A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 25, 2013

Dah Pandai Dah...

Danish sedang teruja menunggang basikal. Orang baru pandai naik basikal 2 roda la katakan.. Sebelum ini cuma pandai pakai 4 roda..kawan2 dah lama pandai tapi dia tetap maintain dengan 4 roda..:)

 Lebih kurang 40 minit belajar, dia dah boleh bawa basikal sendiri. Setiap hari celik mata sampai ke petang memang sibuk main basikal je. Tak kira matahari terpacak atas kepala pun tetap main juga. Hasilnya, kulit dah sama gelap dengan bangla da...

Baru 2 hari pandai, basikal dah macam2 kena repair. Patah sana sini. Mana tidaknya, lebih kerap jatuh daripada kayuh..hihihi..

Dah masuk seminggu pandai naik basikal ni, dia dah semakin boleh nak imbangkan badan dan kawal handle. Dah kurang la injury basikal dia tu..kayuh pun dah semakin laju..

Sekolah cuti seminggu pulak ni..memang tak masuk rumah la Danish..semakin 'putih melepak' la bujang saya sorang tu..hehehe.Orang baru dapat skill memang excited sangat2..


Persediaan sebelum memulakan kelas menunggang..hihihihi...

Wednesday, March 20, 2013

Nikmat Yang Tersirat

Danish selalu request untuk saya hantar dan jemput di sekolah. Kekangan jadual kuliah tak membolehkan saya menuruti kehendaknya.

Walau macam manapun, saya cuba juga cari masa untuk jemput dia. Jadi, hari Rabu hari saya jadi supir dia..jemput dia balik sekolah sebab saya takde kuliah. Kalau diikutkan boleh saja suruh dia balik dengan van macam biasa.

Rutin ini boleh merapatkan hubungan kami berdua. Sekurang-kurangnya saya memanfaatkan masa yang masih diberikan untuk bersama Danish. Esok lusa belum tentu saya masih punya kesempatan begini..

Setiap Rabu adalah hari kelepasan dia tak payah balik naik van...hehehe..upah untuk dia sebab pandai berdikari, jaga diri dan uruskan homework walaupun mama duduk jauh di kampus.

Dia anak yang tidak pernah menyusahkan mamanya..sama macam papanya dulu.. syukur Allah mudahkan saya dengan anak yang boleh berdikari dan pandai mengurus diri sendiri.

Ianya suatu nikmat yang kadang-kadang kita terlepas pandang...Alhamdulillah..

Tuesday, March 19, 2013

Bila berjauhan

Berjauhan dan berpisah memang sentiasa menguji kesabaran diri. Bila dekat akan berbalah, bergaduh, merajuk dan sebagainya..bila dah jauh rasa rindu dan sayu pulak..hehhee..

Kelas malam menyebabkan saya perlu tinggal di kampus setiap Isnin hingga Rabu. Bila hari Isnin je, Danish akan sedih sebab malam saya tak ada di rumah. Bila call dia, mula la menangis, rindu mama..macam2...

Bila saya balik hari Rabu, tak sampai sejam pun dah boleh bergaduh da..yang dok menangis2 hari Isnin dan Selasa tu macam berlakon je..:)

Rindu bila jauh dan gaduh bila jumpa tu perkara biasa..itulah yang membuatkan kita semakin rapat dan lebih erat..Berjauhan juga membuatkan kita lebih menghargai orang yang kita tinggalkan. Ada hikmah di sebalik berjauhan ni..ia mungkin juga membantu kita mengurangkan dosa.

Kita hanya perlu berfikir dan mencari yang positif di sebalik kepahitan dan perpisahan.

Monday, March 18, 2013

Jemputan

Danish teruja sangat bila ada surat untuk dia..Tak pernah dapat surat, jadi bila ada surat atas nama dia, lebar senyum dia, tersengih2..

Kad jemputan dari Abah Zainal ditunjuk kat semua orang dalam rumah ni. Jemputan perkahwinan Along hujung bulan nanti hampir lunyai kat tangan dia.

Memang benar, bila sekali-sekala dapat surat memang kita rasa teruja. Surat dan menjadi sesuatu yang sangat jarang ditemui di zaman cyber ni. Jemputan lebih senang dibuat melalui SMS, Facebook dn mcm2 cara lain yang lebih pantas dan dapat dilihat oleh lebih ramai orang. Teknologi mengubah tradisi.

Tindakan Abah Zainal meletakkan nama Danish di sampul surat adalah sesuatu yang simple tetapi membuatkan dia sangat gembira dan dihargai. Ianya boleh dilihat di wajah ceria Danish..:)

Tahniah buat Along kerana bakal menjadi seorang suami dan ayah, InsyaAllah. Semoga menjadi suami yang dapat membawa isteri dan keluarga hingga ke syurga...

Monday, March 4, 2013

Buku Pertama

Ini adalah buku baru pertama saya untuk tahun 2013..
Dah masuk bulan ke-3 tahun ini baru ada buku baru..hihihi
However, something is better than nothing.

Buku ini sangat signikan dengan status saya sekarang. Ianya sangat dekat di hati. Buku ini banyak mengingatkan saya tentang kuasa doa-senjata eksklusif yang hanya ada untuk orang-orang Islam sahaja.

Ianya secara tersurat mengajak kita agar sentiasa berdoa, tidak kira dalam apa jua keadaan. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar harapan.

Terima kasih untuk buku yang sangat bermakna ini...:)

Insya Allah, setiap kebaikan yang saya dapat daripada buku ini menjadi saham kebaikan kepada orang lain juga..


Saturday, March 2, 2013

Cerita Pelajar

Sudah 2 minggu saya menjadi 'student'..1st assignment dan presentation pun dah selesai.
Lot more assignments waiting ahead..

Kembali kepada rutin stayback sebab siapkan assignment..Bila jadi student yang dah berkeluarga ni lain macam sikit rasanya. Anak buat homework, mama pun sama juga..hihihihi

Saya perlu berjalan jauh untuk ke kelas..students' parking agak jauh dari blok. Kalau dulu tempat parking cuma beberapa langkah je dari pintu ofis. Sekarang ni saya kena berjalan lebih daripada 300 meter setiap hari. Kemana-mana pun saya lebih suka berjalan kaki daripada berpusing-pusing mencari parking. Buat sakit hati je kalau kena surat cinta pak guard nanti.

Sudahlah cuaca JB sekarang ni teramatlah panasnya, berjalan kaki ke mana-mana membuatkan peluh saya mencurah-curah. kalau dulu 8 jam sehari duduk dalam aircond..tidur pun pasang aircond, sekarang ni meredah panas dan terik ke hulu ke hilir..terasa mewahnya masa kerja dulu..hihihi..
Pendekatan terbaik, lepak duduk dalam library-sejuk, nyaman dan selesa..boleh tidur dibuatnya..:)

Ada baiknya berjalan kaki ni, dapatlah membantu mengecilkan peha, bakar lemak, jantung pun sihat..cumanya, saya simpan la semua high heel yang ada..duduk diam-diam dalam kotak..pakai kasut flat je..lebih selesa dan kaki pun takde blister..no more 3 inches peep toe, no more 4 inches wedges..huhuhu..

Pengalaman dan perubahan baru. Seronok juga jadi student walaupun asyik mengantuk je baca artikel. I like numbers more than words..terpaksa baca jugak walaupun rela dalam paksa..hehehe..Kalau agak2 dah tak boleh tahan sangat, saya zzzzzzz je...bila kelas, pandai2 la jawab..hihihi