Sudah seminggu Danish demam. Panas badannya tinggi lebih2 lagi bila menjelang malam. Bila malam dia akan batuk dan muntah. Saya tidur sekadarnya sahaja bila malam sebab bimbang tak tersedar bila suhu badannya meningkat. 2 klinik dah saya cuba, ubat kampung lagi tapi kurangnya hanya sedikit.
Badannya susut, muka pucat, mata layu, bibir pecah dan kering. Sayunya hati saya bila tengok dia macam tu. Kalau boleh dialihkan sakit tu, biar saya je yang tanggung, saya rela. Tak sampai hati tengok dia lemah dan tak ceria. Dia pun kurang bercakap, tak macam selalu. Terasa sunyi bila setiap hari dia tidur awal dan tidak galak bercerita. Kalau selalu, saya yang letih dengan pertanyaan dan cerita dia yang macam tak habis-habis.
Bila pandang wajah dia sakit, teringat saya kat Ijam. Dulu saya selalu pandang Ijam bila dia tidur dan berdoa biarlah saya tanggung kesakitan tu dan bagi dia kesihatan dan nikmat kegembiraan semula. Perasaan saya terdera dengan keadaannya. Saya tak sampai hati bila orang yang saya sayang sakit.
Danish dan Ijam banyak persamaan karakter especially bila sakit. Mereka mahu saya sentiasa dekat dan dimanja. Kalau boleh jangan pergi jauh dan duduk depan mata je. Ianya membuatkan kami dekat selalu. Bila sakit ni, perasaan kasih sayang dan ambil berat semakin tebal dalam jiwa kita. Hati sentiasa bertolak ansur sebab dia sedang sakit. Secara tidak langsung, rasa kasih tu semakin tebal. Ianya hikmah di sebalik kesakitan yang ditimpakan. Setiap sesuatu itu ada hikmah di sebaliknya cuma terpulang pada kita untuk berfikir dan mencari kebaikannya. Bila kita nampak kebaikan di sebalik setiap keperitan, hati kita akan redha dan tenag dengan setiap apa yang datang dalam kehidupan..
Dalam keadaan sakit, ucapan 'thank you' dan 'sorry' sentiasa bermain di mulut Danish walaupun tak larat. Sama macam Ijam dulu. Ijam sentiasa berterima kasih pada saya dan meminta maaf sebab takut2 dia menyusahkan saya. Tersentuh hati saya bila dia cakap macam tu. Pada waktu itu, saya selalu berdoa agar Allah berikan saya kesabaran dan kekuatan untuk menempuh dugaan itu. Saya takut sangat kalau saya hilang sabar, berkeluh kesah dan tidak ikhlas pada Ijam.
Itu semua kenangan dan kenangan itu bagai diulang tayang dalam versi Danish.
Alahai Danish..cepatlah sembuh sayang...
1 comment:
Kesiannya, puan Jaja bawalah ke hospital periksa darah Danish. Mungkin ada virus atau jangkitan yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.
Post a Comment