A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 21, 2012

Ikhlas

Ikhlas dalam sesuatu perkara sebenarnya amat sukar.

Kita selalu kata kita ikhlas bekerja, demi keluarga. Namun ada ketikanya kita mengharapkan sesuatu imbuhan daripada pekerjaan itu, selain daripada gaji. Kita mengharapkan kenaikan pangkat, anugerah, paling tidak pun pujian. Ianya mungkin tidak dinyatakan secara jelas-hanya terdetik di dalam hati. Namun jelas ikhlas itu tidak 100%. Lalu, bila tidak mendapat  apa yang diharapkan daripada pekerjaan itu, hati jadi tidak puas hati, kecewa dan paling malang bila kita mula mengumpat dan mengata individu lain yang diberi pujian/kenaikan pangkat atau anugerah.

Percayalah, kenaikan pangkat/imbuhan dan pujian bukan segala-galanya dalam hidup ini. Tidak salah merancang peningkatan kerjaya namun jangan sampai ianya menimbulkan rasa hasad sesama kita, jangan sampai mengata orang kerana rasa tidak puas hati. Jangan sampai ianya menjadi keutamaan sampai kita lupa batas dan adab.

Penilaian manusia perlu untuk kebaikan diri namun jangan sampai ianya menjadi perkara utama yang kita risaukan. Jangan sampai kita lupa penilaian dari Yang Maha Besar. Biarlah orang tidak nampak kebaikan dan pengorbanan kita. Ikhlaskan hati dan Allah Maha Mengetahui. Biar Allah yang tentukan balasan dan imbuhan yang paling sesuai dengan kita. Allah Maha Bijaksana.

Sabar, redha dan ikhlas dalam bekerja dan kita tak akan kisah jika tiada pujian melambung asalkan kita laksanakan amanah kita sebaik mungkin. Pengiktirafan manusia itu kita anggap saja sebagai bonus. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, tak jadi masalah...:)

No comments: