A Gift from Allah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 19, 2012

Keluar

2 minggu berturut saya kerja luar (outstation). Minggu lepas ke Cameron Highland dan hari ini sampai Jumaat saya akan berada di Seremban. Terasa jauh dengan Danish bila selalu tinggalkan dia. Saya dah biasa outstatioan tetapi selepas Ijam pergi, saya seboleh mungkin kurangkan kerja luar. Saya tak nak Danish terabai dan jauh dari saya.

Setiap kali saya keluar, saya terasa sayu pandang Danish. Saya selalu terfikir adakah ini pertemuan terakhir kami. Ajal maut di tangan Allah. Segalanya berkemungkinan. Ada kemungkinan saya tak kembali berjumpa Danish. Saya tak mampu nak fikir macam mana masa depan Danish kalau saya pergi.

Setiap kali tinggalkan dia saya rasa sayu!

2 comments:

zuriati zainudin said...

tabahlah wahai sang ibu...Allah sentiasa melindungi..

mamadanish said...

Salam Zuriati..

Semoga puan di dalam lindungan Allah juga..