A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 27, 2012

Tuntut Janji

Danish mula tuntut janji selepas berkhatan.

Saya janji nak bawa dia ke Aquaria KLCC lepas berkhatan. Tiap-tiap hari dia tanya bila boleh pakai seluar sebab bila dah boleh pakai seluar barulah boleh pergi Aquaria..

Tiap-tiap hari cuba pakai seluar nak tengok dah ok ke belum. Bila masih terasa sakit dan ngilu, muka dia memang frust sebab maknanya masih belum boleh pergi Aquaria.

Lepas tu timbul pulak cerita nak beli headphone. Ntah mana ntah dapat idea nak benda alah tu saya pun tak tahu. Dia kata beli benda tu tak payah tunggu pakai seluar sebab pakai kat telinga. Mama je pergi beli untuk adik. Bila balik kerja dia akan tanya dah beli ke belum. Setiap hari jugalah saya bagi alasan tangguh beli benda alah tu. Saya bukan kedekut tapi benda tu tak penting dan tak banyak guna pun. Selagi boleh delay, saya delay..mana tau dia lupa ke tukar fikiran ke nanti..:)

Tak lama lepas tu nak beli tab la, PSP la handphone Samsung Galaxy SIII pun masuk senarai juga..macam2 betul..ambil kesempatan atas kesakitan berkhatan nampaknya budak ni..kalau kata tak boleh nanti  panjang pula ceritanya. Saya iyekan saje tapi tak berjanji pun akan beli. Layankan aje la orang tengah sakit...:)



Saturday, November 24, 2012

Dewasa

Danish dah dewasa.

Alhamdulillah Isnin lepas dia dah berkhatan dan sekarang dalam proses berpantang...:)

Sepatutnya dia berkhatan saing dengan 2 orang sepupunya (Luth & Haikal) tetapi sebab klinik tu ada sedikit masalah, Danish berkhatan lewat 2 hari di klinik yang lain. Dia beria-ia nak teman member2 dia pergi klinik. Jadi pengiring member nak berkhatan..:)
Bimbang juga kalau-kalau dia ubah fikiran tak nak berkhatan bila tengok keadaan sepupunya. Sebenarnya saya tak kisah pun kalau dia tak jadi berkhatan. Dia baru 6 tahun. Fizikal pun kecil lagi. Bila dia nak juga berkhatan, saya ok dan teruskan.

Malam sebelum dia berkhatan, dia bertanya - dulu Papa dia berkhatan umur berapa? Siapa teman Papa masuk dalam bilik doktor? Papa menangis tak masa sunat? dan macam-macam soalan lagi..Ada satu statement dia yang buat saya tersentuh..'kalau Papa adik ada, adik nak suruh Papa teman adik. Nanti adik tak takut sangat. Tapi adik tak ada papa..mama ajelah teman adik..."

Jatuh juga air mata saya walaupun puas saya tahan.I wish Ijam is around to comfort his son just like other father will do.

Danish memang tidak pernah menyusahkan. Dia tak banyak kerenah cuma bila bisa dan pedih dia bising sikit. Masuk hari kedua dia dah semakin ok. Mungkin sebab kaedah 'clamp', sakitnya tak makan banyak hari berbanding Luth dan Haikal yang berkhatan kaedah biasa (jahit).

Bila semalam buka 'clamp', huru-hara dalam klinik tu dengan suara dia. Meraung, menangis semua ada. Air mata campur peluh. Syukur Dr Maarof tu tenang dan understanding. Mungkin juga dia dah biasa dengan situasi begitu. 15 minit dalam bilik nak buka 'clamp' tu rasa macam lama. Kesian tengok dia penat dan lencun dengan airmata. Rasa menyesal pulak bagi dia berkhatan..:(

He is getting better now even masih susah nak buang air kecil. Pedih agaknya. Kesian sangat tengok dia macam tu but he never complaint. He looks cute in kain sarong..hihihi

Honestly I am proud of my son. He is such a brave boy..Mommy luv u so much Danish dearie!

