A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 2, 2012

Kenapa Kena Puasa??

-Mama, puasa ni sampai berapa hari?
-30 hari
-Perut adik dah kempis dah sebab puasa lama-lama.
-Takpe, nanti berbuka, dah makan, perut adik buncit la balik..tak kempis lagi
-Kenapa kita kena puasa Mama?

Saya tak terus jawab soalan itu. Ianya soalan yang mudah untuk dijawab kepada orang dewasa. Untuk anak sekecil Danish yang pertama kali berpuasa, alasan dan sebab yang diberikan mestilah logik dan selayak dengan umurnya. Saya tidak mahu penjelasan saya membuatkan dia berfikir yang berpuasa ini satu beban yang hanya menjadikan dirinya lapar dan dahaga juga keletihan sahaja.


Bila saya masih belum menjawab soalannya, dia terus ulang soalan yang sama berkali-kali.
Anak kecil ini memang banyak bertanya. Kadang-kadang saya pun tak terfikir soalan yang dia akan tanya.

-Adik sayang Papa? Adik nak jumpa Papa tak?kalau nak jumpa Papa kena masuk Syurga. Nak masuk Syurga kena buat banyak pahala. Puasa ni dapat banyak pahala. Nanti lama puasa, lagi banyak pahala, bolehlah jumpa Papa kat Syurga.
-ohh..kalau dah puasa lama macam ni, pahala dah banyak ke belum?Tak sabar nak jumpa Papa
-kalau boleh puasa lagi lama sampai 30 hari, lagilah banyak pahala, lagilah Allah sayang. Nanti masuk Syurga.
-Adik nak puasa sampai 30 hari la..macam Mama.

Saya rasa dia boleh terima penjelasan saya. Yang pasti dia sangat-sangat teringin berjumpa Papanya. 


13 hari berpuasa dia semakin serasi dengan kelaparan dan kehausan dan dia semakin seronok nak bangun sahur. Siap dah boleh order nak lauk apa untuk bersahur. Sebelum ini agak susah nak bangun bersahur dan bila saya katakan dulu tiap-tiap hari Papanya bersahur, bingkas dia bangun. Dia akan buat apa yang Ijam buat. Dia ingin menjadi seperti Papanya, mungkin..

Ibarat kata pepatah Alah Bisa Tegal Biasa. Saya hanya perlu bersabar dengan kerenahnya di awal Ramadhan sebab masih belum biasa. Perubahan ini satu petanda yang anak saya sudah semakin bijak dan matang.

No comments: