A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 6, 2013

Digigit Lipan


Saya digigit lipan pagi ini!!! Sakit....

Kecoh rumah ini pukul 5 pagi. Saya terasa sakit sangat di bawah bibir. Saya terus bangun dan tengok cermin tapi takde apa-apa pun. Takde kesan apa2 tapi sakit dan bisa dah mula terasa. Tak tahu apa punca tapi saya cepat-cepat alihkan tempat tidur Danish. Saya rasa mungkin labah-labah ataupun penyengat. Saya selak bantal, comforter takde apa2. Saya selak selimut bawah kaki - lipan besar hitam kemerah-merahan dengan panjang lebih 15cm ada kat situ. Sah saya digigit lipan. Cepat2 saya capai pasu bunga mak dan bunuh lipan tu. Dia pun gerak lambat sikit sebab licin tiles agaknya.

Rasa berdenyut kat bibir dah semakin terasa. Masyaallah sakitnya susah nak digambarkan. Elok pulak gigit di bawah bibir. Terasa bisa sampai ke gusi dan pipi. Mak suruh minum air banyak2 dan sapu minyak gamat. Danish terkejut bila tahu saya digigit lipan..dia pula yang menangis. Bibir saya semakin membengkak. Lepas solat subuh saya terus ke hospital - emergency bay. Masa tu bibir dah bengkak. Kalah bibir Angelina Jolie..hihihihi..

Dr bagi 2 injection. 1 bawah bibir utk susut bengkak dan 1 lagi untuk pain killer..Dr pun tanya besar mana lipan tu sampai bengkak macam ni...memang bengkak sangat masa tu..terasa tegang, terjuih macam nak jatuh je bibir saya..:(

Hari ini Allah bagi mulut saya rehat. Rehat makan, rehat bercakap rehat tak payah keluar2 rumah..hihihi

Lebih kurang macam ni la lipan yg gigit saya..tapi ni bukan gambar sebenar la..


Wednesday, August 21, 2013

Hamster Oh Hamster

Assalamualaikum dan Salam Syawal

Syawal sudah pun hampir 2 minggu berlalu..kuih raya, baju raya, duit raya semuanya dah simpan..hehehe..

Danish dapat kumpul banyak juga duit raya..Alhamdulillah, rezeki Ramadhan berpanjangan hingga Syawal..dia ada hajat sendiri dengan duit raya dia tu. Bersungguh dia nak beli hamster..setiap kali lalu depan petshop mesti ajak usha hamster sekali dengan rumah dan gajet2 hamster yang lain.

Dia mula minat dengan hamster bila roomate saya kat UTM tu bela. Dia dah siap ambil short course dengan Kak Ikin (roomate saya) on how to take care the hamster..

Saya berkira-kira sungguh nak belikan dia hamster. Saya tak suka sangat dengan haiwan berbulu. Lagi la hamster tu kan kaum kerabat tikus. Bimbang juga dengan air kencing tikus tu kan. Dia pun bukan berani sangat nak pegang. Nanti saya juga yang kena cuci dan uruskan hamster tu..

Bila tanya berani ke nak pegang, mandikan hamster tu nanti, dia kata beli dulu baru tengok adik berani ke tak..erkkk???....Habis tu, kalau dia tak berani sape nak mandikan??? akuuuuuuu...jugak!


Hamster pujaan hati Danish


Tuesday, July 23, 2013

Indahnya Ramadhan: Jemputan Iftar

14 Ramadhan 1434H

Semalam saya dan Danish mendapat jemputan iftar anjuran syarikat HALALPRO Trading & Services. Ianya program berbuka puasa dan program meraikan anak-anak yatim di sekitar kawasan Pontian.

Sebelum ini, hanya sekali kami pernah dijemput ke majlis iftar mahupun sumbangan untuk anak-anak yatim iaitu dalam tahun 2009. Program atas inisiatif Prof Kamil sebagai Pengarah UiTM Johor pada masa itu. Itulah kali pertama dan terakhir kami dijemput untuk program seumpama itu di UiTM Johor. 

Pengalaman kali pertama itu menerbitkan 1001 perasaan dalam diri saya. Pada masa itu, Danish baru berusia 3 tahun dan kali pertama menyandang gelaran anak yatim. Apalah sangat yang dia faham. Apa yang pasti, sampai sekarang dia masih ingat sumbangan yang diberikan. Dia akan kata "Atuk Prof bagi kasut raya kat masjid UiTM Mama.."

Tahun ini tahun kelima kami beraya tanpa Ijam. Bila dijemput untuk program sebegitu, saya lebih rasional dan tenang. Itu adalah kenyataan hidup, suka atau tidak saya kena terima dan redha. Jangan banyak bersoal jawab dengan takdir Allah. Lebih baik kalau berfikir dan mencari maksud tersirat di sebalik kejadian itu. Berada di dalam majlis sebegitu membuatkan saya merasa 1000 kali lebih baik berbanding dengan insan lain yang yatim piatu seawal usia 4 tahun. Nenek yang dimamah usia menjadi pengganti ibu dan bapa. Sayu!

Majlis iftar semalam sangat ringkas dan fokus. Tujuan utama adalah majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan. Ianya tiada ucapan berjela-jela. Hanya tazkirah ringkas dan doa iringan. Tetamu kehormat yang dijemput bersama-sama dengan anak-anak yatim. Tiada karpet merah, tiada juadah gred A untuk tetamu kehormat. Mereka tidak membeza-bezakan antara VIP dengan anak-anak yatim.

Senario yang jarang sangat saya jumpa dalam mana-mana majlis iftar kalau ada VIP. Terasa dihargai oleh penganjur. Terasa juga keikhlasan penganjur kepada golongan seperti kami.

Terima kasih kepada En Shamsuddin Jaafar, Pengarah Urusan HALALPRO Trading & Services atas jemputan dan ingatan kepada anak-anak yatim seperti Danish. Semoga rezeki tuan dirahmati dan diberkati Allah sentiasa. Insya Allah.




Saturday, July 20, 2013

Indahnya Ramadhan: Tradisi Munjung

11 Ramadhan 1434H

Munjung adalah tradisi masyarakat Jawa. Sejak kecil lagi saya dah biasa dengan tradisi ini. 

Munjung ni sebenarnya set nasi (nasi + beberapa lauk) yang kita sediakan dan hantar ke rumah saudara-mara dan jiran2..Biasanya yang muda akan hantar kepada keluarga yang lebih tua. Ianya simbolik kepada tanda penghormatan antara yang tua dengan yang muda. Juga sesama jirang tetangga. Lauk-pauk tu nanti boleh la dijadikan juadah berbuka puasa. 

Kalau dulu, munjung ni akan dibuat sehari sebelum raya (hari terakhir puasa). Jadi, selain bersedekah makanan berbuka puasa ianya juga akan menjadi lauk di pagi raya. Ianya menjimatkan kos. Maklumlah, orang dulu-dulu kan ekonominya agak rendah. Kenalah belanja berhemah. 

Amalan tu, adakalanya berakhir dengan pembaziran sebab banyak sangat lauk yang diterima dalam satu masa. Mana terlarat nak dihabiskan. Jadi ada lauk-lauk yang berkemungkinan akan dibuang sebab dah basi. Elok-elok niat tu nak bersedekah dah jadi membazir pula.

Sekarang ni, masyarakat di kampung saya lebih rasional. Tradisi ini diberikan nafas baru. Munjung dibuat lebih awal, seawal minggu pertama berpuasa. Ianya semakin rancak apabila tiba hujung minggu. Mungkin ibu bapa mengambil peluang anak cucu balik kampung berbuka bersama agaknya. Lauk-pauk pun takdelah banyak sangat kita terima. Masih boleh dihabiskan dan mengelakkan pembaziran. 

Ianya tradisi unik masyarakat Jawa yang perlu diteruskan dan disesuaikan dengan perubahan masa dan keadaan.

Best tau duduk dengan masyarakat jawa..chewah!..hihihi

JAWA WORLD!..