Berjauhan dan berpisah memang sentiasa menguji kesabaran diri. Bila dekat akan berbalah, bergaduh, merajuk dan sebagainya..bila dah jauh rasa rindu dan sayu pulak..hehhee..
Kelas malam menyebabkan saya perlu tinggal di kampus setiap Isnin hingga Rabu. Bila hari Isnin je, Danish akan sedih sebab malam saya tak ada di rumah. Bila call dia, mula la menangis, rindu mama..macam2...
Bila saya balik hari Rabu, tak sampai sejam pun dah boleh bergaduh da..yang dok menangis2 hari Isnin dan Selasa tu macam berlakon je..:)
Rindu bila jauh dan gaduh bila jumpa tu perkara biasa..itulah yang membuatkan kita semakin rapat dan lebih erat..Berjauhan juga membuatkan kita lebih menghargai orang yang kita tinggalkan. Ada hikmah di sebalik berjauhan ni..ia mungkin juga membantu kita mengurangkan dosa.
Kita hanya perlu berfikir dan mencari yang positif di sebalik kepahitan dan perpisahan.
No comments:
Post a Comment