A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 14, 2012

Hadiah

Cepat sungguh masa berjalan.Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Terasa macam baru mula berpuasa Ramadhan kini dah sampai ke sepuluh malam terakhir. Malam sepuluh terakhir Ramadhan sangat istimewa kerana ada hadiah untuk umat islam iaitu malam Lailatul Qadar.


Bercakap tnetang hadiah, saya menerima 'hadiah' yang istimewa ramadhan ini. Surat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Syukur Alhamdulilah. Saya benar2 tak sangka dengan pemberian ini. Saya terus sujud syukur sebaik Kak Sham maklumkan tentang perkara ini.

Ianya satu khabar yang sangat menggembirakan. Saya tidak terlalu berharap. Ianya bermula sebagai percubaan suka-suka. Tempat yang terhad dengan jumlah pemohon yang sangat ramai menjadikan ianya saingan yang sengit. Saya benar-benar berharap pada kasih sayang Allah untuk mendapatkan biasiswa ini.

Doa saya padaNya selama ini- "Jika biasiswa dan menyambung pelajaran adalah yang terbaik untuk aku Ya Allah, Engkau permudahkanlah. Jika tidak, aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah. Engkau Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana".
Ianya sangat ringkas namun besar kesannya pada hati . Jika tidak berjaya sekalipun, saya yakin tiada rasa gundah gulana atau kecewa kerana ianya bukan yang terbaik untuk saya.

Banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk biasiswa ini. Paling utama, saya perlu mencari tempat pengajian sebelum Mac 2013. Saya perlu mencari universiti mana yang menawarkan bidang HRD. Jika tidak dapat mencari tempat, tawaran akan ditarik balik. Saya perlu juga fikirkan tentang persekolahan Danish,  perancangan tempat tinggal dan banyak lagi. Ya Allah...Ya Allah...Engkau permudahkanlah Ya Allah...

Saya bermula dengan kosong benar-benar bergantung pada pertolongan Allah!

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Tahniah puan, teruskan langkah, rempuh saja apa juga halangan di hadapan. Jangan difikir tentang "kemungkinan'yg akan terjadi. Sebab 'kemungkinan' tersebut kadangkala satu pun tidak menjadi kenyataan.
Tuhan akan bersama orang yang sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Di hadapan sana ada cahaya yg lebih terang akan menerangai puan dan Dannis.
Selamat berjaya!

mamadanish said...

Salam..

Terima kasih atas sokongan dan doa yg diberikan..:)

Kak Jai said...

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Insya Allah