A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, February 16, 2013

Di Sini...

Saya berada di sini semula..KPJ Johor Specialist Hospital. Tempat yang banyak menyimpan kenangan saya bersama Ijam. Saya ke sini semula untuk menziarah sepupu Ijam yang menjalani pembedahan.

4 tahun lalu, hospital ini merupakan rumah kedua saya. Ijam lebih banyak menghabiskan masa di sini berbanding di rumah. Keadaan yang bermula dengan keterpaksaan akhirnya menjadi rutin yang diterima dengan redha dan rela. Kenangan yang tersimpan di sini bukan sedikit. Ianya kekal dan sentiasa menggetar hati.

 Melangkah masuk sahaja membuatkan hati saya berdegup laju. Perasaan cemas ke gemuruh saya pun tak pasti. Persekitaran, bau udara dan keadaan dalam hospital ini membuatkan satu-persatu kenangan saya di sini bersama Ijam datang semula.

Saya ke aras ICU. Saya sengaja bersolat di aras ini. Di surau ini saya pernah berbicara dan bermohon dengan Allah. Memohon pertolongan, kekuatan dan kesabaran . Di surau ini saya pernah hamburkan kesedihan saat kehilangan Ijam buat selamanya.

Memandang ke pintu masuk ICU, saya terbayang satu-persatu peristiwa di situ. Tempat saya tidur,tempat saya menunggu Ijam, tempat di mana doktor Razi berterus terang tentang keadaan Ijam. Ianya tempat yang penuh dengan kenangan.

Berada di ruang menunggu di Bilik Pembedahan, sekali lagi kenangan lama datang kembali. Terbayang saat-saat bicara terakhir saya dengan Ijam di bilik OT. Walaupun bilik yang berbeza namun rasanya tetap sama . Saya benar-benar menahan rasa berada di situ. Saya kawal perasaan dan tahan air mata. Sakit dada saya menahan perasaan.

Ya Allah..susahnya nak hilangkan trauma saya pada hospital ini. Perasaan yang sukar untuk saya terangkan. Pengalaman lalu banyak meninggalkan kesan dalam hati. Biar selama bila pun, ianya tetap sama.

Di sini...di hospital ini ada kenangan saya dan Ijam yang tersendiri.

Thursday, February 14, 2013

Sejuknya Malaysia

Hujan lebat turun mencurah-curah lagi...

Hujan turun setiap hari di Pontian. Kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang. Ada ketikanya dari pagi sampai ke petang. Ada pula ketikanya dari sebelah malam sampai ke petang esoknya baru berhenti hujan.

Udara kampung yang sememangnya sejuk menjadi bertambah sejuk. Keadaan selepas hujan yang lembap dan basah selalu membuatkan saya rasa sayu dan sedih. Saya pun tak pasti kenapa tetapi perasaan itu selalu saja hadir selepas hujan. Rindu nak ke pusara Ijam semakin terasa sebab bila hujan tak dapat ziarah. Cuma hadiah lewat usai solat sahaja yang dapat saya berikan. Perasaan malas pun ada juga bila lepas hujan. Terutamanya rasa malas nak mandi..Air paip rasa macam air dalam peti sejuk..hehehe..

Hujan berterusan begini membuatkan saya terfikir-fikir tentang keadaan di Segamat. Kalau saya berada di Segamat, sedikit sebanyak mesti risau dan bimbang kalau-kalau banjir. Kejadian 2006 dan 2011 menjadikan saya senang curiga dengan hujan yang begini..:)

Saya jauh berada di sini meninggalkan rumah peninggalan Ijam di Segamat. Saya dah buat apa yang boleh dan termampu untuk kemungkinan-kemungkinan banjir sebelum berpindah ke sini. Saya berharap banjir tidak melanda rumah saya. Namun, kalau dah Allah kata kena banjir, saya nak buat macam mana. Redha dan berlapang dada lebih baik daripada terus resah gelisah dengan musibah.Itu kan lebih mudah.

Musim hujan begini memang menjadikan bumi Malaysia lebih sejuk daripada kebiasaannya..

Sejuknya Malaysia!!!!!



Tuesday, February 12, 2013

Rutin

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina sudahpun berakhir. Cepatnya masa berlalu. Esok semua akan kembali bertugas seperti biasa.

Kalau saya masih tinggal di Segamat, mungkin saya sedang dalam perjalanan balik dari kampung di waktu-waktu begini. Rutin biasa bila ada cuti panjang.

Sekarang rutin itu dah bertukar. Saya akan banyak travel ke JB. Perjalanan sejauh 120km setiap hari untuk ke kuliah. Rutin baru yang masih janggal untuk dilaksanakan.

Saya sentiasa berdoa agar 'kuda jepun' saya sentiasa sihat dan tiada masalah. 'Dia' perlu bekerja keras dalam tempoh setahun setengah ini..Jasa 'kuda jepun' saya bukan sedikit. 
Saya juga berdoa Allah berikan saya kekuatan dan kesihatan untuk memandu dan menghabiskan pengajian seperti yang sepatutnya.

Ya Allah Ya Rabbi..kepadaMu aku berserah dan bertawakal..Kau permudahkan perjalananan pengajianku Ya Allah..Aku tak berdaya tanpa pertolongan dan bantuanMu. Aku bermohon dengan sesungguhnya Ya Rahim...Engkau bantulah aku Ya Allah...

Sunday, February 10, 2013

Alhamdulillah

Dah lamanya saya tak update blog..

Niat mula-mula memang nak berehat sekejap dan mula menulis di awal Februari. Tapi laptop ada problem pulak..hari ini baru boleh log in blog sendiri..

Alhamdulillah...saya kini pelajar UTM..selesai sudah pendaftaran dan segala macam briefing..saya akan mulakan kelas pada 13 Feb nanti. InsyaAllah..

Berdebar juga nak masuk kelas semula..dah lebih 10 tahun saya tinggalkan dunia kuliah, assignment semua ni. Nak mulakan semula bukan sesuatu yang mudah. Saya mohon Allah permudahkan segalanya. Dia yang menentukan perjalanan hidup saya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Ini ujian dalam kegembiraan yang Allah berikan pada saya. Mudah-mudahan saya mampu melaluinya.

Alhamdulillah...Danish dah pun mula belajar di SRAB Pontian. Kesian tengok dia kena mulakan semula di sekolah baru. Cari kawan baru, kenal cikgu baru...kesian dia.. 2 hari sekolah memang drama airmata la..

Sedih bila nak tinggalkan kawan-kawan dan Mak Yah sekeluarga yang telah banyak berbudi pada kami. Ini sepatutnya perpisahan sementara tetapi boleh juga menjadi perpisahan selamanya. Kita perlu menjangka kemungkinan itu. Belum tentu kami dapat bertemu semula seperti yang sepatutnya. 

Banyak lagi perkara yang perlu saya selesaikan. Mudah-mudahan Allah mudahkan segalanya. Saya benar-benar berserah padaNya.

Rindunya kat kawan-kawan di Segamat...:(