A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 14, 2013

Sejuknya Malaysia

Hujan lebat turun mencurah-curah lagi...

Hujan turun setiap hari di Pontian. Kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang. Ada ketikanya dari pagi sampai ke petang. Ada pula ketikanya dari sebelah malam sampai ke petang esoknya baru berhenti hujan.

Udara kampung yang sememangnya sejuk menjadi bertambah sejuk. Keadaan selepas hujan yang lembap dan basah selalu membuatkan saya rasa sayu dan sedih. Saya pun tak pasti kenapa tetapi perasaan itu selalu saja hadir selepas hujan. Rindu nak ke pusara Ijam semakin terasa sebab bila hujan tak dapat ziarah. Cuma hadiah lewat usai solat sahaja yang dapat saya berikan. Perasaan malas pun ada juga bila lepas hujan. Terutamanya rasa malas nak mandi..Air paip rasa macam air dalam peti sejuk..hehehe..

Hujan berterusan begini membuatkan saya terfikir-fikir tentang keadaan di Segamat. Kalau saya berada di Segamat, sedikit sebanyak mesti risau dan bimbang kalau-kalau banjir. Kejadian 2006 dan 2011 menjadikan saya senang curiga dengan hujan yang begini..:)

Saya jauh berada di sini meninggalkan rumah peninggalan Ijam di Segamat. Saya dah buat apa yang boleh dan termampu untuk kemungkinan-kemungkinan banjir sebelum berpindah ke sini. Saya berharap banjir tidak melanda rumah saya. Namun, kalau dah Allah kata kena banjir, saya nak buat macam mana. Redha dan berlapang dada lebih baik daripada terus resah gelisah dengan musibah.Itu kan lebih mudah.

Musim hujan begini memang menjadikan bumi Malaysia lebih sejuk daripada kebiasaannya..

Sejuknya Malaysia!!!!!



No comments: