A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 23, 2012

Ujian

Hidup ini penuh dengan misteri. Kita tidak dapat meneka apa yang akan berlaku dalam hidup kita dalam saat seterusnya. Selagi kita masih bernafas, ujian akan sentiasa menjadi sahabat karib. Ianya boleh jadi ujian dalam keadaan kegembiraan, kebahagiaan, rezeki yang melimpah ruah. Mungkin juga ujian yang berat, menyakitkan, sengsara dan derita.

Ujian dalam bentuk kegembiraan jarang dilihat sebagai ujian tetapi lebih disebut sebagai pemberian, anugerah. Berbeza dengan ujian yang datang dalam bentuk kesakitan, kesusahan dan kesulitan. Saya secara peribadi lebih suka kepada ujian dalam bentuk kesulitan dan kepayahan kerana ianya lebih membuatkan kita dekat kepada Allah. Semakin sulit kehidupan kita, semakin dekat kita dengan-Nya. Ini kenyataan dari pengalaman. Lantas, segala apa ujian yang datang, saya terima dengan redha dan berlapang dada dan yakin akan ada jalan keluar dari kesulitan itu bila sampai waktunya.

Saya sisipkan di sini sebahagian daripada kata2 yang saya pegang dalam melalui ujian yang mendatang. Moga bermanfaat kepada semua.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Monday, February 20, 2012

20-02-12

20-02-12 : It's my wonderful and lots of surprises birthday. Thank you for the sweet memory...it is just perfect..;)


To all my dear friends and family, TQ for the birthday wishes..




Saturday, February 11, 2012

Demam

Sudah seminggu Danish demam. Panas badannya tinggi lebih2 lagi bila menjelang malam. Bila malam dia akan batuk dan muntah. Saya tidur sekadarnya sahaja bila malam sebab bimbang tak tersedar bila suhu badannya meningkat. 2 klinik dah saya cuba, ubat kampung lagi tapi kurangnya hanya sedikit.
Badannya susut, muka pucat, mata layu, bibir pecah dan kering. Sayunya hati saya bila tengok dia macam tu. Kalau boleh dialihkan sakit tu, biar saya je yang tanggung, saya rela. Tak sampai hati tengok dia lemah dan tak ceria. Dia pun kurang bercakap, tak macam selalu. Terasa sunyi bila setiap hari dia tidur awal dan tidak galak bercerita. Kalau selalu, saya yang letih dengan pertanyaan dan cerita dia yang macam tak habis-habis.
Bila pandang wajah dia sakit, teringat saya kat Ijam. Dulu saya selalu pandang Ijam bila dia tidur dan berdoa biarlah saya tanggung kesakitan tu dan bagi dia kesihatan dan nikmat kegembiraan semula. Perasaan saya terdera dengan keadaannya. Saya tak sampai hati bila orang yang saya sayang sakit.
Danish dan Ijam banyak persamaan karakter especially bila sakit. Mereka mahu saya sentiasa dekat dan dimanja. Kalau boleh jangan pergi jauh dan duduk depan mata je. Ianya membuatkan kami dekat selalu. Bila sakit ni, perasaan kasih sayang dan ambil berat semakin tebal dalam jiwa kita. Hati sentiasa bertolak ansur sebab dia sedang sakit. Secara tidak langsung, rasa kasih tu semakin tebal. Ianya hikmah di sebalik kesakitan yang ditimpakan. Setiap sesuatu itu ada hikmah di sebaliknya cuma terpulang pada kita untuk berfikir dan mencari kebaikannya. Bila kita nampak kebaikan di sebalik setiap keperitan, hati kita akan redha dan tenag dengan setiap apa yang datang dalam kehidupan..
Dalam keadaan sakit, ucapan 'thank you' dan 'sorry' sentiasa bermain di mulut Danish walaupun tak larat. Sama macam Ijam dulu. Ijam sentiasa berterima kasih pada saya dan meminta maaf sebab takut2 dia menyusahkan saya. Tersentuh hati saya bila dia cakap macam tu. Pada waktu itu, saya selalu berdoa agar Allah berikan saya kesabaran dan kekuatan untuk menempuh dugaan itu. Saya takut sangat kalau saya hilang sabar, berkeluh kesah dan tidak ikhlas pada Ijam.
Itu semua kenangan dan kenangan itu bagai diulang tayang dalam versi Danish.
Alahai Danish..cepatlah sembuh sayang...

