A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 24, 2010

Hari ini 24122010

Hari ini....

Danish is ready for school!

Hari ini saya bawa Danish mendaftar di Sekolah Tadika Agama Ar-Raudhoh, Segamat. Nampaknya Danish ok bila ditanya oleh ustazah Nas dan bersemangat untuk ke sekolah. Mula2 dia macam tak faham 'ustazah' tu apa sebab biasanya saya akan sebut 'teacher'. Kelakar tengok muka dia blur dengar perkataan 'ustazah'..hehehe..
Kelengkapan persekolahan semuanya saya dah selesaikan awal2 kerana hujung2 bulan ini saya akan sibuk dengan pendaftaran pelajar baru UiTM.
Harapan saya Danish akan terus bersekolah dan tidak mogok seperti sebelum ini. Mulai 03 Januari nanti, Danish akan rutin baru and school, homework and teacher will be in his diary..InsyaAllah...

Hari ini...

Merupakan hari lahir Ijam. Dia sepatutnya menyambut hari lahir yang ke-32. Kenangan kami bersama kembali segar dalam kotak ingatan saya. Deep in my heart, I miss him a lot!
Pagi ini satu sms saya terima - "Jaja, hari ini kami celebrate ulangtahun Maybank yang ke-50 dan salah satu acaranya adalah bacaan Yaasin untuk Ijam. Hari ini sepatutnya ulang tahun Ijam". Sms dari Abang Amin, sahabat Ijam yang rapat, yang banyak membantu kami dulu sehingga kini. Sms itu saya terima ketika dalam perjalanan ke pejabat dan secara tiba2 saya rasa tersentuh sangat dengan isi kandungannya. Saya sangat2 tersentuh dengan ingatan dan kasih sayang kawan2 Ijam padanya. Mereka adalah kawan2 yang baik dan sentiasa menyokong dan membantu kami. Perjalanan saya ke pejabat pagi ini bertemankan air mata dan sendu yang panjang. Rindu saya semakin sarat!


Hari ini...

2 orang rakan saya menamatkan zaman bujang masing2. Mohd Zul-Azmi Ishak dan Shaiful Anuar Sabu masing2 memilih tarikh ini untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka. Saya doakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga rumahtangga mereka dilimpahi dengan keberkatan dan keredhaan Allah...InsyaAllah...
Perkahwinan itu satu anugerah indah dari Allah. Hargai dan peliharalah ia sebaik mungkin.

Hari ini...

Ibu kepada sahabat saya yang pernah saya tulis di sini dahulu meninggal dunia setelah hampir 3 minggu koma. Masanya telah tiba. Kembaranya di bumi ini telah sampai ke penghujungnya. Kepada sahabat saya Fiza, redhalah dengan ketentuan ini, berlapang dadalah dengan ujian Allah. Saya doakan ibu beliau beroleh kesejahteraan di sana. Al-Fatihah!

2 comments:

Anonymous said...

salam puan...selamat memulakan first day in school Danish...semuga menjadi anak yang soleh dan pintar untuk mama/ayah...sya turut bersedih hati puan..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..semuga arwah suami puan berada bersama para tabii'in dan orang2 yang soleh..Amin...Dilla..

mamadanish said...

terima kasih Dilla..sedih juga bila fikirkan yang Danish sorang je takde papa kat sekolah nanti...
:(