A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa Abah!

Abah saya bekerja keras membesarkan kami 9 beradik. Dari bekerja di Singapura hingga kembali semula ke Malaysia Abah tidak pernah mengalah dengan takdir untuk membesarkan kami. Kami bukannya keluarga senang. Segala macam pekerjaan Abah buat. Dari membina rumah, menoreh getah hinggalah mengerjakan kelapa sawit. Semuanya Abah buat selagi terdaya. Tiada istilah melepak di kedai kopi dalam kamus hidup Abah. Dia akan keluar bekerja seawal jam 7.30 pagi, balik rehat 1 jam dalam waktu tengahari dan sambung bekerja hingga jam 5.30 petang. Rutin yang tidak pernah berubah sejak saya kecil hingga kini. Setiap hari adalah hari bekerja bagi Abah.

Satu perkara yang saya amat kagum dengan Abah - ketepatan masa. Abah akan keluar bekerja dan mula bekerja semula selepas rehat tengahari dalam waktu yang sama setiap hari. Tidak akan lewat melainkan ada perkara yang benar2 tidak dapat dielakkan. Dia sentiasa menepati masa bekerja walaupun tiada sistem punch card mahupun supervisor dalam menjalankan tugasnya. Abah amat berdisplin dalam menjaga waktu bekerja. Sesuatu yang bukan mudah untuk dibuat oleh semua orang.

Saya amat berterima kasih pada Abah atas segala kebaikan dan pengorbanan yang Abah lakukan untuk kami sekeluarga. Doa saya, apa yang telah Abah lakukan akan diterima sebagai ibadah dan diberikan balasan kebaikan olehNya.


Selamat Hari Bapa kepada abah saya HAJI MD SUPAAT BIN KAMIN. Semoga dalam limpahan rahmat Allah sentiasa.



No comments: