Danish dah pandai merasakan suasana Hari Raya yangakan tiba tak lama lagi. Dia mintak buatkan biskut samperit, pasang pelita dan lampu kelip2. Dia mahukan kemeriahan Aidilfitri agaknya.
Semenjak Ijam pergi, saya tak buat apa2 persediaan raya pun kat rumah. Cuma kelengkapan raya Danish je yang saya sediakan. Dulu dia kecil lagi tak pandai nak buat perbandingan dengan rumah lain. Sekarang dia dah besar dan pandai membezakan dan inginkan sesuatu.
Saya buatkan juga biskut samperit untuk dia. Pasang juga pelita kat luar rumah macam dia minta. Saya buatkan juga asalkan dia gembira. Lagipun anggap saja ianya reward sebab dia tak ponteng puasa walaupun sedang demam.
Bukan main suka dia makan kuih samperit tu. Berbuka dan bersahur mesti dia makan. Silap-silap tak sempat sampai raya kuih tu dah habis. Seronok dia main bunga api kat luar rumah bila pasang pelita. 4 batang je pun pelita saya pasang, bukannya banyak..:)
Danish berhak untuk merasai kegembiraan Aidilfitri macam kanak-kanak lain walaupun Papa dia tak ada bersama. Dia bersungguh-sungguh berpuasa tahun ini. Tidak salah rasanya saya biarkan dia bergembira merasai ganjaran selepas sebulan berpuasa.
Seronoknya kalau Ijam ada sama tengok dan merasai pengalaman pertama kali Danish berpuasa..
2 comments:
Salam,
Saya juga merasai apa yang puan rasakankan. Dalam masa pemergian dia tiga tahun lalu, hidup saya banyak berubah, Seingat saya dia selalu berkata ingin melihat perubahan pembesaran anak-anak.
Sekarang saya dah dapat duduk disebelah anak sulung memandu, dah merasa gaji anak dan anak yang bongsu (satu2nya lelaki) sedang mengambil lesen motor.Dulu dia selalu berbangga melihat perubahan hidup anak-anak baik dalan pelajaran atau aktiviti harian.
Tuhan sayangkan mereka. Kita kan tetap ke SANA cuma masa saja berbeza.
Semoga kita dipertemukan lagi dengan suami tersayang diSyurga nanti. Amin...
Salam..kadang2 terlintas juga alangkah baiknya kalai dia masih ada. Melihat satu-satunya anak yang dia ada..:)
Post a Comment