A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 18, 2012

Pertemuan

Lamanya kita tak berjumpa. Cukup lama dah awak tinggalkan saya. Semalam kita dapat bertemu. Sangat bermakna peluang itu walaupun bukan di alam nyata. Hanya dalam alam mimpi yang entahkan betul ataupun sekadar mainan tidur.

Apa yang pasti saya sangat gembira dengan pertemuan itu. Awak masih macam dulu. Pandangan mata, sentuhan kasih awak tetap tak berubah. Masih penuh kasih sayang dan penuh sifat melindungi. Awak masih macam dulu.

Pertemuan itu cuma seketika...tiada kata-kata cuma senyuman dan perlakuan. Itu sahaja. Saya merayu awak jangan tinggalkan saya. Awak tetap melangkah pergi. Jauh dan semakin jauh tinggalkan saya. Awak tinggalkan saya dengan satu pandangan yang saya sendiri tak mengerti. Ada sesuatu yang awak tinggalkan untuk saya fikirkan.

Saya terjaga dengan air mata yang bersisa. Rindunya saya kat awak...

No comments: