A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, April 19, 2012

Bas UiTMJ Terbakar

Bas UITM musnah sama sekali dalam kebakaran dekat Hentian Sebelah kampung Bemban, semalam


JASIN - Empat kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat terselamat selepas bas dinaiki mereka terbakar dekat Hentian Sebelah Kampung Bemban, di KM184 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu disedari pemandu bas universiti, Shamsuri Sentol, 46, yang terbau hangit dari arah belakang. Menurutnya, dia bersama tiga rakannya dalam perjalanan dari Simpang Ampat, Alor Gajah ke UiTM Segamat dan terbau hangit kira-kira dua kilometer sebelum memasuki kawasan hentian sebelah Kampung Bemban.“Saya kemudiannya memberhentikan bas. Selepas diperiksa, ada asap pada tayar di belakang bas dan cuba memadamkannya menggunakan air.“Namun api mula keluar dan berlaku letupan kecil sebelum marak menyebabkan saya terus menghubungi bomba,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Rozali Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.“Bagaimanapun dalam perjalanan, kami meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Bukit Katil untuk ke lokasi berikutan lokasi kami lebih jauh."Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, bas berkenaan terbakar hampir 100 peratus dan api dapat dikawal dalam tempoh lima minit sebelum padam sepenuhnya,” katanya kepada pemberita.


Sumber : Sinar Harian


No comments: