A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 23, 2013

Indahnya Ramadhan: Jemputan Iftar

14 Ramadhan 1434H

Semalam saya dan Danish mendapat jemputan iftar anjuran syarikat HALALPRO Trading & Services. Ianya program berbuka puasa dan program meraikan anak-anak yatim di sekitar kawasan Pontian.

Sebelum ini, hanya sekali kami pernah dijemput ke majlis iftar mahupun sumbangan untuk anak-anak yatim iaitu dalam tahun 2009. Program atas inisiatif Prof Kamil sebagai Pengarah UiTM Johor pada masa itu. Itulah kali pertama dan terakhir kami dijemput untuk program seumpama itu di UiTM Johor. 

Pengalaman kali pertama itu menerbitkan 1001 perasaan dalam diri saya. Pada masa itu, Danish baru berusia 3 tahun dan kali pertama menyandang gelaran anak yatim. Apalah sangat yang dia faham. Apa yang pasti, sampai sekarang dia masih ingat sumbangan yang diberikan. Dia akan kata "Atuk Prof bagi kasut raya kat masjid UiTM Mama.."

Tahun ini tahun kelima kami beraya tanpa Ijam. Bila dijemput untuk program sebegitu, saya lebih rasional dan tenang. Itu adalah kenyataan hidup, suka atau tidak saya kena terima dan redha. Jangan banyak bersoal jawab dengan takdir Allah. Lebih baik kalau berfikir dan mencari maksud tersirat di sebalik kejadian itu. Berada di dalam majlis sebegitu membuatkan saya merasa 1000 kali lebih baik berbanding dengan insan lain yang yatim piatu seawal usia 4 tahun. Nenek yang dimamah usia menjadi pengganti ibu dan bapa. Sayu!

Majlis iftar semalam sangat ringkas dan fokus. Tujuan utama adalah majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan. Ianya tiada ucapan berjela-jela. Hanya tazkirah ringkas dan doa iringan. Tetamu kehormat yang dijemput bersama-sama dengan anak-anak yatim. Tiada karpet merah, tiada juadah gred A untuk tetamu kehormat. Mereka tidak membeza-bezakan antara VIP dengan anak-anak yatim.

Senario yang jarang sangat saya jumpa dalam mana-mana majlis iftar kalau ada VIP. Terasa dihargai oleh penganjur. Terasa juga keikhlasan penganjur kepada golongan seperti kami.

Terima kasih kepada En Shamsuddin Jaafar, Pengarah Urusan HALALPRO Trading & Services atas jemputan dan ingatan kepada anak-anak yatim seperti Danish. Semoga rezeki tuan dirahmati dan diberkati Allah sentiasa. Insya Allah.




Saturday, July 20, 2013

Indahnya Ramadhan: Tradisi Munjung

11 Ramadhan 1434H

Munjung adalah tradisi masyarakat Jawa. Sejak kecil lagi saya dah biasa dengan tradisi ini. 

Munjung ni sebenarnya set nasi (nasi + beberapa lauk) yang kita sediakan dan hantar ke rumah saudara-mara dan jiran2..Biasanya yang muda akan hantar kepada keluarga yang lebih tua. Ianya simbolik kepada tanda penghormatan antara yang tua dengan yang muda. Juga sesama jirang tetangga. Lauk-pauk tu nanti boleh la dijadikan juadah berbuka puasa. 

Kalau dulu, munjung ni akan dibuat sehari sebelum raya (hari terakhir puasa). Jadi, selain bersedekah makanan berbuka puasa ianya juga akan menjadi lauk di pagi raya. Ianya menjimatkan kos. Maklumlah, orang dulu-dulu kan ekonominya agak rendah. Kenalah belanja berhemah. 

Amalan tu, adakalanya berakhir dengan pembaziran sebab banyak sangat lauk yang diterima dalam satu masa. Mana terlarat nak dihabiskan. Jadi ada lauk-lauk yang berkemungkinan akan dibuang sebab dah basi. Elok-elok niat tu nak bersedekah dah jadi membazir pula.

