Abe adalah panggilan saya untuk Ijam. Sebelum kahwin saya dah set tak nak panggil suami saya 'abang' sebab rasa macam adik beradik. Saya nak panggil suami saya dengan panggilan manja dan istimewa. Bila berkahwin dengan Ijam saya panggil dia sayang. Tapi panggilan tu tak kekal lama. Allah ilhamkan saya untuk panggil dia Abe (sebab dia org kelantan) dan disingkatkan menjadi BE..walaupun maksudnya abang tapi bunyinya lain..panggilan tu kekal sampai akhir hayat. Panggilan yang sama digunakan oleh kawan2 dia di ofis. Bila sebut Abe@Be orang tau itu Ijam.
Perkataan Abe sangat istimewa pada saya. Dulu perkataan tu keluar dari mulut saya lebih 10 kali dalam sehari. Siang malam pagi petang dia yang saya cari.
Bila Ijam dah takde, ada masanya saya terlajak panggil orang lain dengan perkataan tu. Pernah bos sendiri pun saya panggil Abe. Saya malu sendiri!. semakin lama saya semakin boleh kawal diri.
Dah lama saya tak sebut perkataan Abe. Semalam saya tak tau kenapa dan macam mana saya boleh terkeluar panggil orang lain Abe. Satu perasaan halus terbit dalam hati. Serta merta saya teringat Ijam. Rindu sangat.
Lamanya saya tak jumpa awak Be, tak dengar suara awak, tak sentuh awak..dah hampir 3 tahun awak tinggalkan saya tapi saya terasa macam baru semalam.
Saya rindu awak Be...
5 comments:
SALAM...
I am one of the silent reader of ur blog...i have read ur entry from the first ...until the end(i mean this entry)
really enjoy reading
asam garam of life ...
manis..masam.pahit...macam2 ada...
and
i hope ..
please be strong
Allah be with you almays..
insyaAllah
My Dear,
Ketabahan adik menguatkan lara dihati kakak.
Kuatkan semangatmu, semoga bahagia sentiasa menanti dirimu.
salam semua..
saya redha dgn qada' dan qadar Allah. Ada ketikanya keadaan semasa membuatkan saya lemah. Blog ini umpama diari saya juga untuk memberi kebaikan kepada yang lain, mungkin..
TQ for your visit..:)
Sedih membacanya, saya doakan puan tabah dan kuat menhgadapi dugaan ini.
Jaja,
Aku doakan semoga Allah kuatkan semangat dan tenangkan hati ko dalam menjaga anak & menghadapi hari2 mendatang..Insya Allah..
Post a Comment