Tuesday, February 7, 2012

Nice Phrase

"Ada kalanya airmata lebih istimewa dari senyuman kerana... senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tetapi air mata akan jatuh hanyauntuk orang yang tersayang.."

I like that phrase. Someone sent it to me and I want to share it because it touches my heart and it is true too..Simple but nice.

Thank you for the support, understandings and always be the shoulder to cry on..

Monday, February 6, 2012

12 Rabiulawal=5 Feb 2012

12 Rabiulawal adalah hari lahir saya. Kebetulan tahun ini jatuh pada 5 Feb yang merupakan ulangtahun perkahwinan saya.

050212 sepatutnya ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7.. Kami sempat meraikan hanya ke angka 4 sahaja.Selepas itu, hanya tinggal kenangan yang saya takkan lupa. Walaupun cuma 4 tahun bersama, ianya kenangan terindah dalam hidup saya. Anugerah yang tidak boleh dijual beli. Walaupun sekejap tetapi sangat bermakna.

"Ya Allah yang Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang..ampunkan dosa-dosa suamiku Ridzam bin Zainol. Limpahkan dia dengan rahmat dan kasih sayangMu. Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang Kau redhai. Jauhkan dia dari azab kubur dan seksa api neraka. Berikan dia kerehatan yang nyaman. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab Ya Rabb..Masukkan dia ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu.. Ya Allah, berikan balasan kebaikan kepada suamiku kerana dia seorang suami dan bapa yang baik dan adil..
Amin..."

Kita selalunya lupa bila tarikh lahir kita dalam bulan Islam. Lebih mudah mengingati dalam tarikh masihi. Ianya berlaku begitu kerana kebiasaan. saya ingat tarikh lahir dalam bulan Islam sebab bersamaan dengan tarikh lahir junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w..Ianya lebih mudah. Bertambah lagi setahun umur saya. Syukur dengan nikmatNya.

Saya meraikan harijadi dan ulangtahun perkahwinan di pusara Ijam dengan redha..redha dengan segala takdir hidup saya.

Thursday, February 2, 2012

ABE

Abe adalah panggilan saya untuk Ijam. Sebelum kahwin saya dah set tak nak panggil suami saya 'abang' sebab rasa macam adik beradik. Saya nak panggil suami saya dengan panggilan manja dan istimewa. Bila berkahwin dengan Ijam saya panggil dia sayang. Tapi panggilan tu tak kekal lama. Allah ilhamkan saya untuk panggil dia Abe (sebab dia org kelantan) dan disingkatkan menjadi BE..walaupun maksudnya abang tapi bunyinya lain..panggilan tu kekal sampai akhir hayat. Panggilan yang sama digunakan oleh kawan2 dia di ofis. Bila sebut Abe@Be orang tau itu Ijam.

Perkataan Abe sangat istimewa pada saya. Dulu perkataan tu keluar dari mulut saya lebih 10 kali dalam sehari. Siang malam pagi petang dia yang saya cari.

Bila Ijam dah takde, ada masanya saya terlajak panggil orang lain dengan perkataan tu. Pernah bos sendiri pun saya panggil Abe. Saya malu sendiri!. semakin lama saya semakin boleh kawal diri.

Dah lama saya tak sebut perkataan Abe. Semalam saya tak tau kenapa dan macam mana saya boleh terkeluar panggil orang lain Abe. Satu perasaan halus terbit dalam hati. Serta merta saya teringat Ijam. Rindu sangat.

Lamanya saya tak jumpa awak Be, tak dengar suara awak, tak sentuh awak..dah hampir 3 tahun awak tinggalkan saya tapi saya terasa macam baru semalam.

Saya rindu awak Be...