Sekarang ni, masyarakat di kampung saya lebih rasional. Tradisi ini diberikan nafas baru. Munjung dibuat lebih awal, seawal minggu pertama berpuasa. Ianya semakin rancak apabila tiba hujung minggu. Mungkin ibu bapa mengambil peluang anak cucu balik kampung berbuka bersama agaknya. Lauk-pauk pun takdelah banyak sangat kita terima. Masih boleh dihabiskan dan mengelakkan pembaziran. 

Ianya tradisi unik masyarakat Jawa yang perlu diteruskan dan disesuaikan dengan perubahan masa dan keadaan.

Best tau duduk dengan masyarakat jawa..chewah!..hihihi

JAWA WORLD!..


Friday, July 19, 2013

Indahnya Ramadhan: Kuih Raya Baru


Ramadhan tahun ini, saya ada kuih raya baru - GOLDEN COOKIES

Ini memang pertama kali try resepi ni dan berjaya!

Ini bukan cakap2 kosong tau. 100% daripada 11 respondent setuju yang biskut ni sedap, rangup and 2 thumbs up! 
Yes!Yes!Yes...

Bertambah 1 lagi kuih raya dalam senarai jualan saya....:)


Biskut terbaru untuk tahun 2013- Golden Cookies


Thursday, July 18, 2013

Indahnya Ramadhan: Solat Tarawikh

Sehingga post ini ditulis, kami (saya, Aza & Kak Ila) masih belum ponteng solat Tarawikh lagi. Kami berjemaah di rumah sebab ada budak kenit 2 orang yang nak kena duk umah buat homework. Anne (adik saya) dapat join sehari je. Hari kedua dah dapat surat cuti..hehehe..Danish pergi solat kat masjid kalau takde homework je sebab kalau tidak, dia ada masalah buat homework dengan mata terpejam..:) + airmata sekali.

Setakat ini kami konsisten bertarawikh walaupun ada masa-masanya berpasir je mata ni masa sedang solat..berbalam-balam je mata tengok sejadah..hehehe..
Azam kami untuk terus konsisten sampai akhir Ramadhan nanti walaupun hujung-hujung Ramadhan nanti akan berperang siapkan tempahan kuih raya.

Seronok bila bersolat sama-sama ni..selain dapat merapatkan ikatan dan kasih sayang sesama kami, kadang-kadang ada juga aksi-aksi yang kelakar dan terlampau dalam melawan penyakit mengantuk..hihihihi...

Selamat bertarawikh semua!



  

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

1 Ramadhan 1434

Syukur Alhamdulillah..

Hari ini dapat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Tahun ini kami berdua berpuasa di rumah Abah. Bersahur dan berbuka beramai-ramai. Kebiasaannya tahun-tahun sebelum ini saya dan Danish bersahur dan berbuka berdua sahaja. Tahun ini dapatlah bertarawikh beramai-ramai. Danish pun dapat ikut Abah ke masjid.Sesuatu yang dia tak dapat kalau kami di Segamat.

Projek bisnes kuih raya pun saya on juga tahun ni. Lagipun sedang cuti semester. Bolehlah cover kos betulkan hero jepun saya selalu sakit kebelakangan ini..:) InsyaAllah..

Hari pertama puasa, setakat jam 10.00 pagi ni, Danish masih lagi bertahan tapi tak tahulah apa drama dia menjelang petang nanti. Harap-harap dia tak banyak hal.

Saya sediakan juga log puasa untuk bagi semangat untuk berpuasa. Seronok dia nak tunggu sampai berbuka supaya dia boleh tandakan log puasa dia tu.hihihii..inisiatif murah dan mudah untuk galakkan dia berpuasa.

Handmade log puasa untuk Danish
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam..sama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pengisian yang sewajarnya..