Friday, November 9, 2012

Bicara

Ada ketikanya bicara yang jujur dan polos pun boleh disalahertikan. Ini kerana kebolehan menginterpretasi adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Perkara yang positif boleh juga dinterpretasi dan disampaikan sehingga menjadi negatif, begitu juga sebaliknya. Mungkin semakin tinggi pencapaian akademik, jawatan dan pangkat semakin abstrak pemikirannya sehinggakan intrepretasinya kadangkala menjadi terlalu jauh dan tak terjangkau dek akal manusia yang 'biasa-biasa'.

Terpulang pada akal masing-masing asalkan jangan sampai ianya menjadi fitnah dan menjatuhkan nama serta maruah orang lain. Oleh sebab itu ada ketikanya diam itu lebih baik dan bijak..:)


Bahasa Mencerminkan Akhlak

Salahkah berbahasa dengan baik walapun ketika menegur kelemahan dan kesilapan seseorang? Jatuh ke taraf dan tak nampak bijak ke kita kalau menegur dengan cara yang beradab?

Mungkin bila menegur dengan bahasa yang kasar dan outspoken, maka diri akan dianggap sebagai hero. Bukan ke kita dituntut untuk menutup aib sesama saudara.

Ketinggian ilmu sepatutnya datang bersama dengan akhlak yang baik.
Orang yang berilmu tetapi tidak berakhlak tidak akan mendapat hormat orang sekeliling. Kalau ada yang tunjuk hormat sekalipun, ianya mungkin lebih kepada untuk menjaga hati atau membodek barangkali.



Konferensi Antarabangsa Pentadbir-Pentadbir Universiti Kali ke-16

Selama 4 hari lepas saya berada di Hotel Hatten, Melaka untk menghadiri Konferensi Antarabangsa Pentadbir-Pentadbir Universiti Kali ke-16. Ianya program dwi tahunan anjuran Kelab Penolong Pendaftar UiTM. Satu sesi perkongsian yang sangat baik. Memberi pendedahan kepada ilmu yang bermanfaat dan menjalinkan persahabatan sesama pentadbir universiti.

Tempat konferensi juga cantik. Hotel baru dengan fasiliti yang masih baru memberikan keselesaan yang bukan sedikit. Syukur saya bekerja dengan UiTM. Kalau tidak, belum tentu saya mampu sampai ke hotel mewah begini. Ianya satu nikmat kehidupan.

Saya lebih teruja kerana Tun Mahathir merupakan salah seorang jemputan untuk Ucaptama Konferensi. Saya mengenali wajah itu semenjak dari kecil lagi. Dulu sewaktu kami kecil, (dalam usia 8 ke 10 tahun) bila ternampak wajah2 pemimpin negara di poster (terutamanya ketika kempen pilihanraya) cepat2 akan 'cop' ini bapak aku..yang tak sempat 'cop' akan kecewa..selalunya poster Tun Mahathir yang paling lunyai sekali sebab semua orang nak 'cop' beliau sebagai bapa.

Tak pernah terfikir mungkinkah Abah terasa atau berkecil hati bila anak-anaknya memilih orang besar sebagai bapa mereka..Ianya pilihan berdasarkan material dan populariti semata-mata.

Lalu, bila wajah itu berada di depan mata, perasaan teruja tu memang terasa..Saya tak pasti dengan reaksi orang lain. Mungkin biasa-biasa sahaja sebab dah biasa bertemu orang besar atau mungkin juga teruja seperti saya. Saya tak kisah semua itu. Saya menghargai beliau untuk jasanya kepada negara dan juga kesudiannya bersama kami di situ.

Saya senyum2 sepanjang sesi beliau..saya pun tak tahu kenapa. Tindakan refleks sebab teruja agaknya.