Selama 4 hari lepas saya berada di Hotel Hatten, Melaka untk menghadiri Konferensi Antarabangsa Pentadbir-Pentadbir Universiti Kali ke-16. Ianya program dwi tahunan anjuran Kelab Penolong Pendaftar UiTM. Satu sesi perkongsian yang sangat baik. Memberi pendedahan kepada ilmu yang bermanfaat dan menjalinkan persahabatan sesama pentadbir universiti.
Tempat konferensi juga cantik. Hotel baru dengan fasiliti yang masih baru memberikan keselesaan yang bukan sedikit. Syukur saya bekerja dengan UiTM. Kalau tidak, belum tentu saya mampu sampai ke hotel mewah begini. Ianya satu nikmat kehidupan.
Saya lebih teruja kerana Tun Mahathir merupakan salah seorang jemputan untuk Ucaptama Konferensi. Saya mengenali wajah itu semenjak dari kecil lagi. Dulu sewaktu kami kecil, (dalam usia 8 ke 10 tahun) bila ternampak wajah2 pemimpin negara di poster (terutamanya ketika kempen pilihanraya) cepat2 akan 'cop' ini bapak aku..yang tak sempat 'cop' akan kecewa..selalunya poster Tun Mahathir yang paling lunyai sekali sebab semua orang nak 'cop' beliau sebagai bapa.
Tak pernah terfikir mungkinkah Abah terasa atau berkecil hati bila anak-anaknya memilih orang besar sebagai bapa mereka..Ianya pilihan berdasarkan material dan populariti semata-mata.
Lalu, bila wajah itu berada di depan mata, perasaan teruja tu memang terasa..Saya tak pasti dengan reaksi orang lain. Mungkin biasa-biasa sahaja sebab dah biasa bertemu orang besar atau mungkin juga teruja seperti saya. Saya tak kisah semua itu. Saya menghargai beliau untuk jasanya kepada negara dan juga kesudiannya bersama kami di situ.
Saya senyum2 sepanjang sesi beliau..saya pun tak tahu kenapa. Tindakan refleks sebab teruja agaknya.
1 comment:
oh jaja. Jangankan yang muda, makcik ni juga teruja. Alhamdulillah. Bertuah kita dapat berada di sana. Orang hebat dan sangat berjasa itu memang mengujakan sesiapa yang melihat dia. itu kurniaan Tuhan kepadanya.
Post a Comment