Danish teruja sangat bila ada surat untuk dia..Tak pernah dapat surat, jadi bila ada surat atas nama dia, lebar senyum dia, tersengih2..
Kad jemputan dari Abah Zainal ditunjuk kat semua orang dalam rumah ni. Jemputan perkahwinan Along hujung bulan nanti hampir lunyai kat tangan dia.
Memang benar, bila sekali-sekala dapat surat memang kita rasa teruja. Surat dan menjadi sesuatu yang sangat jarang ditemui di zaman cyber ni. Jemputan lebih senang dibuat melalui SMS, Facebook dn mcm2 cara lain yang lebih pantas dan dapat dilihat oleh lebih ramai orang. Teknologi mengubah tradisi.
Tindakan Abah Zainal meletakkan nama Danish di sampul surat adalah sesuatu yang simple tetapi membuatkan dia sangat gembira dan dihargai. Ianya boleh dilihat di wajah ceria Danish..:)
Tahniah buat Along kerana bakal menjadi seorang suami dan ayah, InsyaAllah. Semoga menjadi suami yang dapat membawa isteri dan keluarga hingga ke syurga...
No comments:
Post a Comment