A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 23, 2012

Duit Raya & Tab

Danish bersungguh buat collection duit raya. 5 hari beraya dia dah kumpul lebih RM200. Setiap kali orang bertanya apa dia nak buat dengan duit tu, dia akan jawab nak beli tab.
Setiap hari dia akan kira berapa collection dia dan akan tanya dah cukup ke belum nak beli tab.

Dia  memang bersungguh sangat nak beli tab. Bila pergi beraya dan ada anak cucu tuan rumah yang main tab, dia pun sibuk nak usha...kesian dia..:)

Banyak lagi yang dia nak kena kumpul untuk beli tab..kalau tidak, banyak la mama nak kena top-up..:(



Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran buat semua.
Saya memohon kemaafan atas apa jua kelemahan saya ketika menulis di sini.
Semoga keberkatan Ramadhan berpanjangan dalam hidup kita semua selamanya.

Maaf Zahir & Batin


Thursday, August 16, 2012

Airmata

Danish menangis bila menonton iklan raya Bernas tahun ini.

Bila saya tanya, dia kata mereka anak yatim macam adik. Rumah diorang pun kat Segamat, macam adik.

MasyaAllah..saya tak sangka dia sangat terkesan dengan iklan itu. Status anak yatim yang menyebabkan dia sayu agaknya. Iklan itu berjaya menyentuh hati anak sekecil Danish.

Airmata dia semakin laju bila saya peluk dia..

So touching!

Tuesday, August 14, 2012

Hadiah

Cepat sungguh masa berjalan.Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Terasa macam baru mula berpuasa Ramadhan kini dah sampai ke sepuluh malam terakhir. Malam sepuluh terakhir Ramadhan sangat istimewa kerana ada hadiah untuk umat islam iaitu malam Lailatul Qadar.


Bercakap tnetang hadiah, saya menerima 'hadiah' yang istimewa ramadhan ini. Surat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Syukur Alhamdulilah. Saya benar2 tak sangka dengan pemberian ini. Saya terus sujud syukur sebaik Kak Sham maklumkan tentang perkara ini.

Ianya satu khabar yang sangat menggembirakan. Saya tidak terlalu berharap. Ianya bermula sebagai percubaan suka-suka. Tempat yang terhad dengan jumlah pemohon yang sangat ramai menjadikan ianya saingan yang sengit. Saya benar-benar berharap pada kasih sayang Allah untuk mendapatkan biasiswa ini.

Doa saya padaNya selama ini- "Jika biasiswa dan menyambung pelajaran adalah yang terbaik untuk aku Ya Allah, Engkau permudahkanlah. Jika tidak, aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah. Engkau Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana".
Ianya sangat ringkas namun besar kesannya pada hati . Jika tidak berjaya sekalipun, saya yakin tiada rasa gundah gulana atau kecewa kerana ianya bukan yang terbaik untuk saya.

Banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk biasiswa ini. Paling utama, saya perlu mencari tempat pengajian sebelum Mac 2013. Saya perlu mencari universiti mana yang menawarkan bidang HRD. Jika tidak dapat mencari tempat, tawaran akan ditarik balik. Saya perlu juga fikirkan tentang persekolahan Danish,  perancangan tempat tinggal dan banyak lagi. Ya Allah...Ya Allah...Engkau permudahkanlah Ya Allah...

Saya bermula dengan kosong benar-benar bergantung pada pertolongan Allah!

Saturday, August 11, 2012

Samperit dan pelita

Danish dah pandai merasakan suasana Hari Raya yangakan tiba tak lama lagi. Dia mintak buatkan biskut samperit, pasang pelita dan lampu kelip2. Dia mahukan kemeriahan Aidilfitri agaknya.

Semenjak Ijam pergi, saya tak buat apa2 persediaan raya pun kat rumah. Cuma kelengkapan raya Danish je yang saya sediakan. Dulu dia kecil lagi tak pandai nak buat perbandingan dengan rumah lain. Sekarang dia dah besar dan pandai membezakan dan inginkan sesuatu.

Saya buatkan juga biskut samperit untuk dia. Pasang juga pelita kat luar rumah macam dia minta. Saya buatkan juga asalkan dia gembira. Lagipun anggap saja ianya reward sebab dia tak ponteng puasa walaupun sedang demam.

Bukan main suka dia makan kuih samperit tu. Berbuka dan bersahur mesti dia makan. Silap-silap tak sempat sampai raya kuih tu dah habis. Seronok dia main bunga api kat luar rumah bila pasang pelita. 4 batang je pun pelita saya pasang, bukannya banyak..:)

Danish berhak untuk merasai kegembiraan Aidilfitri macam kanak-kanak lain walaupun Papa dia tak ada bersama. Dia bersungguh-sungguh berpuasa tahun ini. Tidak salah rasanya saya biarkan dia bergembira merasai ganjaran selepas sebulan berpuasa.

Seronoknya kalau Ijam ada sama tengok dan merasai pengalaman pertama kali Danish berpuasa..



Thursday, August 2, 2012

Kenapa Kena Puasa??

-Mama, puasa ni sampai berapa hari?
-30 hari
-Perut adik dah kempis dah sebab puasa lama-lama.
-Takpe, nanti berbuka, dah makan, perut adik buncit la balik..tak kempis lagi
-Kenapa kita kena puasa Mama?

Saya tak terus jawab soalan itu. Ianya soalan yang mudah untuk dijawab kepada orang dewasa. Untuk anak sekecil Danish yang pertama kali berpuasa, alasan dan sebab yang diberikan mestilah logik dan selayak dengan umurnya. Saya tidak mahu penjelasan saya membuatkan dia berfikir yang berpuasa ini satu beban yang hanya menjadikan dirinya lapar dan dahaga juga keletihan sahaja.


Bila saya masih belum menjawab soalannya, dia terus ulang soalan yang sama berkali-kali.
Anak kecil ini memang banyak bertanya. Kadang-kadang saya pun tak terfikir soalan yang dia akan tanya.

-Adik sayang Papa? Adik nak jumpa Papa tak?kalau nak jumpa Papa kena masuk Syurga. Nak masuk Syurga kena buat banyak pahala. Puasa ni dapat banyak pahala. Nanti lama puasa, lagi banyak pahala, bolehlah jumpa Papa kat Syurga.
-ohh..kalau dah puasa lama macam ni, pahala dah banyak ke belum?Tak sabar nak jumpa Papa
-kalau boleh puasa lagi lama sampai 30 hari, lagilah banyak pahala, lagilah Allah sayang. Nanti masuk Syurga.
-Adik nak puasa sampai 30 hari la..macam Mama.

Saya rasa dia boleh terima penjelasan saya. Yang pasti dia sangat-sangat teringin berjumpa Papanya. 


13 hari berpuasa dia semakin serasi dengan kelaparan dan kehausan dan dia semakin seronok nak bangun sahur. Siap dah boleh order nak lauk apa untuk bersahur. Sebelum ini agak susah nak bangun bersahur dan bila saya katakan dulu tiap-tiap hari Papanya bersahur, bingkas dia bangun. Dia akan buat apa yang Ijam buat. Dia ingin menjadi seperti Papanya, mungkin..

Ibarat kata pepatah Alah Bisa Tegal Biasa. Saya hanya perlu bersabar dengan kerenahnya di awal Ramadhan sebab masih belum biasa. Perubahan ini satu petanda yang anak saya sudah semakin bijak dan matang.