli panas banyak2.Hi, Adik Danish.Dilla

Kay J said...

salam akak.

sy sebak baca entri ni. moga dipermudahkan urusan. akak tinggal kat mana? leh ke sy nak msg2 ngun akak?

nnt emel sy kat kay2805[at]gmail.com ya. take care.

-kausar-