A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, November 24, 2012

Dewasa

Danish dah dewasa.

Alhamdulillah Isnin lepas dia dah berkhatan dan sekarang dalam proses berpantang...:)

Sepatutnya dia berkhatan saing dengan 2 orang sepupunya (Luth & Haikal) tetapi sebab klinik tu ada sedikit masalah, Danish berkhatan lewat 2 hari di klinik yang lain. Dia beria-ia nak teman member2 dia pergi klinik. Jadi pengiring member nak berkhatan..:)
Bimbang juga kalau-kalau dia ubah fikiran tak nak berkhatan bila tengok keadaan sepupunya. Sebenarnya saya tak kisah pun kalau dia tak jadi berkhatan. Dia baru 6 tahun. Fizikal pun kecil lagi. Bila dia nak juga berkhatan, saya ok dan teruskan.

Malam sebelum dia berkhatan, dia bertanya - dulu Papa dia berkhatan umur berapa? Siapa teman Papa masuk dalam bilik doktor? Papa menangis tak masa sunat? dan macam-macam soalan lagi..Ada satu statement dia yang buat saya tersentuh..'kalau Papa adik ada, adik nak suruh Papa teman adik. Nanti adik tak takut sangat. Tapi adik tak ada papa..mama ajelah teman adik..."

Jatuh juga air mata saya walaupun puas saya tahan.I wish Ijam is around to comfort his son just like other father will do.

Danish memang tidak pernah menyusahkan. Dia tak banyak kerenah cuma bila bisa dan pedih dia bising sikit. Masuk hari kedua dia dah semakin ok. Mungkin sebab kaedah 'clamp', sakitnya tak makan banyak hari berbanding Luth dan Haikal yang berkhatan kaedah biasa (jahit).

Bila semalam buka 'clamp', huru-hara dalam klinik tu dengan suara dia. Meraung, menangis semua ada. Air mata campur peluh. Syukur Dr Maarof tu tenang dan understanding. Mungkin juga dia dah biasa dengan situasi begitu. 15 minit dalam bilik nak buka 'clamp' tu rasa macam lama. Kesian tengok dia penat dan lencun dengan airmata. Rasa menyesal pulak bagi dia berkhatan..:(

He is getting better now even masih susah nak buang air kecil. Pedih agaknya. Kesian sangat tengok dia macam tu but he never complaint. He looks cute in kain sarong..hihihi

Honestly I am proud of my son. He is such a brave boy..Mommy luv u so much Danish dearie!

3 comments:

Anonymous said...

tahniah danish, slmt melangkah ke alam dewasa. kesian kisah anak kecil ni. utk mama's danish bukakan hati menerima kehadiran insan lain sbg pelengkap keluarga..

mamadanish said...

Salam..

Bukan mudah menerima org lain dalam hati semata-mata utk menjadi keluarga yg lengkap. Tak ramai org yg ikhlas dan sayangkn anak yatim. jumlahnya boleh dikira dengan jari..

Isriah said...

Tahniah Danish juga kpd ibunya Jaja yang kuat semangat menjaga amanah peninggalan Ijam. Terharu...