12 Rabiulawal adalah hari lahir saya. Kebetulan tahun ini jatuh pada 5 Feb yang merupakan ulangtahun perkahwinan saya.
050212 sepatutnya ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7.. Kami sempat meraikan hanya ke angka 4 sahaja.Selepas itu, hanya tinggal kenangan yang saya takkan lupa. Walaupun cuma 4 tahun bersama, ianya kenangan terindah dalam hidup saya. Anugerah yang tidak boleh dijual beli. Walaupun sekejap tetapi sangat bermakna.
"Ya Allah yang Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang..ampunkan dosa-dosa suamiku Ridzam bin Zainol. Limpahkan dia dengan rahmat dan kasih sayangMu. Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang Kau redhai. Jauhkan dia dari azab kubur dan seksa api neraka. Berikan dia kerehatan yang nyaman. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa perlu dihisab Ya Rabb..Masukkan dia ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu.. Ya Allah, berikan balasan kebaikan kepada suamiku kerana dia seorang suami dan bapa yang baik dan adil..
Amin..."
Kita selalunya lupa bila tarikh lahir kita dalam bulan Islam. Lebih mudah mengingati dalam tarikh masihi. Ianya berlaku begitu kerana kebiasaan. saya ingat tarikh lahir dalam bulan Islam sebab bersamaan dengan tarikh lahir junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w..Ianya lebih mudah. Bertambah lagi setahun umur saya. Syukur dengan nikmatNya.
Saya meraikan harijadi dan ulangtahun perkahwinan di pusara Ijam dengan redha..redha dengan segala takdir hidup saya.
No comments:
Post a Comment