Ada ketikanya bicara yang jujur dan polos pun boleh disalahertikan. Ini kerana kebolehan menginterpretasi adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Perkara yang positif boleh juga dinterpretasi dan disampaikan sehingga menjadi negatif, begitu juga sebaliknya. Mungkin semakin tinggi pencapaian akademik, jawatan dan pangkat semakin abstrak pemikirannya sehinggakan intrepretasinya kadangkala menjadi terlalu jauh dan tak terjangkau dek akal manusia yang 'biasa-biasa'.
Terpulang pada akal masing-masing asalkan jangan sampai ianya menjadi fitnah dan menjatuhkan nama serta maruah orang lain. Oleh sebab itu ada ketikanya diam itu lebih baik dan bijak..:)
Bahasa Mencerminkan Akhlak
Salahkah berbahasa dengan baik walapun ketika menegur kelemahan dan kesilapan seseorang? Jatuh ke taraf dan tak nampak bijak ke kita kalau menegur dengan cara yang beradab?
Mungkin bila menegur dengan bahasa yang kasar dan outspoken, maka diri akan dianggap sebagai hero. Bukan ke kita dituntut untuk menutup aib sesama saudara.
Ketinggian ilmu sepatutnya datang bersama dengan akhlak yang baik.
Orang yang berilmu tetapi tidak berakhlak tidak akan mendapat hormat orang sekeliling. Kalau ada yang tunjuk hormat sekalipun, ianya mungkin lebih kepada untuk menjaga hati atau membodek barangkali.
1 comment:
tahniah Danish, melangkah ke alam dewasa, kesian kisah anak kecil ni. utk mama's danish apa salahnya membukakan hati untuk menerima kehadiran insan bergelar suami & memberikan bapa utk danish (sebagai pelengkap)...
Post a Comment