Berada di sana membuatkan saya teringat balik semua kenangan balik kampung bersama Ijam. Saya pergi semua tempat yang pernah dia bawa saya sebelum ini. Saya cari makanan yang pertama kali dia perkenalkan pada saya dulu. Itu semua ada nilai sentimental pada saya.
Saya bawa anak2 buah mandi pantai di Pantai Irama. Pantai pertama Danish merasa mandi air laut. Pantai pertama yang saya lawati bila baru2 kahwin dulu. Saya memang suka pantai walaupun tak suka laut. Sebab tu dulu kalau balik Ijam mesti datang ke sini ataupun pantai Sabak. Pantai paling dekat dengan rumah.
Anak2 buah hilang kawalan bila nampak air laut. Masing2 sibuk nak mandi. Bagi je la mandi walaupun tak bawa baju lebih. Nama pun bercuti kan jadi bagi je lah diorang hepi2.. Susahnya nak kawal Danish yang sangat teruja nampak laut. Sudahnya seluar saya basah sampai ke peha jugak. Teringat Ijam layan Danish mandi kat sini dulu.
Pertama kali makan nasi kukus 7 tahun dulu buat saya rasa sedapnya makan tu. Setiap kali balik KB saya akan cari Nasi Kuku Suriani di sebelah Stadium KB tu. Biarlah orang kata kedai sana ke kedai situ lagi sedap, bagi saya nasi di kedai ini paling sedap. Nasi kukus pertama yang saya makan bersama Ijam. Memang sedap sangat bagi saya..yummy!!
Lok Ching
Pernah dengar nama makanan ni? Ini makanan yang saya kira ada di Kelantan sahaja. Isi ikan yang dicampur dengan tepung (ala2 keropok lekor) yang dibakar memang sedap. Celop dalam sos pedas lagi la masyuk...pertama kali makan di Pantai Sabak dulu. Mula2 memang tak boleh nak agak apa rasa sos tu sebab merah jambu kot warnanya. Bila dah rasa, tiap2 petang saya minta Ijam cari Lok Ching. Saya beli Lok Ching semasa di Rantau Panjang dan bagi anak2 buah rasa. Tak cukup RM10.00 ringgit beli Lok Ching..hihihih...Kat KL takde benda ni..cuma ada kat sini. Comot2 muka budak2 makan Lok Ching....:)
Satu perkara yang saya kagum dengan Kelantan ialah tulisan2 jawi sangat banyak di semua papan tanda perniagaan. Tak kiralah perniagaan apa pun papan tandanya mesti ada tulisan jawi. Usaha yang baik untuk memartabatkan tulisan jawi dan dalam masa yang sama membuatkan kita rasa berada di dalam negeri Melayu Islam. Siapa kata kemajuan dan kemodenan tidak relevan dengan Islam.
Balik ke sini seolah2 mengulangi kenangan saya dan Ijam. I love to be here..cuma jarak yang sangat jauh membataskan saya untuk balik selalu. Sampai bila2 pun saya tetap sayangkan Kelantan. Ada sesuatu yang mengikat saya dengan tempat ini. Saya akan balik semula ke sini suatu hari nanti kerana di sini tempat asal usul jantung hati saya.
Nota: ganbar dari adryduad.blogspot.com & tiapdetik.blogspot.com
5 comments:
Slam Puan..lama betul tak komen blog puan..walaupun selalu juga intai2..seronok baca citer puan kat ktan..rindu saya kat negeri sendiri...saya pun sama negeri dgn arwah suami puan..saya dari kota bharu...yg skrg dah jadi bandar ke2..rumah parents saya kat belakang wee garden tu..itupun kalau puan tau kat mana..tak sabar nak baca episode seterusnya...salam ukhwah dari saya..ila..
kelantan pun selalu di hati akak..tempat pertama posting tu..akak suka mkn kt restoran tepi sungai d tanah merah..mkn nasi daun pisang dgn kari kepala ikan di tanah merah..beli kuih di simpang di pasir mas....he..he..ape ni..citer mkn pulak....but still kelantan is always in my heart..
salam Puan..lupa saya nak bagi tahu..kalau di Kota Bharu,,,singgah2lah kat Kubang Pasu..dekat dengan Masjid Muhammmad..kat tepi sungai..kuih muih disitu memang sedap tapi cuma ada breakfast time je......ila
Saya pun kemaruk nasi kukus suriani jugak.
Setiap kali balik kelate, mesti cari... mcm kn candu je... sedap! Blm lagi jumpa yg lebih sdp dr tu
ooppps... pls share your comment on my website/blog as well.
www.esaudagar.com
Post a Comment